Diari 9 Jamadilakhir 1430H

Assalamualaikum..kukongsikan di sini satu episod hidupku di bumi bertuah Loughborough. Semoga bermanfaat..inshaAllah..

* * *

Analoginya begini k.Miyam..katakanlah satu hari ni Wan cuba satu coklat bar perisa baru di pasaran. Bila sudah cuba, Wan rasa coklat nilah yang paling sedap sekali di abad ini. Tiada bandingannya. Of courselah bila jumpa k.Miyam, Wan akan cerita dan promote pasal coklat terbaru yang sangat sedap ni kan?

“Betul k.Miyam, percayalah cakap Wan, coklat nie, best sangat2! Wan takkan puas hati selagi k.Miyam tak cuba jugak..hehe..”

Sebab Wan dah rasa, dan Wan nak semua orang rasa betapa sedapnya coklat tue. Wan sanggup belanja k.Miyam semata-mata untuk rasa coklat tu..then bila k.Miyam rasa, dan k.Miyam setuju coklat tu memang best..mesti k.Miyam pergi dapatkan k.Azan pula.

“MashaAllah Zan, betul cakap si Wan Zan, coklat ni sedap bangat. Rugi tau kalau tak rasa. Nah, ambil aku punya sikit, gerenti kau mau lagi!” lebih kurang begitulah k.Miyam akan cakap pada k.Azan kan?

“Benar tu. Serupa kalau kakak jumpa satu movie best, mesti kakak akan promote pada orang.Kakak takkan puas hati sampailah orang tu tengok jugak movie tu dan setuju movie tu memang best!” kata k.Miyam dengan penuh bersemangat.

Nah, kalau kita boleh buat begitu untuk coklat dan movie..mengapa tidak demikian juga kita lakukan dengan risalah Islam yang indah ini? Benar inda?

Mau inda nanti kita diberi salam oleh Allah di syurga kelak?

Kalau k.Miyam atau k.Azan sedang jalan seorang diri di kampung di Brunei..tiba-tiba Sultan Brunei lalu dan beri salam pada k.Miyam atau k.Azan.

“Assalamualaikum Mariam..apa khabar kamu? “

Nah, Wan gerenti k.Miyam kambang dan cerita pada satu kampung yang Sultan Brunei tagur k.Miyam di jalan tadi.Benar inda? Tapi ini bukan Sultan Brunei, bukan juga Queen Elizabeth..tapi Allah s.w.t..Raja sekalian makhluk..mashaAllah..

* * *

Itulah sebahagian perbualanku dengan sisters brunei. Bersemangat betul mereka mendengar celotehku yang pada mulanya merancang untuk singgah belajar kerana exam makin menghampiri. Alhamdulillah…Satu malam aku di sharpley road, (rumah bruneians) sememangnya tidak dirancang..bak kata tuan rumah..this is an unplanned visit by you, but it was planned by Him..a long long time ago…Subhanallah..

* * *

Kita semua ni bakal jadi engineer. Tu, kereta..komputer..kamera..apa lagi..macam2 lah, engineer punya idea tu..tapi kalau kita bukan engineer yang cipta alat tu..of course kita inda tau all thing about that device right?

Only the inventor knows about his invention better than anyone else. And only the Creator knows about His creations better than the creation itself and anyone else. Benar inda? Tapi, sebagai pembeli, macam mana kita nak tahu cara nak guna komputer, kamera..etc..etc..? Perasan inda, kalau kita beli kamera, kita mesti dapat satu benda ni..together with the camera..

“Apa tu? kotak ka?” teka si A mencetus tawa yang lain. “Manual book?” kata k.Azan

Lurus! 10 markah untuk k.Azan. Dalam manual book tu, ade guideline from the inventor of the device. How to use this button. How to turn it on. How to keep it properly. What are the safety steps in using it..Supaya tidak cepat rosak, supaya we can make full use of the device with all the applications. Jadi, tak membazirlah kita beli.Benar inda? Tani  ni manusia. Tani juga creation. Jadi apa tani punya manual book?

“Al-Quran?” kata k.Miyam.

Lurus! Ni dalam ‘manual book’ ada macam2.. macam mana nak guna mata, telinga, kaki, tangan, hati. Bukan pancaindera saja..ada lagi..kalau tani ada harta, macam mana nak uruskan harta. ada anak, macam mana nak ajar anak2. ada ilmu, perlu buat apa dengan ilmu. Ada negara, macam mana nak tadbir…Inilah buku tauhid, history, law, science, politics, economics, motivations..everything.. inshaAllah complete.

Tapi kalau kita beli printer or apa2 tue..manual booklah yang kita paling malas baca kan? hehe. Wan selalu gitu, itu hari Wan beli kamera, then bila playback video, dia inda ada bunyi suara. Lalu marah2, wan ingat wan dah kena tipu.Mau pulang balik itu kamera. Then my friend suruh wan rujuk balik manual book. Rupa-rupanya, ada ditulis yang this camera will playback video without sound unless you connect it to external device like laptop, tv..etc..hehe.

* * *

Senyum mereka mendengar cerita kurang kelakarku..mungkin ada di antara mereka yang pernah mengalami peristiwa yg hampir serupa..

