Category Archives: Curhat

‘Pandang belakang’ untuk ‘Pelangi’?

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Pengajaran hari ini

Tentang ‘pelangi’

Sesungguhnya ini bukan puisi

Hanyalah rantaian kata-kata

Untuk perasaan ini

 

Takdir Allah

Telah tertulis sebelum kita lahir ke dunia

Takdir Allah itu

Lebih diingati hanya bila mana ia menyebabkan ‘Hujan’

Jika takdir itu sentiasa cerah ia jarang dibincangkan

Paling tidak pun sekejap

Benarkah?

Ini hanya pandanganku yang kerdil

 

 

Bila ‘Hujan’

Kesan ‘banjir’ sangat hebat

Seolah-olah dunia akan kiamat

Seolah-olah tiada lagi ESOK

Tika itu … ‘Pelangi’ tidak kelihatan di mata hati itu

Walaupun ia sentiasa di situ

Terlindung oleh awankah??

 

 

Manusia selalu ‘buta’

Sering ‘buta’ …sentiasa ‘buta’

Hanya nampak apa yang ia mahu

Hanya nampak apa yang ia impikan

Yang ia rasa itulah untuknya

Ia lupa pengetahuannya hanya takat itu

Lalu ‘buta’ terhadap hubungan antara peristiwa

Tak nampak ‘pelangi’ itu

 

Sedangkan Allah sentiasa memberi ‘pelangi’

dalam setiap ‘hujan’ itu

Tapi ia ‘buta’!!

 

Wahai hati..

Yakinlah..setiap ‘hujan’ itu ada ‘pelangi’

Tidak perlu tunggu untuk ‘pandang belakang’ untuk cari ‘pelangi’ ..

Yakinlah sentiasa..

Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pemurah …

 

 

Walaupun sukar untuk menempuh ‘hujan’ itu

Kerana tak nampak ‘pelangi’ itu

Namun, teruslah bersabar keranaNya

Yakin padaNya

PELANGI ITU SENTIASA ADA

CUMA KITA YG TAK NAMPAK!!

 

🙂

wallahu a’lam..

yang sedang belajar untuk bersabar walaupun hikmah ujian itu belum Allah perlihatkan..

 

 

 

 

 

 

 

Ketenangan tidak datang bergolek

Bismillahirrahmanirrahim…

 

Alhamdulillah terima kasih Allah…sekali lagi Engkau mentarbiyahku tentang kehidupan..

Astaghfirullah..ya Allah..ampunkanlah segala dosa2 ku..

 

 

Ketenangan itu rupanya tidak datang bergolek..

Malah perlu dicari dan diusahakan…

Lalu di manakah ketenangan itu?? Bagaimana memperolehnya??

 

Menurut murabbiku, cara mencari ketenangan jiwa adalah melalui 5 M:

1) Mu ‘ahadah : sentiasa memperbaharui dan mengingatkan diri kita tentang janji kita dengan Allah…setiap kali solat kita akan membacakan ayat ini ‘kepada Engkau kami sembah, dan kepada Engkau kami memohon pertolongan’.. dengan cara ini kita akan sentiasa ingat bahawa kita mempunyai Allah yang kita sudah berjanji padaNya bahawa kita akan sentiasa meminta kepadaNya…

 

2) Muraqabah: iaitu sentiasa merasakan bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita ketika susah mahupun senang..bersangka baiklah terhadap Allah…bahawa setiap yang Dia aturkan adalah yang terbaik buat kita..

 

3) Muhasabah: iaitu sentiasa merefleksi diri dan menghitung diri…kemudian bertindak memperbaiki diri..

 

4) Mu ‘aqabah: iaitu memberi ‘reward’ apabila kita berjaya mencapai sesuatu atau ‘punishment’ sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan..supaya kita sentiasa istiqamah memperbaiki diri..

