Kenali Kami

Assalamualaikum pembuka bicara. Laman ‘Kenali Kami’  ini sudah lama ditinggal sepi. Kini laman ini kembali dengan update terkini ahli blog hearts and hugs.

Blog ini dilahirkan atas nama USRAH sebagai platform untuk kami berkongsi, menyumbang dlm bentuk tulisan dan melakarkan idea2 dan pengalaman hidup yang tak ternilai yang kami lalui. Lahirnya blog ini  membawa bersama harapan 2orang insan agar kami dan mereka sentiasa tsabat dalam jalan kebaikan dan jalan menuju redha Ilahi.

Alhamdulillah, blog ini telah berusia setahun lebih, sama usianya dengan perkembangan tarbiyyah kami berempat di bumi UK ini.hampir 2tahun di bumi UK ini telah banyak mematangkan kami, mendedahkan kami dengan pelbagai cabaran hidup baik cabaran sebagai pelajar mahupun cabaran sebagai daie kecil di bumi Allah ini.

Mungkin ada yang sudah mengenali, tapi buat yang belum, eloklah kami taarufkan diri. Sebenarnya blog ini diterajui oleh sekumpulan pemudi-pemudi yang belajar di bumi Leicester dan juga Loughborough, United Kingdom dalam pelbagai jurusan.

Lantaran blog ini dilahirkan atas nama USRAH, eloklah kiranya kami memperkenalkan ‘ibu’ kami terlebih dahulu.

Maishahira nama diberi. Gadis manis bertubuh kecil ini sedang belajar di tahun ke 5 yang merupakan tahun akhir dalam bidang perubatan. Anak jati Perak inilah ummi usrah kami, yang mula-mula mengilhamkan blog ini. Memahami dan menyedari bahawa tidak cukup sekadar tarbiyyah secara teori yang sering dia suapkan kepada kami, maka blog inilah yang diharapkannya dapat menjadi medan bakti buat kami untuk berkongsi apa saja ilmu yang pernah dikutip sebelum ini.

Wan Maisarah, pelajar dalam jurusan perubatan tahun empat di University of Leicester. Ukhti yang penuh dedikasi ini sebenarnya bolehlah dikatakan sebagai ‘mommy’ kedua kami selepas Kak Maishahira. Rasanya tidak berniat untuk taaruf panjang. Cukup sekadar tahu nama dan course yang mereka ambil di UK.

Kami;Wan Farah, Wan Nor Sitah, Noor Adilah dan Ema azzahra merasakan pengalaman memiliki 2 insan ini sebagai pendidik hati2 kami merupakan pengalaman terindah dan terbaik dalam hidup kami yang memungkinkan kami menjadi seperti diri kami sekarang. Alhamdulillah…

Alhamdulillah, kini sedikit demi sedikit kami mula berdiri dalam rangka menyumbang kepada dakwah Islam melalui apa jua yang termampu terutamanya perkongsian hati, melalui tulisan dan tenaga kerja dengan harapan kami tidak menjadi bahan lebihan dunia yang hanya berdiam diri tanpa menyebarkan kebaikan dan Islam dimuka bumi ini.

Wan Farah: 3rd year Medical student, University of Leicester

Wan Sitah: 3rd year Chemical Engineering, Loughborogh University

Noor Adilah : Final year Physics student, University of Leicester

Ema Azzahra: Final year P hysics student, University of Leicester

15 thoughts on “Kenali Kami

  1. this blog is shared by 6 people..so,which ukhti do you want to contact🙂 hehe..

  2. sedih2..nape university of leicester sahaje disebut…patutla xde org nak dtg cnie…huhu….haha, tade..gurau je..wan dah tambah sendiri lufbra.hehe.(walaupun jarang2 menyumbang tulisan). harap2 pasni..adele sisters nak dtg lufbra..ngeee

  3. salam kenal wat sume ;=)

    seronoknye blaja kat negara orang, leh blaja dari tradisi hidup dorang juga kan.

    em, sy mohon ijin link blog ni ye, ukhty2 skalian. ;=)

  4. Salam.
    I’m very impressed on your effort despite the hectic medical school life.
    I’m a physician by training and profession and evolve well with volunteer work both locally and internationally.
    I’ve always wanted to join MERCY but to no avail.
    If you can help me find a way to get to it, much appreciated.
    I’m now in Canada. Many of the doctors in MERCY were once my lecturers too.
    Good luck in your medical studies, kay.

    Salam.

  5. Salam to all..
    thank you for your support to this blog..keep visiting us even though sometimes we abandon it for a while but insyaAllah we will try to keep it alive😀 Feel free to link this blog especially if you find it useful..

    To cool, unfortunately none of us are involved with Mercy, so we cant really help much..sorry!

  6. salam ramadhan al-mubarak to all the 6 hearts..
    may Allah grant everyone of you with His tenderly blessing and love.

    with love,
    k’sheeda
    lufbra 2004-2008
    dungun 2008-now

  7. salam ziarah!😀

    yg sy knal dr 6 hearts ni, kak wan mai n kak wan nor sitah. x penah bgtaw pun ade blog ni?? ishh2..cian kte. T.T nsib baik td rjin surf fb..alhamdulillah.dpt jmpe blog ni.🙂

    nice blog!😀 nnt sy linkkan, insyaAllah.🙂

  8. buat semua pembaca,teruskan melawat kami.asif jiddan sebab tak update selalu…huhu..moga kalian mendapat something kat sini yer.
    salam semua..;-)

  9. Salam wbt🙂 Found this website thru a search of pengalaman belajar medic. hehe. Boleh saya nak bertanya-tanya dgn Kak Farah? kalau ada masa lah😀 contact by e-mail etc.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s