Category Archives: Karya Kreatif

Di balik Tirai Malam

Jam menunjukkan pukul 2.25 pagi waktu UK. Ain bangkit dari posisi tidurnya. Ah, baru tersedar, awal benar dia tidur malam tadi. Selepas pulang dari kelas, habis solat dan makan-makan dengan housemates tercinta, terus matanya rasa berat semacam. Mengantuk la maknanya tu.

Ain menggosok-gosok pelupuk matanya. Dah segar sikit sekarang. Pandangannnya melilau memerhatikan seluruh ruang dalam bilik tidurnya. Luas. Cantik. Cukup. Lengkap.

“Alhamdulillah…Astaghfirullah..” Spontan 2 kalimah itu keluar dari bibir mungilnya. Entah kenapa Ain tersentuh melihat keadaan biliknya sendiri. Bukan apa, dia tiba-tiba teringat bilik tidur kawan-kawan yang belajar di Malaysia. Sungguh serba sederhana. Tapi dia yang belajar di UK? Lebih dari cukup.

Bermula dari alat-alat solek, baju-baju, poster-poster seluruh bilik, buku-buku, duvet setebal 15 tog, kasut-kasut dan segalanyalah! Semuanya boleh dikatakan perfect untuk seorang pelajar sepertinya. Terkadang dia terlupa mengucap syukur atas segala yang telah dia  perolehi. Terlupa tak semua orang dapat macam apa yang dia dapat.

Padahal bersyukur itu langsung tak mengurangkan harta, malah Allah berjanji akan menambah lagi nikmat buat sesiapa yang bersyukur.

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

Allahuakbar…

Ain jadi takut. Takut kalau dia terlalu mempermudah-mudahkan nikmat Allah. Takut kalau dia terhantuk baru terngadah. Takut kalau dia mensia-siakan. (Sedang dia sedar, memang banyak dia buat kerja sia-sia..)

“…Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.” QS. Al Baqarah : 152.

Perlahan-lahan Ain bangkit dari katilnya. Dia meregangkan tangannya ke depan dan ke belakang. Makin segar. Alhamdulillah!

“Dan barangsiapa yang bersykur kepada Allah, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpui.” QS. Luqman : 12.

Esok ada kelas. Tapi Ain sudah tak dapat melelapkan mata lagi. Kakinya diatur cermat ke tandas. Mahu mengambil wudhuk. Mahu jadi hamba yang tahu bersyukur. Ya,Ain mahu! Cuma terkadang dia tersungkur dan terfutur dengan perkara-perkara yang hadir dalam hidupnya. Dan Ain sedar, futur itu sia-sia. Menghabiskan usia. Mempercepat tua. Dan akhirnya, futur itu jika terlalu lama  bisa membawa mudharat yang fatal!

“Ya Robb-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau ridhoi. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sholeh.” QS. An Naml : 19

Air paip yang sejuk itu membasahi seluruh anggota wudhuknya. Bertambah-tambah segar terasa. Allah-Allah-Allah…Ain mahu bersama Allah. Ain mahu Allah di sisi Ain..Ain mahu Allah yang menjadi mata, hati, telinga, kaki dan tangan Ain…Kuatkan jiwa Ain yang mudah rapuh ya Allah..Kuatkan.Kuatkan…

“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersykur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” QS. An Nisa : 147

Advertisements

Kerana luka di hati hanya Dia yang tahu…

Bismillah..

Kerana luka di hati hanya Dia yang tahu…
maka pada siapa lagi harus kau mengadu?
tatkala hati bagai ditusuk sembilu…
kerana kata orang ini..kerana perbuatan orang itu…
 
 
Kerana pedih yang kau rasa hanya Dia yang mengerti…
maka pada siapa lagi harus kau kembali??
tatkala amarah membakar diri…
ditekan orang sana..di’push’ orang sini..
lalu kau menjerit..’aku hanya pingin jadi diri sendiri!!!’
 
