All posts by cahayaenam

Kerana luka di hati hanya Dia yang tahu…

Bismillah..

Kerana luka di hati hanya Dia yang tahu…
maka pada siapa lagi harus kau mengadu?
tatkala hati bagai ditusuk sembilu…
kerana kata orang ini..kerana perbuatan orang itu…
 
 
Kerana pedih yang kau rasa hanya Dia yang mengerti…
maka pada siapa lagi harus kau kembali??
tatkala amarah membakar diri…
ditekan orang sana..di’push’ orang sini..
lalu kau menjerit..’aku hanya pingin jadi diri sendiri!!!’
 
 
Kerana lelah yang kau tanggung hanya Dia mampu menolong..
lalu pada siapa lagi harus kau meraung…
yang di sana menyinggung yang di sini tersinggung…
mahu saja kau hidup berkurung…
atau bermimpi ingin terbang bebas seperti burung..
 
 
Kerana masa yg kau punya hanya milik Dia..
maka pada siapa lagi harus kau pinta??
tatkala kau sibuk mengulang ‘aku tak cukup masa!!’
atau ‘arghh..banyaknye bendaa!!’
 
 
Kerana hidupmu itu bukan milikmu kawan…
hatimu itu bukan kepunyaanmu..
hartamu..masamu..jiwamu..
kerana dunia ini bukan kampungmu…
bukan..bukan…semua itu bukan kau punya…
 
Buanglah rasa memiliki itu…
menangislah..merataplah…
kerana dikala mutiara itu minitis di hadapanNya
baru kau sedar kau itu hamba..
muliamu pada kehambaanmu..
hinamu akibat kesombonganmu…

peringatan utk diri sendiri….wallahua’lam..

Advertisements

Aku tidak mahu menjadi fitnah….

Aku tidak mahu menjadi fitnah

Hanya kerana markah peperiksaanku rendah

Aku tidak mahu menjadi fitnah

Hanya kerana statusku kini sudah berubah

Aku tidak mahu menjadi fitnah

Hanya kerana aku membawa usrah

Aku tidak mahu menjadi fitnah

Hanya kerana hujung mingguku dipenuhi meeting dan daurah

Aku tidak mahu menjadi fitnah

Hanya kerana malam tertentu aku tiada di rumah

Aku tidak mahu menjadi fitnah

Hanya kerana aku berjubah

Aku tidak mahu menjadi fitnah

Hanya kerana di kelas aku tidak petah

Aku tidak mahu menjadi fitnah…sungguh aku tidak mahu menjadi fitnah kepada agama Allah

Ya Allah…padaMu aku berserah…sungguh aku insan yang lemah..

Aku bukan Khadijah, Aisyah mahupun Khaulah…

Aku baru bertatih di jalan dakwah….baru mengenal bid’ah dan sunnah…

PadaMu kupohon hidayah…moga aku tak meyerah kalah…

Pada dunia yang penuh fitnah…

Kerana aku tidak lain hanyalah hambaMu ya Allah….

Bile cik Wan menulis..

Assalamualaikum wbt..

Saye suke pantun Melayu..kaya dengan kosa kata dan peribahasa.. di sini ada 3 rangkap pantun klasik Melayu yang saya ambil dr satu sumber(bukan buat sendiri ye..hehe) Jom kite study sesame, ape yg boleh diambil drpd pantun ni..dan relate dengan perjuang hidup kite ni…moga2 bermanfaat…InshaAllah..

Anak tiung atas rambutan
Berbunyi bertongkat paruh
Berhenti kapal di lautan
Tiba angin berlayar jauh

Bila takde enjin..kapal hanya bergantung pada angin…takde angin..berhentilah kapal…tetiba angin tiup kuat..lajula pulak die…pastu berenti balik bile angin mati..huhu …Kadang2 semangat kita pun begitu…ada anginnye….terkadang mati, terkadang laju tak terkejar…kan baik kalau guna enjin…boleh terus bergerak…tapi jgn lupa minyaknye…hehe..ape ye enjin tu?..ape pula minyak tu?..(anyone boleh tolong jwb?)

Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa

Penat kaki boleh berhenti… Jelas maksudnye…Kita boleh memilih untuk berhenti…                                                                                                                                                     tapi..Berat beban siapa membawa….. siapakah yg akan menjawab di sana nanti…pabila amanah itu ditanya kembali…

Kampung Tengah kotanya landai
Permatang guntung ketinggian
Jangan lengah janjikan sampai
Untung-untung berkejadian

Jangan lengah janjikan sampai..Kata Umar r.a, jika pagi.. jgn tunggu petang, jika petang..jgn tunggu malam, jika malam..jgn tunggu esok paginye..(ye dok ema?)hehe. Biar perlahan, asal tidak tertangguh, biar sedikit asal berterusan…istiqamahlah…tetaplah dengan jalan ini.. yalah..                                                                                                                                                                 Untung-untung berkejadian…bukan untung2 sahaje..kerana..kemenangan itu janji Allah yg pasti…kalau tidak di sini..di syurga abadi…inshaAllah..

Membaca HATI…

Assalamualaikum..

Lame dah tak mencoret kat blog ni….
Rindunye qadaya sambil bertangis-tangisan dengan antunna semua…
Malam ni, meronta-ronta pula hati ni nak menulis sesuatu..tapi tak tahu apa nak ditulis…
Mungkin video yang saya nak share di bawah ni cukuplah untuk menceritakan segalanya…

Sekian sahaja..bertemu lagi kita di lain masa jika diizinkan Allah…

From Lufbra with Love – Jendela Hati I

Assalamualaikum…lagi kukongsikan coretan, buah tangan dari Loughborough..semoga bermanfaat inshaAllah.

***

Kudedikasikan lagu ini buat akhawatku yang kukasihi, Ka Azan, Ka Miyam, Ka Haz, Lina, Lin, Nadiah, Diana dan Nazihah….(klik pada tajuk lagu)

Jendela Hati

Aku ingin hidup secerah mentari

Yang menyinar di taman hatiku

Aku ingin seriang kicauan burung yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai

Penuh mesra membuah ceria

Aku ingin menghapus duka dan lara

Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih

Sebersih titisan embun pagi

Dan ukhwah kini pasti terputik

Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum kasturi, seindah pelangi

Segalanya bermula di HATI….segalanya bermula DI SINI…

***

Lihat diri kita di cermin..kita punya sepasang mata, sepasang telinga, bibir atas dan bawah yang mampu melakarkan senyuman manis, hidung dengan dua lubang  supaya senang bernafas di kala salah satu tersumbat, sepasang tangan, sepasang kaki, bahkan sepasang otak, otak kanan dan otak kiri..subhanallah..cantiknya penciptaan kita, semua punya fungsi tersendiri.. namun perasan tak..kita cuma punya SEKEPING HATI…kenapa ya…

***

Dalam sebuah pentadbiran negara,e.g Brunei,  ada pelbagai system. Sistem ketenteraan,  social, ekonomi, politik. Dan di bawah setiap system ada ahli2 yang  menjalankan fungsi sistem tersebut. Dan semua sistem ini diuruskan oleh satu sistem pentadbiran yang dipimpin oleh seorang  pemimpin, iaitu Sultan Brunei. Cuma seorang Sultan..yang paling atas..yang menentukan segalanya..Namun Sultan Brunei ini punya penasihat, dan orang kepercayaan, yang boleh mempengaruhinya membuat sebarang keputusan..

***

Nah, kita kaitkan kembali dengan diri kita..dalam diri kita ada pelbagai sistem; perkumuhan, respirasi, saraf, otot. Segala anggota tubuh kita adalah adalah ahli2 yang menjalankan fungsi2 sistem2 ini. Dan Rajanya adalah HATI.. Kerana  itu..HATI cuma ada sekeping..

