Exam Tips Utk Adik2

Salam wbt adik-adik..
Exam masing-masing nampaknya makin mendekat. Lub dubb lub dubb [berdebar2] Ha,, dalam sibuk2 kita mengulangkaji dan menghafal pelajaran2, jangan kita terus lupa tanggungjawab kita dalam mentarbiyah diri kita k~🙂

Adik-adik nak tahu , betapa besarnya hikmah exams di sebalik ke-stress-an(mungkin) yg nampak pada zahirnya. Utk yang medic, mungkin dah tak larat nak menghafal setiap muscle yang ada dekat setiap lower limb tu. Gracilis la, sartorius la, compartment syndrome la… Untuk yg physics, mungkin dah tak larat dah nak solve equation maths/physics yg banyak2 tu.. (tapi bole nye insyaAllah😉,  yakin dgn korg! )

Tapi kan, betapa hebatnya kasih sayang Allah pada hamba-Nya, di setiap saat dia takkan lupa pada kita. Dan dengan itu, turun lah ujian. Dan kali ini, nampaknya ujian yang Allah turunkan adalah dalam bentuk exams. Tapi, ketahuilah, pertolongan Allah itu sangat dekat. Dan ayat-ayat cinta kita iaitu Al-Quran pun ada menyebut....”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..” 2:214

Dengan syarat, kita betul-betul berusaha, kita betul-betul berdoa padaNya, dan kita betul-betul berserah/tawakal padaNya.

Seharusnya, makin dekat dengan exams, makin kita rapat dengan Allah, kerana pada Dia saja kita meminta untuk dipermudahkan urusan study kita. Kerana kita tahu bahawa segala ilmu di dunia ini milik Allah lah semata-mata, dan jika Dia tidak izinkan kita mendapatkannya, maka kita tak mungkin akan dapat ilmu itu.. Banyakkan berdoa, bersolat hajat dan solat malam dan banyaklah merintih pada Allah dengan air mata, agar diperkenankan doa kita..

Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu..”40:60

Ha, Allah dah suruh kita minta padanya tu, dan dah janji Dia akan perkenankan. Subhanallah, Baik nya Tuhan kita~
Jadi, mintalah agar Allah mempermudahkan segalanya, agar diberkati ilmu yang Dia kurniakan pada kita, agar Dia menjadikan kita pelajar2 muslim yang cemerlang supaya satu hari nanti kita dapat membina ummah ini dengan kejayaan cemerlang kita.. Nasib ummah kita ada di tangan kita~

Belajar lah kerana Allah, belajarlah sampai dah tak larat nak belajar lagi dah, belajarlah sampai mata kita terkeluar dari soketnya (hyperbola sikit), dan mintalah agar usaha kita yang sungguh-sungguh itu akan Allah hadiahkan dengan hadiah yang paling indah sekali, iaitu Jannatul Firdausi. Sesungguhnya itulah dia kejayaan yang paling tinggi sekali..bukannya pengiktirafan dari manusia ataupun sesiapa sahaja..

Belajarlah kerana mengejar syurga-Nya, belajar lah kerana mengejar RedhaNya, and insyaAllah you will succeed..

Di bawah ni ada tips2 exam from a sister (kak eleena), semoga bermanfaat!

Dlm kesibukan kita membuat persediaan utk peperiksaan yg mendtg,  sedikit tips utk semua…- Islamic version🙂

1. Doa2 penting utk dibaca : Rabbi zidni ‘ilma, warazukni fahma (Ya tuhanku, tambahkan padaku ilmu, dan rezekikan ku/berikan ku kefahaman) – then kena yakin la bhw Allah akan memakbulkan permintaan antum ni.

2. Tambahan doa : Ya Allah ajarkan ku apa2 yg aku tidak tahu, dan ingatkan apa2 yg aku lupa

3. Very very important to also realize bhw setiap ilmu yg dtg kpd antum adalah dr Allah swt dan dgn izin Nya semata2, tidak lain dan tidak bukan… ie rasa kehambaan di sisi Allah swt. Maka also very important to be thankful to Him for every single ilm/ideas etc that comes your way because that is indeed a nikmah from Allah swt… and insha Allah if you do that, then be sure that He will increase it even more… Remember the ayah number 7 from Surah Ibrahim : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah kpdmu, tetapi jika kamu mengingkari, maka pasti azabKu sgt berat”.