 
Kerana lelah yang kau tanggung hanya Dia mampu menolong..
lalu pada siapa lagi harus kau meraung…
yang di sana menyinggung yang di sini tersinggung…
mahu saja kau hidup berkurung…
atau bermimpi ingin terbang bebas seperti burung..
 
 
Kerana masa yg kau punya hanya milik Dia..
maka pada siapa lagi harus kau pinta??
tatkala kau sibuk mengulang ‘aku tak cukup masa!!’
atau ‘arghh..banyaknye bendaa!!’
 
 
Kerana hidupmu itu bukan milikmu kawan…
hatimu itu bukan kepunyaanmu..
hartamu..masamu..jiwamu..
kerana dunia ini bukan kampungmu…
bukan..bukan…semua itu bukan kau punya…
 
Buanglah rasa memiliki itu…
menangislah..merataplah…
kerana dikala mutiara itu minitis di hadapanNya
baru kau sedar kau itu hamba..
muliamu pada kehambaanmu..
hinamu akibat kesombonganmu…

peringatan utk diri sendiri….wallahua’lam..

QALAM:Cinta Sempurna

From Blog:Dr Hikari

lukisan ini, luahan ini, ditujukan khas kepada adik2ku yang sedang hot2 melalui alam remaja (saya dah x remaja, saya dah dewasa..mwahaha~) –>adik2ku yg jauh di mata tapi dekat di hati; Nor Fadhila & Nor Afiqah Abd. Muin, adik2 Ruhul Hanif yg kucintai (Yana, Eni, Jnab, Qilah, Baya, Anis, Nadia, Tasneem, Sakinah, Mas Ayu), adik2 Quwwah al Jadeedah yg tanpa mereka sunyilah hidup ini (Lili, Thirah, Yaqin, Aida, McNa, Shakey, Wani, Kema, Fiza, Ain, Fadhlin, Mira), adik2 1st year yg ceria2 sokmo, dan sisters2 seperjuangan di seluruh pelosok dunia….uhibbukunna fillah~

bkb-11bkb-2

bkb-3bkb-4bkb-5

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan…” (2:208)

Kadang-kadang kita dah tahu benda tu salah,…tapi kita pejamkan mata, pekakkan telinga….

kenapa ya?

nanti2lah,…takde kekuatan lagi..

kenapa ya takde kekuatan?

sebenarnya,…

kekuatan untuk meninggalkan sesuatu yg Allah x suka, tapi sesuatu yang kita sangat2 suka,

merupakan manifestasi tebal atau nipisnya iman kita….

maka, tepuk dada tanyalah iman.

jika iman nipis, tebal2kan lah ia.

bagaimana?

carilah ilmu…berkumpullah dengan orang2 soleh…jenguk2lah majlis ilmu..

sounds easy, kan?

btul2,…memang susah…

but fake it until you make it…..

“kerana kamu selama-lamanya tidak akan menjadi wanita sempurna,…namun di saat kamu mencuba ke arah itu, Allah akan sangat menghargaimu…”

^(^_^)^

CERITA BERMULA

alhamdulillah..bersyukur dgn nikmat dan rezeki dari Allah utk kita sehingga ke hari ini… seperti biasa, hangat2 tahi ayam, pernah dgr phrase nih?? haa, tu la yg terjadi pada kita bila berhadapan dgn isu palestine..kan2?? dulu mase awal2 semangat boikot nih, boikot tuh, tapi sekarang reda je skit..selamba je teguk coke, pepsi dll. dah xboikot daa… sedih.. saya seboleh2 nak teruskan selagi mana saya terdaya, nanti kat malysia tak tahu la sekuat mana saya nih, kalo kat cni boleh la lagi skit2. so, jom kita bace cerpen nih.. hasil karya sahabat baik saya nun jauh di eygpt.. hehe…

CERITA BERMULA . ADA APA DENGAN …….. ?