Kita melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, menganalisis dengan akal..tapi dengan HATI kita yang memutuskan sesuatu perkara. Kita lihat sebuah buku, cantik kulit luarnya. Kita dengar orang berkata buku tersebut bagus dibaca. Berdasarkan sinopsisnya, akal menilai buku ini bagus. Hati senang, dan memutuskan untuk membeli buku tersebut..

Seperti Sultan Brunei tadi..HATI juga punya ‘penasihat’nya.. HATI adalah tempat jatuhnya hidayah Allah, juga tempat syaitan berbisik dan menghasut.

‘ Demi jiwa dan seluruh penciptaannya. Maka Allah mengilhamkan kepadanya(jiwa tadi) jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.’ (as-Syams: ayat 7-10)

***

Dalam pelbagai urusan sehari-hari..kita bermula dengan hati..juga berakhir dengan hati. Seperti soal membeli buku tadi. Kita pergi ke kedai buku memang dengan niat untuk membeli buku. Dan kita berakhir dengan membeli buku itu kerana kita suka. Niat itu lintasan hati. Dan suka itu lahir dari hati. Betapa pentingnya peranan HATI…

***

To be continued…

Diari 9 Jamadilakhir 1430H

Assalamualaikum..kukongsikan di sini satu episod hidupku di bumi bertuah Loughborough. Semoga bermanfaat..inshaAllah..

* * *

Analoginya begini k.Miyam..katakanlah satu hari ni Wan cuba satu coklat bar perisa baru di pasaran. Bila sudah cuba, Wan rasa coklat nilah yang paling sedap sekali di abad ini. Tiada bandingannya. Of courselah bila jumpa k.Miyam, Wan akan cerita dan promote pasal coklat terbaru yang sangat sedap ni kan?

“Betul k.Miyam, percayalah cakap Wan, coklat nie, best sangat2! Wan takkan puas hati selagi k.Miyam tak cuba jugak..hehe..”

Sebab Wan dah rasa, dan Wan nak semua orang rasa betapa sedapnya coklat tue. Wan sanggup belanja k.Miyam semata-mata untuk rasa coklat tu..then bila k.Miyam rasa, dan k.Miyam setuju coklat tu memang best..mesti k.Miyam pergi dapatkan k.Azan pula.

“MashaAllah Zan, betul cakap si Wan Zan, coklat ni sedap bangat. Rugi tau kalau tak rasa. Nah, ambil aku punya sikit, gerenti kau mau lagi!” lebih kurang begitulah k.Miyam akan cakap pada k.Azan kan?

“Benar tu. Serupa kalau kakak jumpa satu movie best, mesti kakak akan promote pada orang.Kakak takkan puas hati sampailah orang tu tengok jugak movie tu dan setuju movie tu memang best!” kata k.Miyam dengan penuh bersemangat.

Nah, kalau kita boleh buat begitu untuk coklat dan movie..mengapa tidak demikian juga kita lakukan dengan risalah Islam yang indah ini? Benar inda?

Mau inda nanti kita diberi salam oleh Allah di syurga kelak?

Kalau k.Miyam atau k.Azan sedang jalan seorang diri di kampung di Brunei..tiba-tiba Sultan Brunei lalu dan beri salam pada k.Miyam atau k.Azan.

“Assalamualaikum Mariam..apa khabar kamu? “

Nah, Wan gerenti k.Miyam kambang dan cerita pada satu kampung yang Sultan Brunei tagur k.Miyam di jalan tadi.Benar inda? Tapi ini bukan Sultan Brunei, bukan juga Queen Elizabeth..tapi Allah s.w.t..Raja sekalian makhluk..mashaAllah..

