Category Archives: Tips

5 tools to face life

[(disalin dari) Rujukan: (Buku) Merindukan Jalan Dakwah oleh Umar Hidayat.]

———————————

Merindukan jalan dakwah menumbuhkan kreativitas dan kiat menghadapi masalah dalam kehidupan. Setidaknya ada 5 hal yang perlu dilakukan:

  1. Kita harus siap
  2. Kita harus ridha
  3. Kita jangan mempersulit diri
  4. Kita harus mengevaluasi diri
  5. Kita harus menjadikan hanya Allah-lah satu-satunya penolong

 

 

 

Kita harus siap:

Dalam hidup ini kita harus selalu siap menerima kenyataan, baik yang sesuai dengan harapan kita atau tidak. Dalam kehidupan ini, kita memang diharuskan untuk memiliki harapan, cita2, rencana yang benar dan wajar. Bahkan, kita sangat dianjurkan untuk gigih berikhtiar mencapai apa pun yang terbaik bagi dunia dan akhirat, semaksimal kemampuan yang Allah berikan kepada kita.

Namun bersamaan dgn itu, kita pun harus sadar bahawa kita hanyalah makhluk yang memiliki banyak keterbatasan utk mengetahui segala hal yg tidak terjangkau oleh daya nalar dan kemampuan kita. Ketahuilah kita punya rencana, Allah pun punya rencana, dan yang pasti terjadi adalah apa yg menjadi rencana Allah.

 

Kita harus ridha:

Setelah siap menghadapi berbagai kenyataan yg terjadi, baik yg sesuai mahupun yg tidak sesuai dgn harapan, maka selanjutnya kita harus ridha dengan kenyataan yg terjadi itu. Mengapa demikian? Kerana walaupun dongkol, uring-uringan, ataupun kecewa berat tetap sahaja kenyataan sudah terjadi. Jadi ridha tidak ridha kejadian tetap sudah terjadi, maka lebih baik kita ridha.

Ridha terhadap sesuatu kejadian bukan bererti pasrah total sehingga tidak bertindak apa pun. Kalau ada yg berpandangan demikian, itu adalah pengertian keliru. Ridha itu hanya amalan hati kita menerima apa yg ada sesuai dgn apa yg Allah berikan. Kondisi hati yg ridha sangat membantu menjadikan proses ikhtiar menjadi positif, optimal dan bermutu.

 

Kita jangan mempersulit diri:

Saudaraku, andaikata mau jujur, sesungguhnya kita ini paling hobi mengarang, mendramatisasi dan mempersulit diri. Sebahagian besar penderitaan kita adalah hasil dramatisasi dan pikiran sendiri. Selain tidak pada tempatnya, juga pasti akn membuat masalah menjadi besar, lebih seram, lebih dahsyat, lebih pahit, lebih gawat, lebih pilu daripada kenyataan aslinya, dan tentu ujungnya akan terasa jauh lebih nelangsa, lebih repot dalam menghadapinya atau menyelesaikannya.

Maka dalam menghadapi persoalan apapun, jgn hanyut dan tenggelam dalam pikiran yg salah. Kita harus tenang menguasai diri, serta renungkanlah janji dan jaminan pertolongan Allah. Bukankah kita sudah sering melalui masa2 yg sangat sulit dan ternyata bisa lolos pada akhirnya, tidak segawat yg kita perkirakan sebelumnya.

 

Kita harus mengevaluasi diri:

Ketahuilah hidup ini bagai gaung di pergunungan. Apa yg kita bunyikan suara itu pulalah yg akan kembali pd kita. Ertinya segala hal yg  terjadi pada kita bisa jadi adalah buah dari apa yg telah kita lakukan, baik disadari mahupun yg tidak disadari.

Allah swt Maha Peka terhadap segala yg kita lakukan. Dengan keadilannya, siapapun yg berbuat kebaikan sekecil apapun dan setersembunyi apa pn, nescaya Allah akan membalas berlipat ganda dengan aneka bentuk yg terbaik menurutNya. Begitu pun sebaliknya, kezaliman sehalus apapun yg kita lakukan yg tampaknya spt menzalimi org lain, padahal sesungguhnya kita sedang menzalimi diri sendiri dan sedang mengundang bencana balasan Allah yg pasti lebih getir dan lebih gawat, naudzubillah.