Cerita bermula. Sebelah kirinya memegang setin Coke, dan jemari sebelah kanan mencapai remote control, menekan malas punat-punat di situ. Dicari siaran kegemarannya,namun hampa. Apa ni? Semua saluran menghidangkan sajian yang sama. Palestin bergolak lagi. Rundingan damai gagal. Kesatuan Hamas Dan Fattah temui jalan buntu. Israel rancak membedil Palestin. OIC berusaha bantu penindasan Palestin. Aaaargghh! Dia bosan. Sungguh, negaranya aman damai, maka ada apa Palestin dengannya? Lalu dia membawa kaki ke kamarnya. Tidur lebih baik dari layan sakit hati.

Petang semalam juga begitu. Entah siapa-siapa dari mana-mana, datang memberi risalah kepadanya. Kempen Boikot Israel, Palestine in Our Hearts. Flyers berupa barang-barang produk Israel yang perlu diboikot, serta pamplet berisi sejarah ringkas penaklukan Palestin, lengkap dengan fatwa mengapa perlu diboikot. Dan di tangannya ada tabung, Derma untuk Palestin jika tak silap pandangannya. Mahasiswa universiti mungkin.

“Nak boikot barang? Berjaya ke? Bukannya sekotak dua rokok, berjuta-juta. Habiskan masa ngan duit je…” gumamnya .

“InsyaAllah dik. Usaha ni mungkin nampak kecil, tapi besar nilainya di sisi Allah. Kalau adik dan kawan-kawan, dalam sepuluh orang boikot, cuba kira dah berapa puluh ringgit Israel rugi?” Rungutan kecilnya didengar abang berkopiah putih itu rupanya.

“Adik tak nak derma untuk Palestin?” tanyanya lagi. Muka bersih dengan janggut sejemput di dagunya.

“Nah, abang ambil ni. Buat beli gula-gula kat budak-budak Palestin tu eh?” Jarinya menggenggam kepingan duit syiling, lalu dimasukkan ke dalam tabung itu, bersama sengihan lebar. Sempat dia menangkap wajah kesal pemuda tadi, tetapi… Ahhh, biarlah! Lagipun, ada apa Palestin denganku? Ayat itu yang selalu diulang-ulangnya untuk menyedapkan hati andai rasa bersalah bertandang. Dan memori itu hanyut bersama lenanya.

Alunan keras MCR melagukan Helena mengejutkannya dari tidur. Usai solat Asar ringkas, dia mencapai kunci motor. Rutin hidupnya begitu. Petang-petang enak dihabiskan bersama teman-temannya, melepak, menghisap rokok, bershisha jarang-jarang, dan jika ada cerita baru di panggung, mereka beramai-ramai akan menonton, masing-masing mengulas cerita, melontarkan komen, kritikan mahupun membina. Ayah dan ibu? Pastinya berhempas pulas di klinik, melayan penyakit yang maha banyak. Dan dua adiknya hanya nampak batang hidung sebulan sekali, ataupun kala cuti sekolah. Tinggallah dia berseorangan di rumah. Nasihat-nasihat ayah menyuruhnya sambung belajar dibuat tak endah. “Biarlah dulu ayah… Aman kan muda lagi” Begitu jawabnya bila telinga penat menahan leteran ayah.

Hey geng! Sorry aku lambat. Tertidur tadi” Ucapan salam diganti sapaan ringkas. Tamparan tangan disambut si rakan yang enak meneguk Pepsi, manakala yang lain dilihat berkepul-kepul menghembus asap rokok.

“ Kau ni Aman… Selalu je tidur petang-petang. Nanti lembab otak kau tau?” Sindiran Hakimi dibuat tak endah, dan tangannya rakus meneguk air Coke dari tin entah kepunyaan siapa di atas meja. Serentak dengan itu…

Fuuuuhh… Bersembur cecair keluar dari mulutnya, mengejutkan dua tiga kumpulan yang turut lepak di situ.

“Apsal kau ni Aman?” Hakimi menepuk-nepuk belakangnya. Dikesat mulutnya yang berbau hanyir dengan belakang tangan, dan dilihat lelehan merah likat, bahkan ada ketul-ketul darah beku juga di celahan jari. Darah! Aku minum darah!