* * *

Itulah sebahagian perbualanku dengan sisters brunei. Bersemangat betul mereka mendengar celotehku yang pada mulanya merancang untuk singgah belajar kerana exam makin menghampiri. Alhamdulillah…Satu malam aku di sharpley road, (rumah bruneians) sememangnya tidak dirancang..bak kata tuan rumah..this is an unplanned visit by you, but it was planned by Him..a long long time ago…Subhanallah..

* * *

Kita semua ni bakal jadi engineer. Tu, kereta..komputer..kamera..apa lagi..macam2 lah, engineer punya idea tu..tapi kalau kita bukan engineer yang cipta alat tu..of course kita inda tau all thing about that device right?

Only the inventor knows about his invention better than anyone else. And only the Creator knows about His creations better than the creation itself and anyone else. Benar inda? Tapi, sebagai pembeli, macam mana kita nak tahu cara nak guna komputer, kamera..etc..etc..? Perasan inda, kalau kita beli kamera, kita mesti dapat satu benda ni..together with the camera..

“Apa tu? kotak ka?” teka si A mencetus tawa yang lain. “Manual book?” kata k.Azan

Lurus! 10 markah untuk k.Azan. Dalam manual book tu, ade guideline from the inventor of the device. How to use this button. How to turn it on. How to keep it properly. What are the safety steps in using it..Supaya tidak cepat rosak, supaya we can make full use of the device with all the applications. Jadi, tak membazirlah kita beli.Benar inda? Tani  ni manusia. Tani juga creation. Jadi apa tani punya manual book?

“Al-Quran?” kata k.Miyam.

Lurus! Ni dalam ‘manual book’ ada macam2.. macam mana nak guna mata, telinga, kaki, tangan, hati. Bukan pancaindera saja..ada lagi..kalau tani ada harta, macam mana nak uruskan harta. ada anak, macam mana nak ajar anak2. ada ilmu, perlu buat apa dengan ilmu. Ada negara, macam mana nak tadbir…Inilah buku tauhid, history, law, science, politics, economics, motivations..everything.. inshaAllah complete.

Tapi kalau kita beli printer or apa2 tue..manual booklah yang kita paling malas baca kan? hehe. Wan selalu gitu, itu hari Wan beli kamera, then bila playback video, dia inda ada bunyi suara. Lalu marah2, wan ingat wan dah kena tipu.Mau pulang balik itu kamera. Then my friend suruh wan rujuk balik manual book. Rupa-rupanya, ada ditulis yang this camera will playback video without sound unless you connect it to external device like laptop, tv..etc..hehe.

* * *

Senyum mereka mendengar cerita kurang kelakarku..mungkin ada di antara mereka yang pernah mengalami peristiwa yg hampir serupa..

* * *

Like manual book..walaupun ada macam2 bahasa, say english, spanish, french and malay. mesti kita akan baca yang english dan malay sekali. sebab kita nak faham, supaya kita boleh apply whatever has been said in that book.Begitu juga dengan al-Quran. Kita inda faham kalau just read..without knowing the meanings..itulah pentingnya tafsir ni..

“Tani ini lemah..tani perlu selalu diingatkan..dengan perbualan begini..tani boleh remind each other..mashaAllah ukhtie..ini memang rancangan Allah…” kata k.miyam.

Lina dan k.azan membisu penuh makna. Barangkali memikirkan sesuatu yang sulit untukku teka..

* * *

“Bah, bah! jom ke rumah sebelah..mari sekali Wan, Lina. Mereka sudah siap masak tu. jangan tolak rezeki…” panggil k.Yus memecah kesunyian yang seketika tadi.