 

Kita harus menjadikn hanya Allah-lah satu2nya penolong:

Andaikata kita sadar dan meyakini bahawa bekal kita sangat kokoh untuk mengarungi hidup ini, maka kita tidak gentar menghadapi persoalan apa pun. Kerana sesungguhnya yg paling mengetahui struktur masalah kita adalah Allah swt, berikut segala jalan keluar terbaik menurut pengetahuanNya yg Maha Sempurna.

Dan Allah berjanji akan menuntun memberi jalan keluar dari segala masalah, sepelik dan seberat apapun kerana bg Allah tiada yg rumit dan pelik kerana semuanya serba mudah dalam genggaman kekuasaanNya.

Jadi apa yg harus ditakutkn?Jangan takut menghadapi masalah, tp takotlah tidak mendapat pertolongan Allah dalam menghadapinya. Tanpa pertolongnNya, kita akan terus berkelana dalam kesusahan, persoalan yg berujung pd persoalan baru, tanpa nilai tambah bg dunia akhirat kita, benar2 kerugian yg nyata.

Rasulullah saw bersabda: ‘Sekiranya kalian benar2 bertawakal kpd Allah dgn tawakal yg sebenar2nya, sungguh kalian akan diberi rezeki , sebagaimana seekor burung diberi rezeki; ia pergi di pg hari dalam keadaan lapar dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang.’ (HR Ahmad, Turmidzi dan Ibn Majah)

 

————————

the keys to hearts!

assalamualaikum…

post yg lepas saya dah cakap2 pasal used the right flavour kan? so that kita boleh find the key to open people’s  hearts. so kali ni, saya nak kongsi satu key to heart which is…………


haha..but before saya kongsi, saya nak la jugak dgr pandangan usrahmate ku dan pembaca2 sekalian. mesti korg semua dah expert bab2 find da key to heart nih.. terutamanya akak2  dan penggerak2 yg telah lama dalam bidang nih.. mesti dah tau sedikit sebanyak bagaimana nak menyentuh hati mad’u dan hati orang2 disekeliling kita..


so, why not u all share sikit sebanyak kunci2 yg telah anda semua miliki dan moga ianya bermanfaat utk kami semua, adik2 yg baru nak mengorak langkah menyelusuri jalan yg panjang ini.. ok?? after u all semua dah share kunci2 yg u all ada, saya akan share kunci yg saya tahu melalui pembacaan saya… tunggu nak apply je lagi..hihi..


p/s: note to all my usrahmate! korg semua wajib kongsi satu kunci to open people’s hearts kat cni! ok? terutamanya kak mai and our mummy! tq~

——————————————————————————————————————————————-

OK , THANKS TO YG BERKONGSI. NOW THIS IS MY VERSION. hehe..


Every door has a key. the key to open people’s hearts is TO KNOW THEIR PERSONALITIES, SOLVE THEIR PROBLEMS, RECONCILE BETWEEN THEM, BENEFIT FROM THEIR GOOD AND KEEP SAFE FROM THEIR EVIL. one will become an expert in all these skills if he knows their personalities.


contohnya, seseorang yg keras hati xkan terkesan dgn kata2 yg penuh emosi or lemah lembut. so xde guna kalo kita gunakan pendekatan emosi dgn org yg sebegitu. maybe ada cara lain utk tackle hati dia..

