A.K.H.L.A.K

Alhamdulillah, hari ini Allah tunjukkan sesuatu yang sangat baik untuk dimuhasabahkan.

Petang tadi, ada klinik gastro dengan seorang gastroenterologist. Dengan izin Allah, Allah kurniakan seorang lagi pelajar perubatan muslim yang turut serta dalam klinik tersebut.

Akhlaknya sangat memikat hati ini; setiap kali pesakit hendak keluar, dia akan cakap ‘take care’ dan tolong buka pintu. Tiap kali pesakit nak masuk bilik, dia akan bangun dan cakap ‘hello’. 

Subhanallah…sangat jelas kelihatan betapa apa yang dilakukannya datang tanpa perlu berfikir terlebih dahulu. Kata orang, dah jadi ‘second nature’… Itulah akhlak..masha Allah…

Menurut sarjana islam, berikut merupakan definisi akhlak:

a)   Imam Al-Ghazali   menyebut akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa . Daripada jiwa itu ,timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa melakukan pertimbangan fikiran.

b)  Prof. Dr. Ahmad Amin  mendefinasikan akhlak sebagai kehendak yang dibiasakan . Maksudnya, sesuatu yang mencirikan akhlak itu ialah kehendak yang dibiasakan.  Ertinya, kehendak itu apabila membiasakan sesuatu, maka kebiasaan itu dinamakan akhlak. Ahmad Amin menjelaskan erti kehendak itu ialah ketentuan daripada beberapa keinginan manusia. Manakala kebiasaan pula ialah perbuatan yang diulang-ulang sehingga mudah melakukanya. Daripada kehendak dan kebiasaan ini mempunyai kekuatan ke arah menimbulkan apa yang disebut sebagai akhlak.

c)   Ibnu Maskawayh mengatakan akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa yang mendorong (diri atau jiwa itu) untuk melakukan perbuatan  dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran kerana sudah menjadi kebiasaan.

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Rasulullah saw. bersabda, “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Marilah kita sama-sama mendidik diri untuk berakhlak mulia inshaAllah…

Wa Allahu a’lam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s