Lalu kami berangkat ke rumah sebelah, menjamu selera dengan nasi beriyani kambing air tangan akh Zawawi. alhamdulillah…rezeki. Walaupun petangnya sudah dijamu dengan sirap bandung, roti john, sausage roll and etc..etc..hehe.

dan sebelum tidur aku kembali bergelumang dengan module heat transfer..bangun pagi sahaja, sarapan sudah tersedia oleh k.Dk..Usai sarapan..aku kembali berjalan pulang ke rumah. Layanan mereka..semangat mereka..keihlasan mereka..terbayang2 di fikiranku di sepanjang perjalanan. K.Miyam, k.Azan, K.Haz, sibuk mencari notes2 mereka buat dipinjam kepadaku…habis satu almari, kotak diselongkar kerana tak mahu menghampakan harapanku..sob..sob..

“Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”(3:8) Amin…


tani = kami, tagur = tegur, inda = tak, kambang = bangga, lurus = betul, bah = okeh/baik



TETAPI CERCALAH DIRIMU SENDIRI!!!

Assalamualaikum..

Kawan-kawan..kite sedar x sape musuh kita? orang kafir? israel? orang jahat? orang yang tak suke kite? orang yang suke potong queue mase nak naik tren? orang yang jeling kite cam die bagus sangat?orang yang buang chewing gum merate-rate? (ish, ape aku merepek ni)…hmm…ade Quran x kat tangan? jom selak ayat-ayat nih…

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang penghuni neraka yang menyala-nyala.” (35:6)

“ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (2:208)

Sejak zaman tok Adam lagi syaitan dah berjanji dengan Allah yang dia akan menyesatkan kite..Dan Allah dah bagi green light pun..

“Dan perdayakanlah siapa sahaja yang engkau(Iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutukanlah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu beri janjilah pada mereka” Padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka. (17:64)

perasan tak? Allah dah cakap awal-awal.. syaitan hanya menjanjikan perjanjian tipu-tipu buat kite….kena tipu hidup-hidup kite ni…

Dan syaitan kate ape?

Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (7:17)

Dia syaitan jadikan kite rase best sesangat bile buat dose tu…contoh;korang pernah rase tido lama2 dan bermalas-malasan  tu best giler tak? mesti pernah kan? kan? haa..camtulaa…

Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat(berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, ” Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada siksaan Allah.” Allah sangat keras siksaan-Nya. (8:48)

Tipu..tipu..die tipu kite je, depan cakap lain, belakang cakap lain..ish..kalau kawan kite le yg cakap gitu..putus sahabat..huh, begitu sekali kite menghukum kawan kite..tapi syaitan?

Pikir-pikir balik..geram kan? geram giler. tapi..tau syaitan cakap ape? meh tengok ayat bawah ni…

Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan, “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu.” Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih. (14:22)

huu….boleh pulak dia kate gitu..CERCALAH DIRIMU SENDIRI…nampak sangatla kite ni buta mate hati kalau still nak ikut die(syaitan)..kan?kan?

Tau tak syaitan tu kat mane sebenarnye?

haa..nila gambarannye..
haa..nila gambarannye..

tu, yang orang lidi penuh tande soal tu kite le kononnye..dan sepatutnye kite ikut je anak panah tu…tapi sepanjang-panjang perjalanan akan ade junction2 yang mengarah ke jalan yang tak sepatutnye..yang menjauhkan kite dari destinasi sebenar seperti yang ditunjuk anak panah tu…

antara jalan lurus dan cabang2 tu..syaitan di mana? haa..yang merah-merah tu syaitan la…die duduk kat simpang je..dia akan seru kite..goda kita..sampai kita berubah hati dan nak masuk simpang jalan kemaksiatan tu….lepas kite masuk je simpang tu..die cuci tangan..mission accomplished..