“Eh, apa yang kau gelabah sangat? Rileksla Aman. Tu fresh lagi tau. Cuba kau tengok sana? Tu stok baru, van tu baru je bawak kargo dari sana. Ni, rokok semua ni, bau duit beb!” jawapan Hakimi makin membuat dia bingung.

“Kau gila?? Apsal ada darah dalam air tin Coke ni? Tu, rokok tu. Korang mabuk ke ape hah? Ko gulung duit tu, then bakar dia, lepas tu korang hisap. Apekejadahnye?” Adrenalinnya memuncak. Kenapa rakannya?

“Jangan nak jadi baikla Aman… Kau jugak yang cakap dulu, ada apa Palestin dengan kita kan? So, ko janganlah tunjuk alim pulak. Ni semua darah budak-budak Palestin yang kena sembelih ngan Israel, import khas dari sana tahu? Hisap rokok dah tak pakai tembakau sekarang beb, tak macholah… Nak hisap rokok bakar duit, baru syok! Cuba ko tengok sekeliling. Hiasan kafe tu hah…”

Ya Allah, kepala manusia! Ada yang sudah tinggal tengkorak, namun ada juga yang masih bersisa daging-daging dan helaian kulit, dihurung lalat berterbangan dan ulat-ulat yang bergeliang geliut. Jantungnya berdegup laju, sedaya upaya mungkin mengepam, menghantar bekalan oksigen ke segenap ruang badan, meski dirinya sudah rasa sesak nafas. Tangannya menggeletar.

“Hah, nampak kan? Tu semua hasil-hasil dari Palestin, kau patut bangga Aman! Satu dunia dah tahu, sekarang Palestin dah dikuasai Israel. Masjid Aqsa dah kena tawan. Tiap-tiap hari kat TV tayang bukti-bukti kehebatan Israel kat sana. Mantap gila dowh! Nak jadi maju, Malaysia kena contohi Israel. Tu pasal kita banyak buat hubungan ngan Israel sekarang, sampai bekal makan minum pun dari sana… Lagipun, peduli apa aku! Negara dia yang perang, bukannya aku yang kena angkat rifle, bawak kereta kebal, lempar bom…” Penuh bangga Hakimi menuturkan patah demi patah ayat, dan dekahan ketawanya serasa seperti suara syaitan yang galak mentertawakan ummat Adam yang bertuhankan nafsu. Biadap! Hakimi dan rakan-rakan lain sudah melampau! Sebelum penumbuk sulungnya melayang ke muka sang teman, lebih baik dia menenangkan diri. Dicapai helmet, dengan dengusan dia terus berlalu.

“Woi Aman! Alaa… Aku dah order stik ni. Daging black pepper pejuang-pejuang Hamas yang kononnya mati syahid tu. Jomla woi! Ko ingat murah ke ni…” Jeritan Hakimi memanggil dibuat tak endah. Gila! Makan daging orang, minum darah, bakar duit… Dia terasa sangat bodoh punyai rakan seperti itu. Atau, dia yang kuno, ketinggalan zaman?

Aman bingung,buntu. Ke mana harus dia pergi? Perut yang berkeroncong minta diisi membuat dia berhenti di gerai berdekatan. Hanya sekeping sandwich mengisi perutnya sejak pagi. Dipesan mee goreng dan segelas sirap, namun hidangan yang datang seakan ingin mengaktifkan ‘area postrema’nya. Usus manusia, serta segelas darah! Ahhh… Kenapa dengan duniaku? Masyarakatku? Dia benar-benar mati akal, seinfiniti persoalan serasa bermain di benaknya, namun serebelumnya seakan berhenti berfungsi, membiarkan diri letih bermain dengan tanda tanya yang semakin bersarang di minda. Tidak tahu ingin merujuk pada siapa, bahkan kakinya juga seakan dipaku ke bumi. Kala itu seakan terngiang di telinga, indah alunan ayat-ayat suci, kalam Tuhan Maha Agung berselang hadith lengkap periwayat. Cuba menginterpretasi makna di sebalik makna,definisi terhijab definisi, namun gagal.

