Ada Ilmu Tapi Tak Amal

Cakap je pandai, sampaikan itu, sampaikan ini. Komen itu, komen ini, tegur itu, tegur ini. Konon amar maaruf nahi mungkar. Tapi diri sendiri??? Kering dari amalan. Jauh dari suruhan. Yang banyak, hanya khayalan. Tak tertaksir daei2 yang karam. Karam dalam kebanjiran ilmu yang melimpah. Hairan. Bagaimana seorang daei juga bisa tenggelam ya? Dia yang cakap itu tempoh hari, alih-alih, hari ini dia yang buat benda itu. Apa kalau di tangan seorang daei yang haram bisa jadi halal?Yang jahil bisa jadi alim? Apa semudah itu?

Saya menulis untuk mengingatkan diri, mengetuk hati, dan menyedarkan orang yang ingin sedar. Mungkin kadang-kadang, kita dah banyak sangat ilmu di dada, maka nak tak nak, kena cakap jugak. Kena sampaikan jugak. Memang tidaklah salah menyampaikan. Malah digalakkan lagi. Rasulullah sendiri bersabda, “sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat”.Tapi yang menjadi masalah baru hari ini ialah ramai yang cakap tapi tak buat.

Tahu yang ini tak boleh, tapi buat jugak. Tahu yang itu haram,tapi lakukan jugak. Tahu yang ini jahil, tapi teruskan jugak. Dalam hati bertangguh-tangguh. Takpe….hari ni aku rasa bosan la, sebab tu aku boleh marathon movie..Takpe..hari ni mood aku tak brape baik sangat la, sebab tu aku boleh buang masa dan buat perkara-perkara tak berfaedah ni. Takpe…aku dah lama dah tak kontek mamat ni, dia ni kawan lama aku dulu ni, so, kira nak mengeratkan silaturrahim je. Tak salah kot…Takpe itu,takpe ini….Semua jadi takpe. Apa kita fikir kita ni siapa?

Maaf, saya menulis dengan hati yang ‘bengkek'(bahasa orang kampung saya). Mungkin kerana tengah mereflek diri juga.

Kita buat sesuka hati. Sesedap rasa bila kita rasa kita sudah bosan, penat dan letih. Kita tak peduli lagi semua ilmu yang pernah kita semat di dada. Pergi daurah sana sini, buat usrah seminggu sekali, tu tak kira ikut ceramah umum dan kuliyyah online lagi. Ditambah baca buku karangan Al-Maududi,kitab Muntalaq dan Rahiq Maktum. Kita tahu serba-serbi. Tetapi sedarkah kita, ada masa kita lupa diri….Hanyut…hanyut dalam lautan ilmu tanpa amal.

Astagfirullah.. Apa kita ingat semua amalan kita selama ini sudah diterima oleh Allah? Apa kita fikir solat sunat 2 rakaat itu benar-benar ditulis sebagai amalan oleh malaikat?Dan bila kita melakukan jahiliyyah, adakah kita fikir kita tidak akan dihisab? Astaghfirullah……

Kembali ke pangkal jalan. Masa masih berbaki. Pintu taubat masih terbuka. Saya mahu insaf. Anda? Terpulang… wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s