DUA dalam SATU

Salam alaik~~

Sudah 2 minggu blog ini terbiar…Sepi tak berhuni…

Bukan tuannya hilang, tapi kesibukan yang menelan…

huhu…

2 minggu lepas, saya menghadiri program kecemerlangan pendidikan anjuran sponsor kesayangan saya, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA di Warwick, UK.

Kalau boleh, ingin saya kongsikan segala ilmu dan motivasi yang saya dapat daripada program mantap tersebut.

Ya Allah…hanya Allah saja yang tahu betapa saya merasakan bahawa program itu adalah suatu rahmat yang terbesar buat diri saya.

Kerana jujurnya, pada minggu keenam di UK saya tidak boleh menipu diri sendiri lagi. Saya stress! Tension dengan study yang saya rasakan saya tak terdaya lagi nak bawa. Dengan tanggung jawab2 lain yang perlu saya pikul.

Saya lemah, saya hilang semangat sebagai seorang fata, saya hilang motivasi sebagai seorang syabab. Saya tenggelam dalam kalut urusan dunia yang menyesakkan.

Huhu…Namun alhamdulillah…Allah itu sentiasa di sisi…Sesiapa sahaja yang mengharapkan bimbingan dan pimpinanNya, mengharapkan rahmat dan pertolonganNya, pasti Dia akan Mengurniakannya…

Alhamdulillah, motivational talk yang disampaikan oleh TKSU KPM, Datuk Kamruzzaman itu telah berjaya membasahkan jiwa saya kembali. Menyemarakkan semangat yang hampir-hampir saja luntur.

Terkesan saya dengan kata-kata beliau,

“Untuk menjadi seorang yang excellent, cemerlang dalam semua segi, kita perlu ada PENGORBANAN. Kita MESTI sanggup berkorban! Tidak ada orang yang berjaya tanpa pengorbanan.”

Subhanallah….tegas sekali kata-kata beliau, sesuai dengan karismanya sebagai bekas best student Oxford, UK.

tambah beliau lagi,

“untuk menjadi cemerlang kita perlu ada 3 perkara;

KNOWLEDGE + SKILLS + ATTITUDE “

Attitude atau dalam bahasa Melayunya, SIKAP!

Sikap itu adalah paling penting dalam ketiga-tiga perkara itu.

Kerana sikaplah yang menentukan knowlegde dan skills.

Saya sebenarnya masih bertatih dalam memperbetul sikap. Sikap yang negatif kepada positif, contohnya seperti malu tak bertempat.

Malu bertanya, malu menonjol, malu mempamerkan kualiti yang ada dalam diri.

Sebaliknya, bahkan kita dalam Islam amat dituntut untuk menjadi seorang yang berketrampilan, berdaya maju, berdaya saing, jujur, amanah, hebat, ikhlas dan sebagainya.

Begitulah, dalam dakwah juga kita perlu pengorbanan.

Dalam apa jua pun, kalau namanya inginkan KEJAYAAN tuntasnya haruslah pengorbanan.

Pokoknya kalau sanggup berkorban, ikhlas demi Allah, insya Allah, akan diganjari kefahaman, kejayaan seterusnya kebahagiaan.

Hmm..Indahnya….

Tetapi ingat, di sisi manusia, selain malaikat yang menjaga, adanya syaitan yang menggoda.

Kita tidak boleh terlalu yakin diri dengan menyangka;

” Nahhh….aku sudah berkorban, sudah tetap hati untuk belajar dan bekerja dijalan Allah, maka Allah pasti akan memelihara aku.”

Tidak boleh sama sekali!!!

Kerana detikan seperti ini hanya mengundang syaitan bertamu.

Riak, bongkak, takabbur, ujub. Perasaan halus yang disuntik syaitan saat hati terlalu yakin.

Oleh itu, perkara yang paling sukar tetapi mesti dibuat adalah muhasabah dan istighfar.

Hati ini boleh saja berbolak balik. Hati ini bagaikan tudung periuk yang isinya menggelegak. Ia berbolak balik semudah itu.

Hanya kepada Allah jualah kita sandarkan doa dan harapan…

Ya Allah,

Sering aku cuba lari dariMu.

Sering aku remehkan arahanMu…

Sering aku rendahkan ayat-ayatMu…

Sering aku pandang enteng pahala dan balasanMu…

Sering aku ragu dengan syurga dan NerakaMu…

Sering aku tidak peduli dengan dosa-dosaku…

Sering aku ambil mudah rahmat dariMu…


Ya Allah,

apakah masih layak aku berada dalam barisan fata pilihanMu?

apakah masih ada tempat untuk manusia sehinaku?


Ya Allah,

aku benci teori,

aku benci retorik,

aku benci cakap kosong,

aku benci falsafah,

yang semuanya tiada nilai kalau tanpa amal…

yang semuanya sampah kalau tidak ditunai…


Tapi ya Allah…

Sering kali akulah yang terjatuh ke dalam lembah itu..

Akulah yang cakap tak serupa bikin

Akulah yang paling kuat membantah

Akulah yang paling melulu menurut hati

Akulah, akulah yang sering ya Allah…..


Ya Allah…

Ampunkan andai darah mudaku pernah menghiris jalan dakwahMu…

Ampunkan kalau darah mudaku pernah melemahkan barisan syababMu…

Ampunkan kalau darah mudaku pernah menghalang rahmatMu turun kepada orang lain…

Ampunkan aku ya Allah…..


Alhamdulillah juga pada minggu ketujuh saya telah diberi peluang lagi untuk menghadiri suatu sesi daurah ataupun seminar di Birmingham.

Pada saya, isi daurah kali ini hampir saling tak tumpah dengan apa yang saya dapat di Warwick.

Intinya sama, cuma matlamatnya saja yang berbeza. Yang satunya untuk cemerlang dalam belajar, yang satu lagi untuk cemerlang dalam dakwah.

Tetapi sebenarnya, dakwah adalah study dan study adalah dakwah.

Ia satu bentuk hubungan relatif,seiring dan saling berkait.

Maka kita perlu cemerlang study dan berusaha untuk cemerlang juga dalam mengajak orang kepada Allah.

RABBANI…dakwah menuju Allah, bukan dakwah menuju manusia…

Dakwah menuju syurga, bukan dakwah menuju bala…

Wallahualam bisshawab…

One thought on “DUA dalam SATU

  1. Alhamdulillah suka sangat saya membaca post ini.. menjadi semangat dan memotivate diri saya utk berketrampilan tinggi dalam semua aspek. itulah islam sebenarnya. tp dgn pengaruh sekeliling ditambah dgn sikap MALAS yang susah untuk diubah atau dibuang membuatkan diri saya alpa dgn kesenangan sekarang. bukan senang apa, just makan gaji.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s