Iblis menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus (7:16)

sebab tu kalau kite dah sedar kite sesat..kembalilah ke pangkal jalan,..baru kite jumpa balik arah sebenar kite..insyaAllah…berdoalah pada Allah, supaya tunjukkan balik jalan yang lurus tu..sepertimana yang kite insyaAllah duk lafaz hari-hari pagi petang siang malam dalam surah al-Fatihah…

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (1:6)

Kite ni..Allah yang cipta..Syaitan pun Allah yang cipta..Allah tu Maha Kuasa..syaitan x takut ngan kite..tapi die(syaitan) takut ngan penciptanya..jadi mintalah pada Allah

cam kite gaduh ngan kawan kat kantin skolah sebab berebut nasik lemak,padahal kite cop dulu nasik lemak tuu.. mesti kite ngadu kat cikgu kan? takpun makcik kantin.time tu kite rase cikgu or makcik kantinlah yang paling berkuasa tuk membela kite..hehe(sori selingan)

Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. (dengan lafaz istia’zah). Sungguh Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui. (176:200)

Kadang2 kite rase kite ni lemah betul..senang sangat ikut cakap syaitan..dah bukak buku, tutup balik..dah berazam nih..tanak online..tapi pure2 je offline, pdhal segale blog,facebook, u-tube kite menjelajah sampai semayang pn lewat..

uuu..tahukah kite?….

Sesungguhnya syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (16:99,100)

Sesungguhnya orang-orang bertaqwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu mereka melihat (kesalahan-kesalahnnya).(176:201)

“Sesungguhnya (terhadap) hamba-hamba-Ku, engkau (Iblis) tidaklah dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga.“(17:65)

huhu..semak balik diri kite…iman..tawakkal..taqwa..ingat Allah..hamba..ade ke sume tu kat kite??…..huuu..sob..sob

dan..kalo kite ikut cakap syaitan jugak…adakah kite termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat (16:100)..nau’zubillah..tanak sebut..huhu..

wallahua’lam….




MUHASABAH DIRI….

assalamualaikum wrt wbt,

moga-moga menjadi menjadi peringatan kepada kita yang sering lupa dan lalai.
dipetik dari dakwatuna.com

Tanda-tanda iman kita sedang lemah

1. Ketika Anda sedang melakukan kedurhakaan atau dosa.

Hati-hatilah! Sebab, perbuatan dosa jika dilakukan berkali-kali akan menjadi kebiasaan. Jika sudah menjadi kebiasaan, maka segala keburukan dosa akan hilang dari penglihatan Anda. Akibatnya, Anda akan berani melakukan perbuatan durhaka dan dosa secara terang-terangan.

Rasulullah saw. bersabda, “Tidak ada pezina yang di saat berzina dalam keadaan beriman. Tidak ada pencuri yang si saat mencuri dalam keadaan beriman. Begitu pula tidak ada peminum arak di saat meminum dalam keadaan beriman.” (Bukhari, hadits nomor 2295 dan Muslim, hadits nomor 86)

2. Ketika hati Anda terasa begitu keras dan kaku.

Sampai-sampai menyaksikan orang mati terkujur kaku pun tidak bisa menasihati dan memperlunak hati Anda. Bahkan, ketika ikut mengangkat si mayit dan menguruknya dengan tanah. Hati-hatilah! Jangan sampai Anda masuk ke dalam ayat ini, “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.” (Al-Baqarah: 74)

3. Ketika Anda tidak tekun dalam beribadah.

Tidak khusyuk dalam shalat. Tidak menyimak dalam membaca Al-Qur’an. Melamun dalam doa. Semua dilakukan sebagai rutinitas dan refleksi hafal karena kebiasaan saja. Tidak berkonsentrasi sama sekali. Beribadah tanpa ruh. Ketahuilah! Rasulullah saw. berkata, “Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.” (Tirmidzi, hadits nomor 3479)

4. Ketika Anda terasa malas untuk melakukan ketaatan dan ibadah.

Bahkan, meremehkannya. Tidak memperhatikan shalat di awal waktu. Mengerjakan shalat ketika injury time, waktu shalat sudah mau habis. Menunda-nunda pergi haji padahal kesehatan, waktu, dan biaya ada. Menunda-nunda pergi shalat Jum’at dan lebih suka barisan shalat yang paling belakang. Waspadalah jika Anda berprinsip, datang paling belakangan, pulang paling duluan. Ketahuilah, Rasulullah saw. bersabda, “Masih ada saja segolongan orang yang menunda-nunda mengikuti shaff pertama, sehingga Allah pun menunda keberadaan mereka di dalam neraka.” (Abu Daud, hadits nomor 679)

Allah swt. menyebut sifat malas seperti itu sebagai sifat orang-orang munafik. “Dan, apabila mereka berdiri untuk shalat, mereka berdiri dengan malas.”