 

5) Mujahadah: berusaha bersungguh-sungguh! dengan penuh disiplin diri untuk melaksanakan 4 perkara di atas..

 

Dan tentunya, jangan putus-putus berdoa padaNya!…

 

 

Jadi, setiap kali kita diuji olehNya, mana satu pilihan kita? Adakah kita ingin menjadi seperti BESI (yang semakin mencair apabila semakin panas i.e semakin lemah apabila ujian semakin kuat), atau seperti KAYU yang rapuh (yang patah apabila diketuk kuat i.e tak tahan ujian langsung) atau seperti bola PING-PONG (yang semakin tinggi lantunannya apabila semakin kuat pukulan ke atasnya i.e semakin kuat dengan bertambah beratnya ujian)…

 

Ya Allah…aku ingin jadi lebih kuat dari bola PING-PONG itu ya Allah…Allahumma yassir..

Wallahu a’lam…

 

 

HE alone is sufficient!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah sudah lama rasanya tidak berkongsi refleksi dan muhasabah diri di blog ini:)

Terima kasih Allah kerana mengurniakan diri ini orang-orang di sisi yang sentiasa menjadi sumber inspirasi.

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..

 

Kadangkala diri ini tidak tahu yang manakah pilihan yang terbaik.. segala yang mungkin terjadi atau tidak terjadi pada masa hadapan hanyalah dalam pengetahuanMu Ya Allah..

Saat ini, mungkin Engkau sedang menguji keimananku..

Sejauh mana aku menjadi hamba yang bertawakkal kepadaMu??

Sejauh mana aku menjadi hamba yang beriman dengan Qada’ dan QadarMu??

Kadangkala…pilihan itu menjadi susah dan mencabar emosi hanya kerana ia penuh dengan KEBARANGKALIAN…

KEBARANGKALIAN yang hanya berasaskan pengetahuan seorang yang bergelar HAMBA kepada Yang Maha Mengetahui..SEGALA-GALANYA!!!!

Lalu, mengapa perlu bersedih hati wahai jiwa yang bergelar ‘hamba’ kepada Yang Maha Mengetahui..??

Tidakkah engkau meyakini sesungguhnya segalanya telah tersurat menurut pengetahuanNYA?

Tidakkah engkau meyakini sesungguhnya Dia sentiasa memberikan yang TERBAIK buat hambaNya??

Astaghfirullah…

 

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk melaksanakan pilihan ini…kerana sesungguhnya hanya ENGKAU tempat aku berlindung…segala-gala yang lain hanyalah pinjamanMu yang bersifat SEMENTARA…yang akan datang dan pergi…mengikut PERANCANGANMU….di luar kemampuan PEMIKIRANku…

 

HASBUNALLAHA WA NI’MAL WAKEEL..

“…… Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami, dan Dia sebaik-baik pelindung.” 3:173

 

FA IZA ‘AZAMTA..FA TAWAKKAL ‘ALA ALLAH..INNALLAHA YUHIBBUL MUTAWAKKILIIN..

“….Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang bertawakkal.” 3:159

 

 

Terima kasih Allah…:)

SAYANGkah kita?

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini Allah kurniakan perasaan yang jauh dari kesedihan. Walau pun diri ini tahu bahawa diri ini tidak layak langsung untuk memperoleh nikmat ini..namun, Alhamdulillah…

kata Allah, ‘La in syakartum la azidanna kum’ sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan untuk kamu (nikmat-nikmat)..

Alhamdulillah di atas nikmat KEHIDUPAN..

Alhamdulillah di atas nikmat ISLAM..

Alhamdulillah di atas nikmat IMAN..

Alhamdulillah di atas nikmat SIHAT..

Alhamdulillah di atas nikmat orang-orang yang TERSAYANG di sekeliling diri ini..

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin….

Hakikatnya, diri ini adalah seorang hamba kepada Allah YANG MAHA PENGASIH (ARRAHMAN) dan MAHA PENYAYANG (ARRAHIM)..