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” (49:10)

Dari Anas Ibn Malik, Rasulullah SAW bersabda ; “Tiada antara kamu menjadi mukmin sejati sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” (Al-Bukhari dan Muslim)

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram (13:251)

Ahhh! Kacau,kusut! Siapa yang mampu mentafsir baris demi baris untuknya? Tiba-tiba impuls memberi respon, menghantar lakaran peristiwa yang selalu dilihatnya, namun tidak pernah diteladani. Dua insan paling akrab dalam hidupnya, khusyuk mentadabbur ayat demi ayat saat menunggu Isya’ menjengah. Lantas motor dipecut menghala ke klinik ayah dan ibu. Ya! Mereka pasti boleh memberi jawapan untuknya. Perjalanannya dihiasi papan tanda yang sangat aneh, tidak pernah wujud sepanjang pembelajaran di sekolah memandu dahulu. Papan iklan KFC dan McD, dua restoran fast food kegemarannya di tengah-tengah kota mempamerkan : Crunchy eaten fresh, refresh your thirst, Say yes to Palestinian meat and blood! Iklan Starbucks,Coca Cola, Pepsi dengan tawaran minumannya, comforting your throat in hot sunny days, enjoy new launch : Palestinian blood and tears! Jenama-jenama pakaian, rokok, surat khabar, bahkan syarikat-syarikat perfileman serta saluran televisyen antarabangsa, semuanya menyatakan sokongan terhadap pembunuhan rakyat Palestin. Ayah,ibu, tolong Aman! Aman pening dengan situasi yang berlaku!

Tiba di klinik. Hairan, kenapa skuad peronda dan militia-militia pertahanan negara berkumpul di hadapan premis punca rezeki mereka sekeluarga itu? Amaran pada tali kuning tertera Do Not Cross tidak mampu membantutkan niat Aman menyelongkar misteri serta menyekat gelojak ingin tahunya. Jalan belakang klinik direntas mudah, dan di balik sedikit kuakan pintu, suara sang ayah bertekak hebat samar-samar didengari, namun dadanya berdebar apabila seorang pegawai keamanan berwajah angkuh mengacukan pistol ke kepala ayahnya. Dia tak pasti akan butir bicara, namun yang mampu difahami, ayahnya dituduh terlibat menyalurkan keuntungan klinik serta sedikit bantuan ubat-ubatan ke Palestin.

Ayah berwajah tenang, dengan berani mengakui kebenaran tuduhan, serentak penumbuk serta tendangan bertubi-tubi hinggap di tubuh lemah ayah. Jiwanya meraung, namun diri masih kaku untuk bertindak. Sekilas, susuk ibu tertangkap di retina, memandangnya, sedar akan kelibatnya. Ibu tercinta diikat di kerusi, lemah dengus nafasnya,bersama titisan darah berjejeran memerahkan white coat suci yang dipakai. Sungguh, seakan ingin berlari mendakap tubuh yang melahirkannya itu, merungkai tangan yang menyuap dan menggosok kepalanya sewaktu kecil, namun gerak mulut ibu menghantar isyarat untuk dia bersembunyi. Naluri ibu yang bimbang akan keselamatannya menginsafkan Aman, betapa khilafnya dia sebagai seorang anak.

“Kau tahu bukan betapa anak muda sekarang teruja dengan daging manusia? Lebih-lebih lagi rakyat Palestin! Kanibalisme yang menebal sudah pasti membutakan mereka, nikmat makan itu yang lebih dikejar. Aku tak rasa mereka cukup cerdik untuk menilai antara dagingmu atau pejuang-pejuang di sana. Kau bakal jadi mangsa pertama untuk aku hidangkan buat santapan mereka yang gelojoh dan lapar wahai doktor!” serentak ayat yang ditutur manusia durjana, hancur lunyai tubuh si ayah menerima das demi das tembakan, begitu juga ibu. Namun Aman mampu melihat segaris senyum bahagia di bibir mereka, ukiran syahid kemenangan, ukiran bahagia bertemu Pencipta Abadi dalam husnul khatimah. Ayah…! Ibu…!