* * *

Like manual book..walaupun ada macam2 bahasa, say english, spanish, french and malay. mesti kita akan baca yang english dan malay sekali. sebab kita nak faham, supaya kita boleh apply whatever has been said in that book.Begitu juga dengan al-Quran. Kita inda faham kalau just read..without knowing the meanings..itulah pentingnya tafsir ni..

“Tani ini lemah..tani perlu selalu diingatkan..dengan perbualan begini..tani boleh remind each other..mashaAllah ukhtie..ini memang rancangan Allah…” kata k.miyam.

Lina dan k.azan membisu penuh makna. Barangkali memikirkan sesuatu yang sulit untukku teka..

* * *

“Bah, bah! jom ke rumah sebelah..mari sekali Wan, Lina. Mereka sudah siap masak tu. jangan tolak rezeki…” panggil k.Yus memecah kesunyian yang seketika tadi.

Lalu kami berangkat ke rumah sebelah, menjamu selera dengan nasi beriyani kambing air tangan akh Zawawi. alhamdulillah…rezeki. Walaupun petangnya sudah dijamu dengan sirap bandung, roti john, sausage roll and etc..etc..hehe.

dan sebelum tidur aku kembali bergelumang dengan module heat transfer..bangun pagi sahaja, sarapan sudah tersedia oleh k.Dk..Usai sarapan..aku kembali berjalan pulang ke rumah. Layanan mereka..semangat mereka..keihlasan mereka..terbayang2 di fikiranku di sepanjang perjalanan. K.Miyam, k.Azan, K.Haz, sibuk mencari notes2 mereka buat dipinjam kepadaku…habis satu almari, kotak diselongkar kerana tak mahu menghampakan harapanku..sob..sob..

“Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”(3:8) Amin…


tani = kami, tagur = tegur, inda = tak, kambang = bangga, lurus = betul, bah = okeh/baik



8 thoughts on “Diari 9 Jamadilakhir 1430H

  1. jazakillah! haha.. ingat kan bahasa apa guna tadi..pening kamek dibuatnya kitak.. kamek sik faham bahasanya mula2..rupe2nya, brunei… hehe.. pe2 pun, tq..

  2. salam wan…jazak for sharing. dd pun ingt wan salah eja ‘kambang’ tu tadi.hehe.ingtkan wan nk eja ‘kembang’.haha….

    bah, anakullihal, u got that talent! talent to tabligh in the very hikmah way….huhu…i’m proud of u sis.even me can’t do that until now.

    baik to mysef or to the people outside there.huhu..sumthin missin in me. i’ve got to find it! maybe this saying suits for me (me that got no talent at all);

    “practice makes perfect!”

    and for sure, i must feel that halawatul iman first before i do that direct selling.(dakwah versi MLM). hehe…hmm…thank wan.

    byk lagi my kekurangan,kelemahan dan kelompangan. i need to repair and fix my heart and my whole body.

    kebelakangan ni i just feel like under pressure and i hope i can handle it brilliantly. SABAR dan TAWAKKAL play very much role to calm myself down,rite.

    hmm…mmg mencabar keimanan and sumtimes, i kept asking mysef,
    ” am I a real Muslim? Coz when I feel the hard time, i just can’t stand it until I read Quran.surah At-Talaq. Ayat 3-4.”

    Huhu…mcm qadaya ngn wan pulak.hehe…ok wan, jazakillah=)

  3. @ema: hehe, sorry sis. saje nak tambah feel. wan kan kalo bercerita memang beria.haha.nwy, hope the message sampaila..inshaAllah
    @didi: sape cakap didi xde talent. tu menulis tue..bukan semua org bleh tulih cam didie tau. ur language, style, sense of humour in writting..can attract people to read more and more.. hehe
    hidup kite ni mmg tuk diuji didi..ingt lagi citer didi psl kambing dan tuannya…..
    best gak qadaya di blog neh..kalo org len bace, dpt pengjran, haa kan dah lbih kurang MLM gitu.hehe
    nway, doakan wan tau…doakan kite same2……

  4. wan..aku x paham mule2…
    rupenye, hmpir jd warga brunei dah kat sana..
    esok aku exam, last paper..
    doakn yg terbaik utk aku ek

  5. @khansaq: anda ni sape ek..gune name pena.x tau le sape.kang teka kang salah. nway, gudluck. do ur best!inshaAllah

  6. salam …
    indahnya ukhuwah itu bila dasarnya cinta Allah~
    best kan bila dapat share keindahan Islam dgn orang? Sebenarnya byk lagi hati2 manusia yang dahagakan sentuhan Islam,, banyak lagi orang di luar sana menanti2 utk merasa cantiknya Islam.
    Teruskan usaha sharing abt Islam yg best dan sempurna ni..k mai sokong dari sini ~

    *proud of u sis~*

  7. @k.mai: thanks sis..terharu dengan k.miyam yg asyik menyebut nama Allah.. semua didasarkan kepada Allah kembali..makanan, kenyang, hospitality, ilmu..mashaAllah..
    @khansaq:laa..qama kew..miss you qama. wan baru nak stat exam 10 june.huaaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s