Kata seorang ukhti, cuba kita bayangkan diri kita sebagai seorang hamba kepada seorang tukang besi, sudah tentu kita juga akan membuat besi seperti mana tuan kita. Begitu juga jika kita hamba kepada seorang tukang jahit, sudah tentu kerja-kerja menjahit akan menjadi sebahagian dari kehidupan kita.

Lalu, bagaimana pula peranan kita sebagai hamba kepada YANG MAHA PENGASIH (‘ibaadurrahman)? Sewajarnya hidup kita juga sepatutnya diwarnai sifat-sifat kasih sayang kerana Allah dan sesama manusia..bukankah begitu?

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:

Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Lalu bagaimana kita menjadi hamba kepada YANG MAHA PENGASIH? Allah sudah memberikan kita jawapannya:

seperti kata-kata Allah dalam surah al Furqan ayat 63-76;

  • Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

 

  • Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

     

  • Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan. Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk”;

     

  • Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

     

  • Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, –

     

  • Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

     

  • Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

     

  • Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

     

  • Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

     

  • Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

     

  • Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Wa Allahu a’lam

*Refleksi post-PMS (PERHIMPUNAN MUSIM SEJUK 2011)*

Every second counts

Bismillahirrahmanirrahim…

“Gunakan kesempatan untuk kebaikan

sebelum segalanya terlepas dari genggaman

Kelak menyesal nanti tak berkesudahan

apa guna sesalan hanya menekan jiwa…

Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Apakah kita kan sabar atau sebaliknya??”

(Lagu: Kehidupan oleh Inteam + Nazrey)

Sama-sama kita hayati dan renungkan liriknya….

Allah berfirman:

“Wahai orang-orang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, ‘Berangkatlah di jalan Allah,’ kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan dunia daripada akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” 9:38

“Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikitpun. Dan Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.” 9:39

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” 9:41

Wa Allahu a’lam…

Makna buat kehidupan

Tentunya orang yang belum merasainya tidak akan pernah mengetahui bagaimana rasanya. Nikmat berkumpul bersama dalam satu majlis. Nikmat mentadabbur ayat-ayat Allah dan mengingatkan satu sama lain tentang janji Allah yang memang pasti. Nikmat berukhuwah atas nama Islam dan dasarnya akidah tauhid. Nikmat bersama-sama di dalam suatu ikatan usrah.

Begitu besarnya makna usrah untuk diri saya. Setelah beberapa tahun di bumi UK, saya kini boleh katakan seminggu saya memang tidak akan lengkap jika tak berusrah. Bagaikan ada sesuatu yang ‘missing‘ jika tidak bersama akhawat tersayang di dalam majlis ini. Majlis yang bukan sekadar majlis ilmu, tapi pastinya lebih lagi daripada itu. Majlis yang begitu memberi makna ‘kehidupan’ buat diri yang selalu terlupa. Teringatpula  ayat Al Quran di 8:24..

Daripada murabbi-murabbi yang sabar melayan karenah kami, saya temui begitu banyak mutiara darpada mereka. Mereka orang-orang yang lebih lama dalam dakwah ini, yang lebih banyak makan garam, tetapi tidak pernah lokek untuk berkongsi segalanya dengan kami. Mereka mengajar saya betapa tarbiyah itu bukan sekadar teori, bukan sekadar ayat-ayat di mulut, tetapi juga sesuatu yang perlu diterjemahkan dengan amal. Mereka juga menjadi contoh terbaik membina keluarga Muslim dalam erti kata yang sebenar.

Mereka begitu meyakini bahawa dunia ini hanya akan terselamat dengan cahaya Islam sahaja. Maka pemuda-pemuda seperti kitalah perlu membina diri kita untuk mencapai tahap supaya kita mampu sama-sama beramal jamaie membawa Islam ke tempat yang sepatutnya. Mereka memberi saya keyakinan dan dorongan bahawa saya mampu melakukan perkara yang saya sendiri ragui saya mampu lakukannya. Mereka mempercayai potensi diri ini yang tak seberapa dan mendorong saya agar ia digunakan sepenuhnya untuk amal Islami.

