Siapakah Pengarang Al Quran?

Bismillahirrahmanirrahim…

Sebagai seorang muslim, tidak dapat dinafikan bahawa Al Quran merupakan sumber rujukan terpenting dalam kehidupan kita. Namun, sejauh manakah keyakinan kita terhadap kredibiliti Al Quran sebagai suatu arahan dan perintah dari Allah swt? Adakah keyakinan itu mampu teguh sekalipun disangkal oleh banyak pihak?

Di sini, saya kongsikan sedikit isi penting dari buku berjudul ‘Keaslian Al Quran’ karangan Mohd Amin Yaacob dan Lim Jooi Soon. Diharap ia dapat menambah keyakinan yang sedia ada tentang keaslian Al Quran inshaAllah..

——————————-*******—————————————*******——————————————-

Rujukan: Keaslian Al Quran

Pengarang: Mohd Amin Yaacob dan Lim Jooi Soon

Dalil tentang Sumber atau Pengarang Al Quran:

Dari Al Quran:

Surah An nisa’ 4: 82

Surah Al an’am 6:19, 92

Surah An naml 27:6

 

Namun, bagaimanakah kita dapat menyangkal hujah golongan yang menidakkan bukti dari Al Quran di atas? Oleh itu, logik akal telah digunakan untuk menyokong dalil Al Quran di atas. Kaedah logik akal ini menggunakan teknik ‘Penyingkiran Pengarang’.

 

Terdapat pelbagai pendapat di kalangan golongan non-muslim berkaitan siapakah pengarang Al Quran. Antaranya:

  1. Nabi Muhammad saw
  2. Ilmuan serta penyair arab
  3. Ilmuan bukan arab
  4. Pendita Kristian (berasaskan teori kononnya Al Quran bersumberkan kitab Bible)
  5. Syaitan/Iblis
  6. Tuhan/Allah

 

Jawapan terhadap pernyataan di atas adalah seperti berikut:

1.Nabi Muhammad merupakan seorang yang tidak tahu membaca serta menulis.

2.Di dalam Al Quran terdapat fakta saintifik yang dibuktikan pada hari ini menerusi kajian. Justeru, adalah mustahil ia ditulis oleh manusia.

3. Al Quran menyebutkan banyak maklumat sejarah yang tidak dinyatakan bible. Contohnya: Kisah penduduk Aad dan Samud. Terdapat perbezaan antara Al Quran dan Bible, contohnya: kisah Nabi Adam dan Hawa.

4.Al Quran menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Hal ini sudah pasti bertentangan dengan sifat syaitan.

 

Penjelasan yang lebih terperinci beserta dalil dan sumber rujukan boleh didapati dengan membaca buku ini inshaAllah.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s