Serentak, dirinya bangkit. Ya Allah, mimpi! Dikerling sekilas, angka pada jam hampir menginjak ke senja. Diraup muka, dikesat mata yang bersisa titisan mutiara, tak terbayang ngeri mainan tidurnya petang itu, andai ayah ibu benar-benar menjadi santapan insan seperti rakannya… Dan ayat akhir masih lunak teralun di telinganya… ‘Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang’. Lalu diatur sepasang kaki ke bilik air, menyucikan diri, menyerah pada Ilahi, bertaubat pada Rabbi. Panjang doa Aman petang itu, lama dia berteleku di atas sejadah, menyesali keangkuhan diri, mengkoreksi ketidakprihatinannya pada saudara seislam di sana. Di mana sensitivitinya?

Kiblat pertamanya, masakan dia boleh buat bodoh dan tak peduli bila diserang? Agamanya ditindas, diperkotak katik orientalis-orientalis serta penjajah bangsat, masih lagi dia selamba menogok minuman, menelan makanan, serta menyokong produk-produk negara yang bersekongkol mengecam serta membantu penjajahan haram itu? Manusia-manusia sebayanya, malah ada yang lebih muda gigih melontar batu-batu kecil dengan keyakinan mampu menghentikan jentera-jentera musuh, namun dia masih endah tak endah akan bilangan saudaranya yang terkorban, khabar saudaranya yang syahid, fosforus musuh yang mensengsarakan? Dan mereka berjuang sehabis daya, sehingga titsan darah yang terakhir, hembusan nafas yang terhenti, habis seisi keluarga dikorbankan untuk berjuang, tetapi dia? Usaha boikot sekecil kuman itupun tidak mampu, malah masih berkira, masih berdalih, masih beralasan!

Ya Allah, ampuni aku! Ampuni dosaku terhadap saudaraku! Tidak sanggup aku menjawab di hadapanMu kelak bila Kau tanya apa hak saudaraku yang aku tunaikan apabila diserang musuh, apa pertolongan yang ku hulur bila mereka ditindas? Sungguh, aku menzalimi diri sendiri, aku menzalimi saudaraku. Aku bodoh, aku lemah, aku jahil, aku hina Ya Allah! Terimalah taubatku… Bersama titisan air mata, tekadnya kukuh untuk membantu saudaranya di sana, dan usaha boikotnya bukan sahaja terhenti apabila Israel laknatullah itu beromong gencatan senjata sahaja, bahkan istiqamah sehingga Palestin kembali dimiliki lagi, insyaAllah. Ameen…

Done~

po^2_tritan

0430,250409

Video menarik yg kreatif!

slm..
dakwah itu seni, seribu satu cara boleh kita gunakan untuk menyampaikannya.
jadi, jom kita kenali potensi dan skill2 yang ada dalam diri, untuk kita gunakan untuk tujuan ini..

Contohnya, kalau pandai menulis, hasilkan lah tulisan2 yang mampu menyentuh hati para pembaca,
Kalau pandai menangkap gambar, tangkaplah gambar2 yang boleh membawa manusia ke arah Rabb-nya,
Kalau pandai membuat video, gunakan skill yang ada utk hasilkan karya2 kreatif..
Dan seribu satu cara lagi untuk kita sampaikan dakwah al-haq ini..

Kat bawah ni, ada satu video yang sangat kreatif masyaAllah. Moga Allah memberkati para2 pembuat video ini..
Enjoy…

aakwa

Pantun Usrah

Assalamualaikum..