Teringat kisah-kisah dahulu bila saban minggu, perjalanan menaiki tren untuk ke tempat usrah sudah menjadi perkara biasa. Malah menjadi perkara yang ditunggu-tunggu kerana dapat bertemu dengan akhawat-akhawat lain daripada lokaliti lain.

Tahun berganti tahun, begitu juga dengan ahli-ahli usrah. Ada ahli usrah yang bersama-sama dari dahulu sehinggalah kini. Ada ahli usrah yang dahulunya bersama kini telah kembali ke tanah air-ada yang sudah berkahwin, ada yang sudah bercahaya mata. Alhamdulillah 🙂

Selalu juga terfikir, bertuahnya diri ini kerana disapa dengan nikmat hidayah Allah ini. Juga nikmat hidup dalam biah solehah dan dipermudahkan untuk mendapat hidayah Allah dalam pelbagai bentuk. Nikmat yang paling hebat dan manis sekali pastinya apabila dapat berkenalan semula dengan Pencipta yang Maha Agung, mengenaliNya melalui ayat-ayat Al-Quran dan menginsafi betapa lemahnya diri ini.

Sedangkan di luar sana betapa ramai rakan seusia masih terkinja-kinja dengan hiburan yang melalaikan, masih sibuk mengejar harta dunia tanpa peduli makanan rohani, masih meraba dalam gelap mencari-cari makna hidup yang sebenar. Di luar sana, pemuda-pemuda bagaikan tiada arah tujuan hidup dan larut dalam nikmat duniawi yang begitu mengasyikkan. (Beradanya saya di Malaysia pada waktu ini mengiyakan fakta di atas.)

Di suatu sudut lain, saya sebenarnya berasa kasihan pada mereka kerana mungkin mereka hanyalah ‘mangsa keadaan’.

Saya juga agaknya begitu jika tidak ada hidayah yang menyapa. Saya juga agaknya begitu jika tiada kawan-kawan, akak-akak yang datang berkongsi tentang nikmat iman dan islam dengan saya suatu hari dahulu. Saya juga agaknya begitu jika tiada akhawat-akhawat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan bersama dan tsabatnya kita dalam jalan ini.

Namun tiada satu jaminan bahawa saya akan terus kekal di jalan ini, kerana hanya Allah yang memegang hati ini. Dan hanya padaNya lah saya meminta agar Dia terus memimpin saya ke jalan yang lurus.

“Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit….” 6:125

Buat para duat,

Teruskan menyentuh hati-hati manusia, membantu mereka (dan diri kita) membuang segala noda hitam dalam hati supaya mudah hidayah Allah itu hinggap ke dalam hati. Kongsilah permata-permata tarbiyah berharga yang telah kita peroleh dan sangat sayangi ini dengan mereka di luar sana. Sebarkan bait-bait hikmah daripada Al Quran untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Teruskan mengajak mereka untuk bersama kita dalam usaha fastabiqulkhairat ini.

Kerana sebenarnya, manusia seluruhnya sangat menanti-nantikan cahaya Islam, juga sangat-sangat menanti-nantikan kita. Kerana jauh di sudut hati, mereka juga ingin mengenal kembali Allah, dan mereka juga ingin mengenali Islam itu sendiri. Mereka juga ada impian yang sama dengan kita, iaitu untuk menggapai nikmatnya Syurga Jannatul Firdausi dan menatap wajah Allah yang Esa.

Moga Allah kekalkan kita dalam nikmat iman dan islam ini -walaupun ia berbunyi cliche, tetapi pengertiannya begitu besar bagi yang benar-benar memahami.

