Ketenangan tidak datang bergolek

Bismillahirrahmanirrahim…

 

Alhamdulillah terima kasih Allah…sekali lagi Engkau mentarbiyahku tentang kehidupan..

Astaghfirullah..ya Allah..ampunkanlah segala dosa2 ku..

 

 

Ketenangan itu rupanya tidak datang bergolek..

Malah perlu dicari dan diusahakan…

Lalu di manakah ketenangan itu?? Bagaimana memperolehnya??

 

Menurut murabbiku, cara mencari ketenangan jiwa adalah melalui 5 M:

1) Mu ‘ahadah : sentiasa memperbaharui dan mengingatkan diri kita tentang janji kita dengan Allah…setiap kali solat kita akan membacakan ayat ini ‘kepada Engkau kami sembah, dan kepada Engkau kami memohon pertolongan’.. dengan cara ini kita akan sentiasa ingat bahawa kita mempunyai Allah yang kita sudah berjanji padaNya bahawa kita akan sentiasa meminta kepadaNya…

 

2) Muraqabah: iaitu sentiasa merasakan bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita ketika susah mahupun senang..bersangka baiklah terhadap Allah…bahawa setiap yang Dia aturkan adalah yang terbaik buat kita..

 

3) Muhasabah: iaitu sentiasa merefleksi diri dan menghitung diri…kemudian bertindak memperbaiki diri..

 

4) Mu ‘aqabah: iaitu memberi ‘reward’ apabila kita berjaya mencapai sesuatu atau ‘punishment’ sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan..supaya kita sentiasa istiqamah memperbaiki diri..

 

5) Mujahadah: berusaha bersungguh-sungguh! dengan penuh disiplin diri untuk melaksanakan 4 perkara di atas..

 

Dan tentunya, jangan putus-putus berdoa padaNya!…

 

 

Jadi, setiap kali kita diuji olehNya, mana satu pilihan kita? Adakah kita ingin menjadi seperti BESI (yang semakin mencair apabila semakin panas i.e semakin lemah apabila ujian semakin kuat), atau seperti KAYU yang rapuh (yang patah apabila diketuk kuat i.e tak tahan ujian langsung) atau seperti bola PING-PONG (yang semakin tinggi lantunannya apabila semakin kuat pukulan ke atasnya i.e semakin kuat dengan bertambah beratnya ujian)…

 

Ya Allah…aku ingin jadi lebih kuat dari bola PING-PONG itu ya Allah…Allahumma yassir..

Wallahu a’lam…

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s