Lama sudah hamba menyepi

Kini hamba kembali lagi

Terimalah nukilan setulus hati

Penambah seri ruangan ini

Tangan dihulur salam disambut

Sepekan sekali bersua muka

Hati merindu mulut menyebut

Tanda ukhwah sudah terbina


Mekar bunga pelbagai warna

Cantik menghias taman larangan

Pelbagai ragam pelbagai gaya

Di halaqah usrah Allah temukan


Bunga teratai bunga idaman

Mawar merah jadi igauan

Pembuka tirai memohon keberkatan

Dengan al-fatihah kami mulakan


Pinggan disusun lauk dihidang

Diselang seli sayur-sayuran

Kata disusun ayat dikarang

Penyeri muqaddimah alu-aluan


Ayat cintaNya penuh rahsia

Terkadang tak terjangkau akal fikiran

Tafsir dibaca menyelam makna

Itulah sesi tadabbur Quran


Menyahut seruan memberi peringatan

Tak sanggup menjadi golongan yang rugi

Tazkirah pula kami sampaikan

Suka diselit cerita analogi


Melangkah ke sesi penyampaian bahan

Ilmu dikongsi bersama dikaji

Semoga bermanfaat tambahan bekalan

Tidaklah kosong di sana nanti


Berita terkini lagi sensasi

Tajuk akhbar penuh seruangan

Mana yang betul mana yang pasti

Isu semasa jadi perbincangan


Tibalah masa yang dinantikan

Curahan rasa, masalah dan pengalaman

Setelah terpendam selama sepekan

Di sesi qadaya kami luahkan


Hampir sampai ke penghujung rancangan

Mutabaah amal borang semakan

Mana yang kurang kami tambahkan

Mendidik diri memperbaiki amalan


Masa berlalu tiada terasa

Tiba masanya menutup bicara

Hati sayu tiada terkata

Sepekan lagi kita berjumpa


Surah al-’asr bukan penamat

Tasbih kafarah menghapus dosa

Segala ilmu jadi azimat

Semoga tak rebah di pintu dunia


Dari kampung turun ke kota

10 minit naik keretapi

Walau sepekan tiada bersua

Jauh di mata bukan dihati


Mahal-mahal si ikan bawal

Mahal lagi ikan tenggiri

Tingkatkan amal tambahkan bekal

Pesanan untuk diri sendiri


Musim sejuk berlalu sudah

Musim bunga jadi pengganti

Maaf segala silap dan salah

Mohon hamba mengundur diri





Aku hanya HAMBA…

girl

Aku bukan sesiapa..aku bukan raja..bukan jua ratu…

Aku bukan sesiapa..yang perlu dimanja-manja..

yang perlu dijaga-jaga hatinya…

aku insan biasa..malah lebih biasa daripada biasa…

aku sedar itu semua…

ada orang mengharap kebahagiaan dariku..

mengharap perlindungan dariku…

mengharap segala-galanya perfect tentang diriku…

tapi ketahuilah,aku bukan sesiapa…

aku hanyalah hamba…yang terus berjalan mencariNya..

Aku kerap bersedih kerana pandangan manusia…

Walaupun sedar mereka juga bukan sesiapa..

adore

Yang layak menghakimi aku sesuka hati sahaja…

Biarlah kali ini..aku dengan aqidahku…

Hanya ALLAH,Kau yang satu..

Menemaniku dalam susah atau senang…

Dalam gembira atau duka…

Selama inipun,Kau yang sentiasa bersamaku…

Biarlah mereka..kerana mereka bukan sesiapa…

EXTRAORDINARY…

Aku selalu berangan menjadi extraordinary
bila aku berangan macam tu..aku gila satu hari
ingatkan cukup jadi doctor pakar surgeri
tapi rupanya mahu lebih lagi

ada orang suruh aku define extraordinary?
aku kata.. bila dapat buat dakwah,itu extraordinary
bila adik2 aku jadi rijal dan daei
dan bila aku kekal dalam hirarki

ewhz

tapi aku tak suka manjakan diri
otot tak bergerak takut nanti atrophy
nak juga berfutsal dan berlari
baru orang kata muslimah yang kental lagi sejati

lagi..aku nak juga jadi presiden kelab itu ini
organize majlis besar-besaran yang ada menteri
jadi editor blog, majalah lagi
lepas tu orang pun ucap tahniah malam ke pagi

lagi dua tahun aku grad dapat ijazah doktori
bukan setakat grad, berangan nak diplom krasni!
lepas tu balik bandar baru bangi
boleh senyum nampak gigi…

bila besar jadi orang berguna dalam komuniti
macam nurul izzah YB lembah pantai?!
bukan orang biasa tak dikenali
yang cukup sekadar ada anak dan suami

susah jugak nak jadi extraordinary..
inilah dia akibat terpengaruh banyak ideologi
yang bersepah dalam dunia teknologi
akhirnya termakan diri sendiri..