4. Make sure  juga buat t/table on what to cover n to finish by when, n try to be disciplined in attaining that. Pastu bila dah capai target tu, treat yourself to s/thing nice, like reading/replying emails for 1/2 hr ke (kena make sure u restrict yourself to a certain time limit of enjoyment juga!! taknak terbawa2 pulak ke berjam2) or alternatively treating yourself to a bowl of ice-cream… yum2…🙂

5. Setelah ber doa, doa dan doa, usaha, usaha dan usaha (bagai nak rak) maka jgn lupa bertawakal, bertawakal dan bertawakal.. . After working so hard, tapi o/come tidak seperti yg diharapkan then yakinlah bhw semua tu adalah atas kehendakNya dan semestinya ada hikmah disebalik itu. Remember the hadith… “How amazing is the affair of the Muslim! His affairs are all good. If he experiences ease, he is grateful, and that is good for him. If he experiences hardship, he faces it with patience and perseverance, and that is also good for him” (Bukhari)

Salam ulangkaji utk adik2 semua.

Akhir sekali….Jom doa banyak2, doakan juga utk kawan2 semua, pastinya ada antara doa2 orang solehah ni yang didengari Allah dan akan dimakbulkanNya inshaAllah!

5 thoughts on “Exam Tips Utk Adik2

  1. jazakillah kak mai..akak cakap tadi, time nk exam nih, patutnye kita makin rapat dgn Allah, tapi kalo makin jauh dgn Allah, apa citer? huhu

  2. Slm alaik.

    Kak mai, jazakillah drpd bumi eire jgk =)

    Alhamdulillah, Allah ada di sisi kita dan itulah keistimewaan kita jika nak dibandingkan dengan orang-orang yang tidak mengingati Tuhannya, terasa keseorangan tiap kali ujian datang, dan merasakannya semuanya itu daripada – kegagalannya membawa penyesalan yang mungkin mendatangkan kesan yang sangat dasyat (bunuh diri, mentally retarded dsb) manakala kejayaannya membawa kegembiraan yang barangkali mampu membawa natijah yang tidak sepatutnya pada empunya badan yang tidak sedar badannya itu dipinjam (riak, takbur dsb).

    Alhamdulillah k mai, kita adalah golongan yang terpilih. Betul-betul terpilih. OlehNya. Subhanallah. Alhamdulillah.

  3. wslm wbt
    ema–> kalau makin jauh tu, ada something wrong someehere tu. banyakkan muhasabah, reflect diri dan check mutabaa amal semula. moga Allah ampunkan segala dosa kita..amin..

    ainul mardhiah–> hmm, adik eire yg mane ye tu? Jzkk for the comment, sis.. Penting kan kita selalu bersyukur dengan semua keistimewaan dan nikmat yang Allah dah kurniakan, sebab kalau kufur, dengan mudah Allah boleh saja menarik kembali nikmat2 itu. Tapi Allah kata, if kita bersyukur, lagi banyak lagi dia akan menambahkan nikmatNya pada kita..
    Sayangnya Allah pada kita kan~, Dia berikan kita makan, minum, bernafas, jadi seorg Muslim..

    Cuma kita je la, kena selalu bertanya dan reflect diri, sejauh manakah kita dah tunjukkan kasih sayang kita kepada Allah?

    Wallahualam..

  4. Alhamdulillah, lepas baca post ni dh tak rasa stress sgt nk exam…i mean stress yg negatif…huhu…insyaAllah..akan berusaha sungguh2…thanks to all…all d best to all juge!!

    Chaiyok3!!
    Salam syg + hugs~ buat sume (sisters je..hehe)

  5. salam kak myshahira
    sy copy ke blog sy ye..dulu pernah baca tips ni kat blog akak, but sumhow dah try search2 blog akak, tak jumpe huhuhu
    terima kasih for all the tips. Alhamdulillah helped me alot for the past 1 year.
    jazakillah sis

    suke blog ni~..keep it up sisters

    sister in india

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s