5. Ketika hati Anda tidak merasa lapang.

Dada terasa sesak, perangai berubah, merasa sumpek dengan tingkah laku orang di sekitar Anda. Suka memperkarakan hal-hal kecil lagi remeh-temeh. Ketahuilah, Rasulullah saw. berkata, “Iman itu adalah kesabaran dan kelapangan hati.” (As-Silsilah Ash-Shahihah, nomor 554)

6. Ketika Anda tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat Al-Qur’an.

Tidak bergembira ayat-ayat yang berisi janji-janji Allah. Tidak takut dengan ayat-ayat ancaman. Tidak sigap kala mendengar ayat-ayat perintah. Biasa saja saat membaca ayat-ayat pensifatan kiamat dan neraka. Hati-hatilah, jika Anda merasa bosan dan malas untuk mendengarkan atau membaca Al-Qur’an. Jangan sampai Anda membuka mushhaf, tapi di saat yang sama melalaikan isinya.

Ketahuilah, Allah swt. berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ” (Al-Anfal:2)

7. Ketika Anda melalaikan Allah dalam hal berdzikir dan berdoa kepada-Nya.

Sehingga Anda merasa berdzikir adalah pekerjaan yang paling berat. Jika mengangkat tangan untuk berdoa, secepat itu pula Anda menangkupkan tangan dan menyudahinya. Hati-hatilah! Jika hal ini telah menjadi karakter Anda. Sebab, Allah telah mensifati orang-orang munafik dengan firman-Nya, “Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.” (An-Nisa:142)

8. Ketika Anda tidak merasa marah ketika menyaksikan dengan mata kepala sendiri pelanggaran terhadap hal-hal yang diharamkan Allah.

Ghirah Anda padam. Anggota tubuh Anda tidak tergerak untuk melakukan nahyi munkar. Bahkan, raut muka Anda pun tidak berubah sama sekali.

Ingatlah, pesan Rasulullah saw. ini, “Barangsiapa di antara kalianyang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya, dan ini adalah selemah-lemahnya iman.” (Bukhari, hadits nomor 903 dan Muslim, hadits nomor 70)

9. Ketika Anda gila hormat dan suka publikasi.

Gila kedudukan, ngebet tampil sebagai pemimpin tanpa dibarengi kemampuan dan tanggung jawab. Suka menyuruh orang lain berdiri ketika dia datang, hanya untuk mengenyangkan jiwa yang sakit karena begitu gandrung diagung-agungkan orang. Narsisbanget!

Allah berfirman, “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman:18)

“Jika kamu sekalian menghendaki, akan kukabarkan kepadamu tentang kepemimpinan dan apa kepemimpinan itu. Pada awalnya ia adalah cela, keduanya ia adalah penyesalan, dan ketiganya ia adalah azab hati kiamat, kecuali orang yang adil.” (Shahihul Jami, 1420).

Untuk orang yang tidak tahu malu seperti ini, perlu diingatkan sabda Rasulullah saw. yang berbunyi, “Iman mempunyai tujuh puluh lebih, atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah ucapan `Laa ilaaha illallah’, dan yang paling rendah adalah menghilangkan sesuatu yang mengganggu dari jalanan. Dan malu adalah salah satu cabang dari keimanan.” (Bukhari, hadits nomor 8, dan Muslim, hadits nomor 50)

10. Ketika Anda bakhil dan kikir. Ingatlah perkataan Rasulullah saw. ini, “Sifat kikir dan iman tidak akan bersatu dalam hati seorang hamba selama-lamanya. ” (Shahihul Jami’, 2678)

Pantun Usrah

Assalamualaikum..