nasib baik aku teringat pesan sahabatku hikari..
nak jadi extraordinary..
bukanlah bila aku jadi all-rounder yang disegani
tapi bila iman dan taqwa menghiasi diri

beated

nah,ambik kau tazkirah selori
sibuk sangat nak jadi hebat di mata manusiawi
baiklah kejar status ‘extraordinary’ di mata Ilahi..
rahib di malam hari singa di siang hari

biarlah aku menjadi diri sendiri
lenyap sudah seribu mimpi berjuta sepi
yang hadir bagai teman sejati
kaki mengejar pun tangan tak sampai

sekarang aku tau apa itu extraordinary
tak susah kalau jumpa kunci
hidayah Allah perlu sentiasa dicari
harta pangkat bakat- kalau dapat kau simpan celah jari
lepas tu guna untuk tujuan ukhrawi

biar la aku jadi diri sendiri
let me define my own extraordinary~

SEKADAR PERKONGSIAN DARIPADA SEORANG SAHIBAH..HUHU…

kembara sang PENCINTA

Apakah erti cinta?
Kenapa aku tidak dapat merasainya?
Dek hitam hatiku dibelenggu noda
Cinta akan kehidupan
Alpa dengan kesenangan dunia
Lupa akan kesudahan
Di mana aku akhirnya?red_heart

Sejengkal ku datang kepada-Mu
Sehasta Kau datang kepada ku
Namun tidak aku merasainya
Tidak aku dapat melihatnya
Adakah kerana aku terlalu jauh?
Hanyut dibelai kasih dunia

Hina sungguh diri ini
Anugerah cinta tidak ku gunakan
Mataku buta, tidak nampak
Cahaya cinta yang engkau curahkan
Tanpa minta dibalas
Walau dengan seisi dunia
Telingaku pekak, tidak dengar
Zikir cinta yang Engkau lafazkan
Tanpa henti
Sentiasa, setiap saat setiap waktu

black_heart
Hatiku kasar, hitam tidak bercahaya
Kasih cinta yang engkau kurniakan
Tidak aku fahaminya
Alangkah ruginya diri
kerna tiada cinta dalam diri

“ Tiada tuhan selain-Mu
Maha suci di atas kekuasaan-Mu
Sungguh aku termasuk di dalam
golongan orang-orang yang zalim ”
Tuhanku, ampunilah kejahilanku
Seperti Engkau memaafkan Yunus
Tika dia berdoa pada-Mu
di dalam kegelapan perut Nuun

beat_shot

Pergilah jauh dari hidupku
Duhai cinta seorang perawan
Yang sarat dengan pujangga
Mewah, indah di lubuk hati
Menjanjikan kesetiaan
Bagai akan selamanya abadi
Maafkan daku
kerana tidak mampu membalasnya
Kerana aku masih belum bersedia
Kerana aku kehilangan cinta Agung
Yang saban aku jejaki
Namun masih belum aku temui

too_sad

Mudahkah untuk bermadah cinta
Ibarat pada pandangan pertama?
Jika benar, kurniakan aku cinta
Kerana sangat aku
Dahaga dan kepanasan
Akan cinta yang Esa
Perjalananku sudah jauh
Mencari cinta pertama dan terakhir
Cinta abadi, cinta hakiki

Kembara ini bukan kembara biasa
Kerana ini kembara pedagang
Kerana ini kembara perantau
Ini, kembara “Sang Pencinta”
.
[naufaljailani :: http://lifeisanacademy.blogspot.com%5D
_diambil dari blog sahabat-