‘Pandang belakang’ untuk ‘Pelangi’?

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Pengajaran hari ini

Tentang ‘pelangi’

Sesungguhnya ini bukan puisi

Hanyalah rantaian kata-kata

Untuk perasaan ini

 

Takdir Allah

Telah tertulis sebelum kita lahir ke dunia

Takdir Allah itu

Lebih diingati hanya bila mana ia menyebabkan ‘Hujan’

Jika takdir itu sentiasa cerah ia jarang dibincangkan

Paling tidak pun sekejap

Benarkah?

Ini hanya pandanganku yang kerdil

 

 

Bila ‘Hujan’

Kesan ‘banjir’ sangat hebat

Seolah-olah dunia akan kiamat

Seolah-olah tiada lagi ESOK

Tika itu … ‘Pelangi’ tidak kelihatan di mata hati itu

Walaupun ia sentiasa di situ

Terlindung oleh awankah??

 

 

Manusia selalu ‘buta’

Sering ‘buta’ …sentiasa ‘buta’

Hanya nampak apa yang ia mahu

Hanya nampak apa yang ia impikan

Yang ia rasa itulah untuknya

Ia lupa pengetahuannya hanya takat itu

Lalu ‘buta’ terhadap hubungan antara peristiwa

Tak nampak ‘pelangi’ itu

 

Sedangkan Allah sentiasa memberi ‘pelangi’

dalam setiap ‘hujan’ itu

Tapi ia ‘buta’!!

 

Wahai hati..

Yakinlah..setiap ‘hujan’ itu ada ‘pelangi’

Tidak perlu tunggu untuk ‘pandang belakang’ untuk cari ‘pelangi’ ..

Yakinlah sentiasa..

Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pemurah …

 

 

Walaupun sukar untuk menempuh ‘hujan’ itu

Kerana tak nampak ‘pelangi’ itu

Namun, teruslah bersabar keranaNya

Yakin padaNya

PELANGI ITU SENTIASA ADA

CUMA KITA YG TAK NAMPAK!!

 

🙂

wallahu a’lam..

yang sedang belajar untuk bersabar walaupun hikmah ujian itu belum Allah perlihatkan..

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “‘Pandang belakang’ untuk ‘Pelangi’?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s