Autumn in my heart…=)

Photo1623Sebulan sudah saya di UK untuk tahun kedua ini….

Muhasabah kembali….

Kalau di tahun pertama, saya masih sedang terkial-kial menyesuaikan diri pada hari genapnya sebulan di UK. Tapi hari ini, saya beda….

Banyak bedanya….

Adilah yang dulu, tidak sama dengan Adilah yang kini…

Alhamdulillah, itu tandanya saya belum menjadi manusia celaka!

Bukankah hari ini harus lebih baik dari semalam? =)

Berbalik ke minggu pertama tahun kedua di UK.

Sesampainya dari Malaysia, saya terus menuju ke rumah baru di Windermere Street. Tiba saja di rumah, saya disambut adik2 first year yang menginap di rumah kami untuk beberapa malam. Waktu tu saya pun terdetik; “oh, dah senior rupanya aku! huhu….”

Rasa penat tak terasa bila melihat wajah-wajah polos adik2 first year yang masih homesick dan manja-manja. Hmm… sume perlukan perhatian senior.

Seminggu pertama saya sangat sibuk. Menguruskan adik2 dan study.

Minggu kedua saya diberi amanah untuk menjadi project director bagi program BOOM! untuk student di leicester, especially adik2 junior…

Alamak, bertambah lagi kesibukan!

Mampukah saya menggalas semuanya??

Ah, tipu kalau tiada tekanan. Tetapi semua itu adalah tarbiyyah langsung daripada Allah.

2minggu bertungkus-lumus bersama AJK2 lain untuk merealisasikan BOOM! akhirnya berbaloi….

Alhamdulillah….semua berjalan lancar, Allah menolong, dan Allah melindung….

Walaupun bekerja dengan orang yang tak sama wavelenght, tapi saya sangat suka dengan potensi2 hebat dan kualiti2 bernilai yang mereka ada. Banyak yang saya pelajari daripada sosok2 hebat itu.

Saya personally enjoy bekerja dengan mereka. Sungguh, pengalaman menjadi pengarah projek kali ini amat memberi kesan mendalam kepada hati saya.

Benarlah, semua orang harus diberi peluang untuk beraksi dan mencoret bakat.

Tidak kira mereka itu ikhwah atau bukan ikhwah. Akhowat atau bukan akhowat. Itu tidak penting. Yang penting, percaya bahawa kita semua harus diberi peluang dan yakin akan kebolehan yang ada pada setiap manusia.

Ya, saya dapat mengesan penyakit yang menimpa sesetengah ikhwah dan akhowat kita iaitu mudah BERSANGKA BURUK kepada ‘group lain’.

Mungkin kerana kita terlalu atau selalu berada dalam group yang kecil, dalam circle kita-kita saja, seputar itu-itu juga.

Sehingga kita merasakan bahawa group kitalah yang terbaik dan boleh bekerja dengan paling baik dan orang lain tidak boleh menjadi sebaik kita.

Hmm…ini terjadi…terjadi dalam kalangan kita tanpa disedari….

Padahal, sedarlah, sebahagian prasangka itu adalah dosa….

Maka marilah kita sama-sama membersihkan tanah hati kita daripada lalang-lalang dan semak samun dosa yang tumbuh di tanah gersang hati kita. Mari kita siram tanah hati kita dengan benih-benih mahmudah dan kita kutip semua batu-batu dosa yang berat menimbun dalam hati dan kita gantikan dengan baja iman dan taqwa.

Semoga pohon yang tumbuh nanti adalah pohon-pohon keimanan dan keikhlasan yang segar dan sihat. Moga tanah hati kita basah dengan hujan zikrullah….

Jauhkan sangka buruk.

Dakwah itu seribu cara.

Jangan terlalu taksub dengan satu cara.

Jangan terlalu jumud pada satu rasa.

Kita semua berbeda dalam banyak perkara.

Maka raikanlah perbedaan itu.

Manusia senang jika diraikan.

Dan sangat suka jika menerima.

Mungkin kita harus lebih banyak bersabar dengan memberi.

Kerana mereka belum mengerti.

Jadilah sedikit manusiawi tanpa mengorbankan ukhrawi.

Bingkisan hati ini, ingatan untuk kita dan diri sendiri…

Moga ikatan ini kekal selamanya….

Saya sayang ikhwah akhowat semua….

Dan saya sayang juga sahabat2 saya yang lain…

Saya gembira dengan bimbingan kalian, tetapi kadang-kadang saya juga punya pendapat dan pandangan sendiri.

Maafkan kalau saya tidak selari dalam beberapa hal.

Ku akui kelemahan diri…ku insafi kekurangan ini… ku kesali kejahilan ini...

Saya budak baru belajar dan sentiasa sedang belajar.

Hmm….

Kini sudah tamat minggu keempat, maknanya sebulan genap saya di UK. Saya harap saya akan menjadi lebih matang dalam membuat keputusan, lebih sensitif dalam membaca hati orang, lebih faham akan liku-liku di dunia dan saya amat berharap agar Allah sentiasa memimpin saya di jalanNya..

Ameen…..

(Ah…musim luruh dalam hatiku!!!Apakah akan terjadi pada minggu-minggu mendatang?Wallahualam….)=P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s