Mencari yang hilang..

bismillahhirahmanirrahim…

“beban dan tanggungjawab sebagai seorang muslim itu sememangnya telah lama tergalas dibahu kita, cuma antara sedar atau tidak. jika yang telah sedar, alhamdulillah. jika yang belum sedar??..”

butir2 hikmah yang diutarakan sangat menusuk ke hati ini.. ya, sememangnya tanggungjawab dan beban yang berat itu telah lama and sedia ada tergalas dibahu cuma ramai manusia tidak sedar hakikat amanah yang dipertanggungjawabkan oleh AlKhaliq ke atas setiap yang bergelar manusia, setiap manusia yang bergelar hambaNYA..

“dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat; aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi”….[2:30]

“dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang mukmin.”[51:55]

“aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar meeka beribadah kepadakul”[51:56]

sebenarnya ramai yang tahu hakikat amanah yang dipertanggungjawabkan keatas kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah utk menyebarkan agama NYA, membawa kembali hati2 yang telah jauh dari Allah utk kembali kepada Rabbnya..kembali kepada penciptanya dan mengenali semula agamaNYA dlm erti kata sebenar. itu tugas kita, sebagai pewaris para nabi dan anbia’ membawa manusia utk kembali kepada Allah dan dalam masa yang sama membawa diri sendiri menuju Allah.

logikkah untuk kita membawa orang kearah utara, sedangkan kita sedang menuju ke selatan?? oleh itu kita perlu pastikan kita sentiasa dlm arah yang betul sambil berusaha membawa orang lain ke arah yg betul itu. dalam usaha kita menuju kearah utara, pimpin tangan2 mereka yang kita temui disepanjang perjalanan, bawa mereka bersama ketempat yang kita ingin tuju yang sememangnya kita yakini arah itu adalah jalan yang mempunyai kenikmatan hakiki dihujungnya. nikmat yang sgt besar, kita sama2 ingin mereka2 yang kita temui disepanjang perjalanan kita utk turut sama merasai kenikmatan itu.

kita dalam usaha berjual beli dgn Allah..bertahap2, jual apa yang termampu kerana kita yakin bahwa jualbeli yang kita lakukan itu mampu memberi untung yang sangaaaaat BESAR buat kita. sangat rugi jika kita tahu itu adalah bisnes yang paling menguntungkan, semua orang berebut2 dan sedang berusaha dalam proses berjual beli itu, tapi kita?? hanya melihat dan memerhati.. melihat mereka2 yang sedang mengaut keuntungan dan hanya membiarkan. kenapa?? kerana kita masih tak nampak dimana keuntungan itu walaupun terlah tertulis dalam undang2 yang agung, bahawa itu adalah jual beli yang sangat menguntungkan..

“sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka. mereka berperang dijalan Allah;sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam taurat, injil dan alquran.”…

dan Allah sambung lagi..

“siapakah yang menepati janjinya selain dari Allah? maka bergembiralah dgn jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung”

insyaAllah, selepas ni kita semua mula berlumba2 mengerjakan kebajikan. berlumba2 utk mendapat perhatian dari Allah.. berlumba2 utk mendapat tempat disisi Allah.. bukan pujian manusia yang harus dicari, bukan perhatian manusia yang diingini, bukan pandangan manusia yang diambil kira.. hanya pandangan AlKhaliq yang penting dimata seorang muslim..hanya perhatian Rabbnya yang ingin diraih..hanya ada harapan pada ArRahman utk diri ini dikasihi dan dicintaiNYA..

Mungkin selama ini, hidup kita penuh dgn dosa. mungkin selama ini rahmat dari Tuhan yang pemurah ini ktia lupakan..mungkin selama ini kita berpaling dariNYA. kita mengira hanya diri kita sendiri yang mengetahui apa yang telah kita lakukan. justeru kita kita berbuat sesuka hati, menurut kehendak nafsu yang tidak pernah jemu. namun lupakah kita, ada yang memerhati?lupakah kita ada yang menilai???

“tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering yang tidak tertulis dlm kitab yang nyata(luh mahfuz)”

hmm… let us perbaiki diri, kembali pada fitrah kita yang sejak azalinya telah berjanji dgn TuhanNYA dan mengakui Allah adalah tuhannya.. dosa2 silam yang menghantui?? pandangan serong manusia dgn dosa2 lalu kita?? rasa tidak layak utk kembali pada Allah??? buang semua rasa itu.. sesungguhNYA Allah, tuhan kita ini sangaaaaaat la pengampun…

“katakanlah: ‘wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH, sesungguhnya Allah maha mengampuni dosa-dosa semuanya’ sungguh, dialah maha pengampun, maha penyayang”[39:53]

insyaAllah DIA takkan sia2kan usaha hambanya utk mendekatinya, utk mecari kembali diri yang telah hilang, membawa balik hati yang hilang agar kembali kepada jalan yang sebenarnya..

wallahualam…

buat sisters heartandhugs yang dikasihi fillah..moga kita semua saling membantu, pimpin tangan satu sama lain..bergerak bersama2 jangan ada yang tertinggal dibelakang..kuatkan dan eratkan ikatan tanganmu itu, kerana aku amat memerlukannya dikala diri ini tidak berdaya utk melangkah menusuri sepanjang jalan…

One thought on “Mencari yang hilang..

  1. jzkk for this writing
    insyaAllah tazkirah dan peringatan sgt penting utk kite semua..
    keep on writing…! (ok k mai pun akan,,since dah abis exam ni.. )

    slm~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s