teringat kisah perbualan saya dgn kakak2 saya sebulan yg lalu. adik saya ada mengadu pada saya masalahnya..saya ni cepat la kesian kat dia, xsampai hati dgr citer dia. lalu, saya rasa nak berkongsi dgn salah seorang kakak saya ni, yg mmg terkenal dgn keras hati and tabah je.. so punye lah becerita dgn penuh emosi, dgn penuh rasa kesian kat adik saya nih..apa respon yang saya dapat?? ” ala, relax la. biasa je tu. dia tau la uruskan hal dia. mu jgn duk susah2 hati pasal dia. saje je dia tu mengadu, xde pe pun.” hah? mcm tu jawapan yg saya terima? saya xpuas hati. saya rase problem adik saya tu sgt la menyayat hati!huhu.. tapi ni respon yg saya dapat. so saya call sorang lagi kakak saya, kakak sulung yg nmpk cool, tapi sebenarnya sgt la prihatin soal adik2nya. so saya ceritakan benda yg sama.. tau apa respon yg saya dapat??   ” kesiannya dia…kenapa la jadi macam tu,mcm mane nak buat ni? kesiannya” lebih kurang macam tu la. Nah!! sekarang saya dah jumpa org yg sama wavelength dgn saya pasal ni. nampak xperbezaan 2org kakak tadi tu?



so, key point citer ni sebenarnya, if kita nak deal dgn org2 disekeliling kita, kita perlu tahu and observed dia punya personality dulu. sebab xsemua org yg suka dgn sikap mcm ni dan mcm tu. if kita well known as a person who really likes to make a joke, but when dealing with a person whom dont really like this stupid thing, we wont make a joke with her. right?

now, jom kita lihat kisah org yg pentingkan diri dan perasaannya saja. insan ni, if dia nk marah dia akan marah terus, if dia tgh bad mood dia akan tunjukkan dia bad mood xkira dgn sesiapa pun. ye, saya akui, ada ketika2 dimana kita akan bad mood and rasa xnak layan org. but ada cara yg lebih appropriate utk face this situasion. why not just tell them kita in a bad mood and xrasa utk byk bercakap. so another pihak akan boleh terima dan faham. tapi if kita lakukannya dgn cara yg x appropriate, kita  trus diam and buat muka, buat pihak satu lagi rasa unwelcoming. so kalau kita pakat redah je, tu yg menyebabkan kawan kita terasa dgn kita, makan hati dgn sikap kita, so hubungan boleh renggang.so, if anda berada dalam situasi ini, ia mmg akan menguji tahap kesabaran anda.hihi..

jadi pada pendapat saya yg xseberapa ni, saya rasa kita perlu juga consider others feeling and use appropriate skills to handle even this small matter. so the result is…… every man has a key to his heart, and knowing his personality assists in identifying the right key to open it.

p/s: pesanan tuk diri sendiri gak. susah, tapi xmustahil utk cuba perfect kan  all these skills.

use the right flavour

alhamdulillah….

berakhirnya musim exam yg semmemangnya mencabar diri baik dari akal fikiran mahupun iman… tercabar iman? semestinya.. mcm mana nak balance kan study and ibadah lain. ye, walupun study merupakan salah satu ibadah, namun terkadang kita lupa dan leka.. asyik study hanya kerana utk exam, tanpa sedar kita sedang beribadat…

after exam ni pun boleh menguji jugak… ada mase kurang dari sebulan, tanpa dibebankan oleh akademik workload..so, mmg akan mencabar iman sekali lagi. masa yg ada utk apa akan kita gunakan? movies? facebook? merayau2 dilaman internet dan melepak2 tanpa berbuat apa2 dalam bilik? hmm..apa nak buat ek?

teman sepanjang hari..mana satu perlu diutamakan?

sebenarnya, ada je list kerja2 berfaedah dan boleh dianggap penting yg telah disenaraikan…panjang jee… tapi bimbang gak kalau2 tak tercapai target tu..harap2 nya, selesailah semua yg telah disenaraikan sebelum balik malaysia nanti.. insyaAllah..

nak kongsi something dari apa yg saya baca… contoh situasi:
didiey(bukan nama sebenar haha..contoh je ek!) suka makan makanan manis.
wan farah lak xsuka makan pedas and ema suka makanan pedas2…
satu hari, akak naqibah diorang datang bawak makanan, konon2nya makanan tu sgt pedas! ok, now soalannya… siapa akan gembira and makan dgn penuh berselera???

hmm…jawapannya semestinya ema yg akan makan dgn penuh berselera kan? xkan wan farah yg xsuka pedas akan makan dgn lahapnya? impossible..mengalir airmata kepedasan bila wan farah makan..and mungkin didiey akan makan tapi sekadar mengisi perut..