Marilah kita berusaha untuk kembali dekat padaNya, taat padaNya dan ikhlas melakukan segala-gala keranaNya.

Dan marilah kita mengajak kawan-kawan di luar sana untuk berada bersama dalam gerabak ini, jangan biar ada seorang yang tercicir, kerana walaupun payah dan sukar perjalanannya, namun syurga dan redha Allah yang menanti itu begitu besar ganjarannya.

 “Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa..” 3:133

“Iaitu syurga ‘Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan yang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya sekalipun (syurga itu) tidak tampak. Sungguh, (janji Allah) itu pasti ditepati.” 19: 61

Wallahualam..

“intelectual declining”??

SeSI 2011
(my reflection)

After nearly a day attending this event has enlightened my mind so much about Islam and the systems under it. The talks that have been delivered had inspired me very much not just because of the content but also those speakers who had delivered them. Yes, it is true that ‘lisanul hal’ is far stronger in effect compared to ‘lisanul maqal’. The speakers are from various educational fields and they are very experienced in terms of their educational background. I thought they have shown a good ‘qudwah’ (role model) to us all students who attended the seminar. They have shown to us the example of Muslims whom are successful in their fieldnot just for themselves, but also for the benefit of the ummah.

Islam is the deen, ie a way of life. Being a muslim is not merely about having Islam as one’s religion, but rather it is a responsibility to be executed in every single thing that we are doing.

As students, there are many things that we can do in order to bring back the Islamic Era where muslims were the point of reference for the ummah. I learned that students can play important role in this issue. 

But, ‘how do we get there (the Islamic victory)? What role can we play?’ was one of the questions being asked to the speakers during the forum session. Hearing this question had really strucked my rusted mind. I just realised that i have not been serious in pursuing the aim to contribute for the revival of Islam.

‘There is intelectual declining’. Yes, muslims are lacking knowledge. If we look back at muslim history and make a comparison between past muslim scholars and the current muslims, it is obvious that we are far from them. Hence, we need to fill in the gap! 

But how do we do that?

‘We need to start with ‘alfahmu’ (understanding)’. Hence, there is a need to equip ourselves with the correct understanding and knowledge that we can optimise for the benefit of the ummah. ‘We need to excel in our studies, akhlak and in our organisation that we are involved in. Share what we know with others via dialogues, writing and publish papers etc.’ 

Alfahmu –> Al ‘amal Assoleh

‘But how do we make sure that we are always motivated into this?’ was another question being asked to the speakers. The answer:
1-be steadfast (istiqamah)
2-shape our mind to have idealisme
3-culturise the habit of seeking knowledge 

Last but not least, ‘always think of future generation’…what we do now will have an impact on future generation…

Yes, there are too many things to be improved in ourselves..but inshaAllah, let’s make our first move until we reach the destination if not now, in the hereafter inshaAllah…because it is the effort that counts!

–post-SeSI 2011–
🙂

More than just a Superman?

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Alhamdulillah, all praise to Allah for giving me the chance to share again:) Yay! Sorry, if I am too excited 😀

Actually I have just came back from meeting with my special friends. Why are they so special to me? Because they are not just ordinary friends. Yes, they really aren’t 🙂 Thinking about it again, by just spending around half of 24 hour with them, had already solved most of my problems that I have been experiencing for the past few days..Alhamdulillah, thanks to Allah for organising such a blessful gathering:) till we meet again inshaAllah…

 

I also learned one important formula. I really love Mathematics. I really really miss my Pure Maths subject. Sorry if I keep on repeating the same thing, when it comes to Maths, just bare with me..:D Even my medic groupmates predicted that I might become a Maths Teacher after I finished my MBChB Medicine…I have never realized that my passion in Maths is that obvious..still, please do not ever rely on me in counting simple calculation, i always depend on my calculator to do that…:D

 

Anyway, back to the formula. So what is it? It is about an equation explaining about Self Confidence.

