Wahai Ayah, Wahai Ibu

Artikel ini diambil dari blog Kak Nurul=)

“Kak, macam mana saya nak minta maaf dari mak ayah, kalau saya tak pernah di ajar untuk meminta maaf?”

“Macam mana saya nak bercakap baik-baik tanpa kemarahan, kalau sejak dulu saya menghadapi  mak ayah yang sering meninggi suara dengan kemarahan?”

“Saya ni tak pandai nak bercakap, saya tak pandai nak meluah perasaan pada mak ayah dengan baik.. Kalau bercakap, saya akan bercakap kasar.”

“Bila saya dah tahu berdosa meninggikan suara, saya berusaha diam. Tapi kalau diam pula, saya dikata melawan dan memberontak dalam hati..” lirih suara ukhti itu mengadu. Airmata bergenang. Satu demi satu nasihat diberi kepadanya – untuk memperbaiki semula hubungan dan berbuat baik pada orang tua.

Namun, dia terasa amat berat dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Berbuat baik dan meminta maaf menjadi satu ketakutan bagi dirinya. Terhimpit dengan pengalaman lalu, jiwa menderita bila suara hati seorang anak tidak diluah dengan baik. Merasa ayah bonda tidak pernah menerima bila pandangan yang berbeza cuba disampaikan.

Dirasakan oleh ukhti itu ibu ayahnya tak memahami jiwanya yang mengharap pengertian tulus dari ibu bapa. Nak diluah tak pandai, disimpan didiamkan – memakan hati setiap hari hingga syaitan pun ketawa ria dengan renggangnya hubungan sesama keluarga.

Luah emaknya pula, “Anak makcik tu tak fikir perasaan mak ayah dia. Kalau dia tak setuju dengan apa yang makcik buat, kenapa tak bagitahu. Kenapa didiamkan sahaja, mengiyakan saja kata-kata makcik dan pakcik?”

Bila mendengar hati luahan kedua-dua belah pihak, minda ku cuba mencerna apakah punca sebenarnya konflik yang menduga mereka… Anakkah, atau ibubapakah yang bersalah??

Pengalaman hidupku yang singkat memberi jawapan – communication breakdown sejak sekian lama menjadi salah satu sumber utama sengketa. Ibubapa dan si anak punya harapan, impian dan ujian hidup yang ingin mereka kongsikan dengan penuh pengertian dan kasih sayang.

Namun semua itu beku di hati, tak terluah dan tak tersampaikan. Yang terpamer hanya kemarahan, bangkangan dan pertentangan. Hingga akhirnya menjadi sembilu yang menghiris ruang hati paling dalam..

Adikku, diri ini cuba mengerti luahan hatimu yang terbuku dengan insan bernama ayah ibu. Diri ini cuba memahami tekananmu menghadapi hari-hari yang sering melihat pertengkaran ayah dan ibu.

Dalam masa yang sama, cuba jua hati ini merasai perasaan insan bernama ayah dan ibu. Fitrah mereka menyayangi dan mempeduli anak-anak yang dikurniakan.. bukan menyayangi, tapi sangat-sangat menyayangi. Di dasar hati mereka menginginkan kesenangan dan kesejahteraan anak.

Tidaklah kesalahan dan kelalaian mereka mengurusi jiwa dan peribadi anak disengajakan, namun ada sebab yang membenarkan persengketaan ini berlaku.

Mungkin kerana tekanan. Atau kejahilan.

Konflik, perselisihan dan pergaduhan yang kita saksikan di jendela keluarga bukan didatangkan tuhan tanpa kebaikan. Kesedihan, kekesalan dan kepahitan yang telah kita tempuh sedari dulu sarat pengajaran dan kemanisan.

Pengajaran dan kemanisan yang bagaimana ..?

Adikku, bukankah dari pertelingkahan keluarga dan keserabutan keluarga telah menunjuk jalan untuk kita menghampiri tuhan? Bukankah kekecewaan perpecahan itu menghadiahkan kita sebuah kematangan?

Ujian berat itu ALLAH kurniakan sebagai bahan belajar buat kita. Kata-kata negatif ibubapa dan ahli keluarga telah menjadi senjata yang memisah-misahkan. Lantas, kisah sedih itu mendorong kita mendalami medan komunikasi dan pertuturan. Kerana tidak mahu kesilapan menyampaikan dan kesalahan perbicaraan mematikan kegembiraan anak kita di masa depan. Sama ada anak kandung, atau anak didik atau sesiapa pun yang kita kongsikan pengalaman.

Mak ayah menghamburkan perkataan yang mengguris perasaan, mungkin kerana tertekan meniti kehidupan. Tekanan wang ringgit, tekanan pekerjaan, tekanan membesarkan anak-anak  dan mungkin tertekan kerana jauh dari pedoman tuhan.

Lantas, kita belajar dan tekadkan di hati, diri-diri kita harus kuat menempuh dugaan. Agar kelak anak-anak didik kita tidak menjadi tempat menghambur kerunsingan, tidak terguris hatinya hanya kerana kegagalan kita mengawal perasaan.

Adikku sayang, telah kita belajar di medan ilmu bahawa betapa tingginya tempat ibu dan ayah di sisi tuhan.. lihatlah ayah ibu kita dengan rasa kasing sayang penuh kemuliaan.

Satu ketika, diri kita pernah bahagia dan damai di pelukan ayah dan ibu. Kecomelan dan ketenangan wajah kita suatu waktu memberi kegembiraan di sudut hati mereka. Bolehkah kebahagiaan itu kita kembalikan?

Kita tertekan, lalu tanpa disedari, perasaan ayah ibu kita lukakan.

Adikku sayang, kita tidak mampu kembali ke masa lalu. Hari ini sahaja yang ada untuk kita membuat pilihan.. Kita memilih untuk memperbaiki keadaan. Kita memilih untuk memaafkan dan melupakan kesalahan.

Ibu ayah juga melakukan kesilapan, mereka juga sedar dan ingin bangkit membetulkan kesalahan. Lalu kitalah yang membangkitkan harapan pada mak dan ayah.

Mohon keampunan agar urusan diberi jalan keluar olehNYA. Agar ALLAH menyatukan hati kita dan ayahbonda. Agar ALLAH menjauhkan kita dari menjadi permainan syaitan durjana.

Manisnya,… betapa manisnya bila kesusahan birrul walidain ini kita redahi kerana meyakini janji tuhan. Manisnya terasa mengingatkan ALLAHbersama-sama orang yang bertaqwa dan melakukan perbaikan.

Perjalanan berbuat baik dan membetulkan kesilapan bukan sehari dua, bukan seminggu dua..mungkin berbulan, mungkin bertahun, namun inilah langkah pertama.

2 thoughts on “Wahai Ayah, Wahai Ibu

  1. Thanks dd…
    “Perjalanan berbuat baik dan membetulkan kesilapan bukan sehari dua, bukan seminggu dua..mungkin berbulan, mungkin bertahun, namun inilah langkah pertama. ”

    Huhuhu… tgh mencari smgat utk dptkan inside-out nyer kekuatan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s