apa yg saya nak kaitan sebenarnya nih? sebenarnya, manusia punya citarasa dan sikap adalah sangat berbeza antara satu sama lain.. there are things which people unanimously love and appreciate, and things which they unanimously dislike. some may love to talk and sesetengat org suka bila diberi perhatian. ada yang suka diziarahi dan ada yg xsuka. macma2 lagi perangai yg kita boleh jumpa disekeliling kita..

so, macam mana nak tarik hati manusia yg pelbagai ragam nih? macam mana nak win their heart? kita perlu lebih sensitive dan deal differently with different people.. sometimes kita xboleh ikut suka hati je bergaul dgn org kerana setiap patah yg kita ucapkan menyebabkan ada hati yg terguris walaupun tanpa sengaja, mungkin hati itu akan terus menjauh..dan jauh… ok, now kita tengok contoh terbaik yg ada.. siapalagi kalau bukan junjungan kita Muhammad SAW..

if you relise the nature of one you are conversingwiyh, what he like and dislike, you will able to capture his heart. whoever looks at the way Prophet pbuh dealt with people would realise that he would deal with everyone in accordance with their personality. even when he would deal with his wives, he wolud do so on the basis of the personality of each.

jom hayati kisah yg sering kita dengar ni, observe how Rasulullah react with different people.

Aishah was very much of an extrovert and so Rasulullah would often joke with her. once she went with him on a journey and on the way back, as they approached Madinah, the Prophet pbuh said to the people, ” Continue on and leave us behind for a while.” the people carry on, leaving them behind, and so the Prophet pbuh was left with Aishah. at the time, Aishah was a young and energetic girl. the prophet turned to her and said, ” come, let;s race!” she therefore raced him, and Aishah won.

after some time she went out again with the Prophet on another journey. by now she had grown and put on weight. the Prophet pbuh said to the people,”carry on..” and they did. He then said to Aishah, “come, let’s race!” they raced, and this time, the Prophet won. The prophet then started to joke about it as he patted her on her back, saying, “That was for last time when you defeated me! That was for last time when you defeated me! He would however, deal very differently with Khadijah, as she was fifteen years his senior.

he would take this into consideration even when dealing with his companions. he would not deal with Abu Hurayrah as he would with Khalid, or with Abu Bakar as he would with Talhah. He would deal with UMAR in a way he would never do with anyone else.

Rasulullah juga tahu menilai apa tugas yg sesuai dgn setiap sahabatnya..contohnya, dia tahu apa kelebihan Umar dan dia tahu speciality Umar dlm what field. so, dia tidak arahkan Umar utk collect charity or make peace or educated unlearned. but he used the ability in umar to the right path.

choose the right way to interact with different people is the right way to find the keys to their hearts…

everyone has a speacial key to open his heart, earn his love and influence him. why not then used your key to open up peoples heart and be a head instead of being a tail? yes, be special and look for the keys with which to open up the hearts of your mother, father, friends and people closed to you. Knowing their keys to their hearts helps them accept good advice when it is offered, that is if the advice is presented in an appropiate manner, as people do not all react the same way when advised.

sumber

ANDA MAHU CEMERLANG??


assalamualaikum semua! saye kembali dengan entry terbaru.haha. xdelah, ni yang proper version petua pelajar cemerlang surah al-mukminun ayat 1-10. Semoga bermanfaat untuk semua…insyaAllah..amin

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it, Bukan sambil lewa.

3. Prioritise

“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, friendster dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan a.k.a memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam.

Plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dan seumpamanya kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah, nauzubillah.

4. Care about each other

“dan orang-orang yang menunaikan zakat.[23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6. Jujur, amanah

” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” [23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insya-Allah.

Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to so. Instead, its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

7. Punctual, particular

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student’s life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, a.k.a istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

Wallahu’alam.

Semoga berjaya dunia akhirat.

” ….Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.” [2:200]

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]

“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]

rasenye, perlu disebut di sini bahawa entry di copy paste drpd edu.iluvislam buat perkongsian bersame.terime kasih kepada penulisnye, semoga berpanjangan pahala daripada manfaat yang diperoleh..amin.