tika dan saat itu, hanya Allah!!

“Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah yang melempar” (al-Anfal: 17)

benar, setiap perkara yang kita lakukan, setiap kejayaan yang kita capai, sebenarnya bukan kita yang lakukannya. Hanya Allah lah yang memberi kita kejayaan seperti itu, memberi kita kekuatan sehinggakan kita berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan. alangkah indahnya hidup seorang mukmin itu apabila setiap perbuatannya disandarkan kepada kekuasaan Allah. maksudnya, setiap kali kita selesai dgn tugasan kita seharian, xkirala buat experiment ke, ada clinical or kena oncall, if and only if kita dapat rasakan bahawa Allah yang menjadikan kita berjaya buat dan lalui semua itu, alangkah indahnya perasaan itu! alangkah bermaknanya setiap detik dan ketika kita dlm usaha menyelesaikan tugasan kita if kita dapat rasakan bahawa segalanya hanya kerana Allah, then kita selesaikan tugasan itu tanpa sedikit pun rasa di hati bahawa tugasan itu selesai kerana dan hanya kerana ketekunan diri sendiri dlm menyelesaikannya.

jom kita baca sirah rasulullah, ketika perang badar. rasulullah meminta pertolongan dari Allah. setelah pertolongan Allah sampai, DIA mengingatkan rasulullah melalui ayat diatas bahwa itu semua bukan dari rasulullah, even jelas dan terang bahwa rasulullah yang melempar pasir kearah musuh, itu pun Allah katakan bukan engkau yang melemparkan nya… (dan sebenarnya mmg dgn kekuasaan Allah je membolehkan rasulullah berbuat demikian, faham ker berbelit ayat saya?) xpe, meh bace keratan kisah perang badar yang diambil dr buku raheeq al mahktum…

Rasulullah terlelap dan terlena sejenak, kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya lantas
bersabda: “Terimalah berita mengembirakan ini wahai Abu Bakar, itu dia Jibrail yang berada di antara debu berterbangan”.

Di dalam riwayat Ibn Ishak menyebut: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Terimalah berita yang mengembira wahai Abu Bakr. Pertolongan Allah telah melewati engkau itu dia Jibrail memegang kekang kudanya, memecutnya ke hadapan merentas debu-debu yang berterbangan itu ”

Kemudian Rasulullah keluar ke hadapan perteduhan dengan mengenakan baju besi dan
menyebut ayat yang bermaksud: “Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari”. (al-Qamar: 45)

Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah kaum Quraisy sambil
bersabda: “Musnah kalian semua” sambil melontar pasir itu ke arah Quraisy, menyebabkan tak
seorang pun yang tidak terkena dengan pasir tadi, malah dengan izin Allah pasir itu terlontar ke
telinga, mata, hidung dan mulut mereka semua. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah yang melempar” (al-Anfal: 17)

kisah ini sangat jelas, walaupun secara zahirnya nampak rasulullah yang melemparkan pasir kearah musuh, tetapi secara batinnya, Allah lah yg memberikan kekuasaan kepada Rasulullah utk bertindak begitu.

now, cuba reflect dalam diri kita. apakah kita sedar yang sesungguhnya setiap kejayaan kita sehingga kehari ini, tidak kira besar atau kecil semuanya datang dari Allah.
sedar ke tidak, jika kita berjaya membaca dan menghabiskan satu module dlm target masa yg kita tetapkan, semua itu Allah yang lakukan?
sedar ke tidak, jika kita berjaya melakukan experiment yang sangat susah dgn jayanya, dan mendapat result yang sangat bertepatan dengan teori, semua itu hanya kerana Allah yang menjadikan itu semua berlaku?

what if, satu pun result kita xdapat sepanjang 3jam experiment, apa reaksi kita? menyalahkan equipment? menyalahkan department kerana bg experiment yang susah sgt? or menyalahkan takdir? pernahkan kita terfikir, mungkin ianya adalah kesalahan kita sendiri?
ya, mungkin kerana kesalahan diri yang lupa memohon dari Allah at the first place utk memudahkan urusan kita. bila dah tersangkut baru ingin memohon agar Allah mudahkan?

oleh itu wahai sahabat sekalian, put Allah sebagai yang pertama in every single thing you do.. insyaAllah semuanya akan dipermudahkan..
wallahualam..

4 thoughts on “tika dan saat itu, hanya Allah!!

  1. jzk for this entry..
    lama sudah blog ini tak diaktifkan smule..
    insyaAllah kite sama2 mula menulis balik
    ok kan adik2?😀

  2. wah…adik2? lama dah xdi panggil dgn gelaran itu..hehe.. adik2 refer to 1st year. ni dah 2nd year jadi kakak adik…hehe

  3. ema2..rindu nak dgr awak cte2 pasal sirah ni.
    insyaAllah byk benda boleh belajar dr sirah esp dr Rasulullah, sahabat, tabii and tabiiin.

    keep sharing ye🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s