PT + (PP)(A) = SC

PT: Positive Thinking

PP: Potential Power

A: Action

SC: Self Confidence

 

The formula above is self explanatory rite?

“That is so because Allâh will never change a grace which He has bestowed on a people until they change what is in their ownselves. And verily, Allâh is All-Hearer, All-Knower.” 8:53

 

Human potential is beyond that of a Superman. But, on one condition. We must fulfill our part i.e to implement the PT, PP, and A… and at the same time pray hard and consistently!

 

Let’s….Hayya bina ya ikhwah wa akhawat fillah!

 

🙂

Not good enough??

Bismillahirrahmanirrahim

Praise be to Him for giving me one more day to live inshaAllah:) Today is the Imam of Days. I really hope I am better than yesterday.

Allah, He is the best knocker of the door of our hearts. He has never giving up on knocking our hearts even for a second. But have we realized the fact that He is knocking? Do we really hear Him? Or are we just ignoring Him every time He knocks the door? Astaghfirullah…

Lately, my motivation has been running down the trough state. But yet, He sent someone to look after me. One by one. I always feel that I am not good enough to receive such a special monitoring. Yes I am not. That is how I feel about myself. But still, He keep on sending His reminders via people around me.

Yesterday, when I saw her smiling, it reminded me of the greatness of a sincere smile. Yes, it was a really sweet smile. The one the cools your heart when you see it. The one that makes you smile back wholeheartedly. Subhanallah…Oo Allah, You just reminded me how I have not been smiling wholeheartedly all this while..Astaghfirullah…Thanks Allah…

This morning, when I saw her (another person) prayed to You hardly, it reminded me of the greatness of making Dua for You. The sweetness of talking to You directly. Yes, that was the feeling. And the fact that she came all the way here just to spend a night with You had really touched my heart. And though I know I am not good enough, I still feel honoured for You have chosen me to accept her presence. Thank You Allah for all of these…

Last night, I felt really bad when I had to burden her (another person). Though I know she must have been really tired after a whole day at school, added with additional journey for the sake of Allah, she was still willing to help me. May Allah repay her for what she has done..inshaAllah…

Oo Allah, make those hearts that You inspired to help/inspire me to be sincere and always in peace and blessings of Yours…Amin…

Kerana luka di hati hanya Dia yang tahu…

Bismillah..

Kerana luka di hati hanya Dia yang tahu…
maka pada siapa lagi harus kau mengadu?
tatkala hati bagai ditusuk sembilu…
kerana kata orang ini..kerana perbuatan orang itu…
 
 
Kerana pedih yang kau rasa hanya Dia yang mengerti…
maka pada siapa lagi harus kau kembali??
tatkala amarah membakar diri…
ditekan orang sana..di’push’ orang sini..
lalu kau menjerit..’aku hanya pingin jadi diri sendiri!!!’
 
 
Kerana lelah yang kau tanggung hanya Dia mampu menolong..
lalu pada siapa lagi harus kau meraung…
yang di sana menyinggung yang di sini tersinggung…
mahu saja kau hidup berkurung…
atau bermimpi ingin terbang bebas seperti burung..
 
 
Kerana masa yg kau punya hanya milik Dia..
maka pada siapa lagi harus kau pinta??
tatkala kau sibuk mengulang ‘aku tak cukup masa!!’
atau ‘arghh..banyaknye bendaa!!’
 
 
Kerana hidupmu itu bukan milikmu kawan…
hatimu itu bukan kepunyaanmu..
hartamu..masamu..jiwamu..
kerana dunia ini bukan kampungmu…
bukan..bukan…semua itu bukan kau punya…
 
Buanglah rasa memiliki itu…
menangislah..merataplah…
kerana dikala mutiara itu minitis di hadapanNya
baru kau sedar kau itu hamba..
muliamu pada kehambaanmu..
hinamu akibat kesombonganmu…

peringatan utk diri sendiri….wallahua’lam..