Lukisan hati di malam hari…

Sifat lemah lembut dan rendah hati terletak diantara dua akhlak yang rendah dan jelek iaitu KEMARAHAN dan KEBODOHAN

Astaghfirullah…macam mana aku boleh terlupa benda basic ni???

Selalu kita memberi alasan: “ manusia ni makhluk yang penuh kelemahan dan serba kekurangan….”

Duhai diri….cukupkah hanya dengan memberi alasan semudah ini?? Persoalannya,sampai bila nak jadi lemah??sampai bila nak menyerah pada apa yang dinamakan fitrah?

887249798l

sedarlah…. Kemarahan itu kebodohan…

Kemarahan itu merugikan…

Rasulullah bersabda: “barangsiapa yang dihalangi daripada bersikap lemah-lembut,maka ia akan dihalangi daripada seluruh kebaikan…”(HR Muslim)

Kemarahan itu kesombongan…

Kesombongan itu menolak kebenaran…

Rasulullah bersabda:  sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”(HR muslim)

Kemarahan akan membuat dirimu tercela…

Akalmu tertutup dan nafsumu beraja…

habit4

Astagfirullah…ampunkanlah hambaMu yang futur dan ghoflah ini…aku lagho…buat apa ilmu yang menggunung tinggi dan melangit luas ,tapi sifat sepenting ini terabai tanpa belas???

sedarlah wahai Didi..buat apa menyombongkan diri… Lupakah kau pada sebuah firman Allah??

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong,kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung.”(al-Isra’17:37) (Indahnya ayat Allah….)

Rasulullah bersabda: “orang yang paling keras seksanya di akhirat kelak ialah orang yang alim tetapi ilmunya tidak memberi manfaat sedikitpun kepadanya..”

aduh..terasa..terasa…terasa sangat2 dengan hadis-hadis dan firman Allah ni…kepada sahabatku yang pernah kusakiti,aku pohon ampun dan maaf…dari hujung rambut,sampai hujung kaki…akan kucuba memperbaiki diri..peringatilah didi…nasihatilah sahibahmu ini…wassini….huhu…..kepada sesiapa yang berkenaan, maafMAAFmaafMAAFmaafMAAF……………………

Leave a comment