Lama sudah hamba menyepi

Kini hamba kembali lagi

Terimalah nukilan setulus hati

Penambah seri ruangan ini

Tangan dihulur salam disambut

Sepekan sekali bersua muka

Hati merindu mulut menyebut

Tanda ukhwah sudah terbina


Mekar bunga pelbagai warna

Cantik menghias taman larangan

Pelbagai ragam pelbagai gaya

Di halaqah usrah Allah temukan


Bunga teratai bunga idaman

Mawar merah jadi igauan

Pembuka tirai memohon keberkatan

Dengan al-fatihah kami mulakan


Pinggan disusun lauk dihidang

Diselang seli sayur-sayuran

Kata disusun ayat dikarang

Penyeri muqaddimah alu-aluan


Ayat cintaNya penuh rahsia

Terkadang tak terjangkau akal fikiran

Tafsir dibaca menyelam makna

Itulah sesi tadabbur Quran


Menyahut seruan memberi peringatan

Tak sanggup menjadi golongan yang rugi

Tazkirah pula kami sampaikan

Suka diselit cerita analogi


Melangkah ke sesi penyampaian bahan

Ilmu dikongsi bersama dikaji

Semoga bermanfaat tambahan bekalan

Tidaklah kosong di sana nanti


Berita terkini lagi sensasi

Tajuk akhbar penuh seruangan

Mana yang betul mana yang pasti

Isu semasa jadi perbincangan


Tibalah masa yang dinantikan

Curahan rasa, masalah dan pengalaman

Setelah terpendam selama sepekan

Di sesi qadaya kami luahkan


Hampir sampai ke penghujung rancangan

Mutabaah amal borang semakan

Mana yang kurang kami tambahkan

Mendidik diri memperbaiki amalan


Masa berlalu tiada terasa

Tiba masanya menutup bicara

Hati sayu tiada terkata

Sepekan lagi kita berjumpa


Surah al-’asr bukan penamat

Tasbih kafarah menghapus dosa

Segala ilmu jadi azimat

Semoga tak rebah di pintu dunia


Dari kampung turun ke kota

10 minit naik keretapi

Walau sepekan tiada bersua

Jauh di mata bukan dihati


Mahal-mahal si ikan bawal

Mahal lagi ikan tenggiri

Tingkatkan amal tambahkan bekal

Pesanan untuk diri sendiri


Musim sejuk berlalu sudah

Musim bunga jadi pengganti

Maaf segala silap dan salah

Mohon hamba mengundur diri





PMS ’08, ku berlari dan hijrah

ku berlari

lagu tema PMS sisters kali ni ialah ‘ku berlari’. ala, yang ade rap tu. semangat sungguh para sisters menyanyikan lagu ni. Best woo, rap ramai2.macam2 gaya ade.hehe. lagu ni memang bertepatan dengan tarikh PMS yg lagi dua tiga hari menjelangnye maal hijrah. Antara liriknya

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

lagu ni satu motivasi, satu azam, satu semangat. mungkin ajk PMS pilih lagu ni sebab nak hilangkan ngantuk kut..maklumlah winter2 ni.hihi.

dalam perjalanan pulang dari PMS, wan sitah sempat ambik gambar ni.

jam yang berlari di Buchanan Bus Station, Glasgow
jam yang berlari di Buchanan Bus Station, Glasgow

idea wan farah la ni, dalam nak mengejar bas, sempat lagi ambik gambar, k.wan mai sabar je menunggu kanak2 ni, hehe. Best kan gambar ni? kena betul ngan lagu ‘ku berlari’ tu. so, kawan2, jom kite refleks sesame ape yg kite dapat time Winter Retreat ’08.