Pantun Usrah

Assalamualaikum..


Lama sudah hamba menyepi

Kini hamba kembali lagi

Terimalah nukilan setulus hati

Penambah seri ruangan ini

Tangan dihulur salam disambut

Sepekan sekali bersua muka

Hati merindu mulut menyebut

Tanda ukhwah sudah terbina


Mekar bunga pelbagai warna

Cantik menghias taman larangan

Pelbagai ragam pelbagai gaya

Di halaqah usrah Allah temukan


Bunga teratai bunga idaman

Mawar merah jadi igauan

Pembuka tirai memohon keberkatan

Dengan al-fatihah kami mulakan


Pinggan disusun lauk dihidang

Diselang seli sayur-sayuran

Kata disusun ayat dikarang

Penyeri muqaddimah alu-aluan


Ayat cintaNya penuh rahsia

Terkadang tak terjangkau akal fikiran

Tafsir dibaca menyelam makna

Itulah sesi tadabbur Quran


Menyahut seruan memberi peringatan

Tak sanggup menjadi golongan yang rugi

Tazkirah pula kami sampaikan

Suka diselit cerita analogi


Melangkah ke sesi penyampaian bahan

Ilmu dikongsi bersama dikaji

Semoga bermanfaat tambahan bekalan

Tidaklah kosong di sana nanti


Berita terkini lagi sensasi

Tajuk akhbar penuh seruangan

Mana yang betul mana yang pasti

Isu semasa jadi perbincangan


Tibalah masa yang dinantikan

Curahan rasa, masalah dan pengalaman

Setelah terpendam selama sepekan

Di sesi qadaya kami luahkan


Hampir sampai ke penghujung rancangan

Mutabaah amal borang semakan

Mana yang kurang kami tambahkan

Mendidik diri memperbaiki amalan


Masa berlalu tiada terasa

Tiba masanya menutup bicara

Hati sayu tiada terkata

Sepekan lagi kita berjumpa


Surah al-’asr bukan penamat

Tasbih kafarah menghapus dosa

Segala ilmu jadi azimat

Semoga tak rebah di pintu dunia


Dari kampung turun ke kota

10 minit naik keretapi

Walau sepekan tiada bersua

Jauh di mata bukan dihati


Mahal-mahal si ikan bawal

Mahal lagi ikan tenggiri

Tingkatkan amal tambahkan bekal

Pesanan untuk diri sendiri


Musim sejuk berlalu sudah

Musim bunga jadi pengganti

Maaf segala silap dan salah

Mohon hamba mengundur diri





9 thoughts on “Pantun Usrah

  1. yess!!
    first person to comment..
    mmg meletup la pantun wansitah ni.. rasa mcm dkt pertandingan pantun peringkat negara pulak.. sasterawati wan sitah.. hebat2!
    sape2 ade yg nak membeli pantun wan sitah?

    “2,3 kucing berlari,
    mana nak sama si kucing belang..
    2,3 bole ku cari,
    mana nk sama dgn adik2 usrahku 5 org..”

    hihi…

    -kak wan mai shahira-

  2. pisau tuan pisau gerigi
    pisau hamba pisau belati
    jangan tuan terlalu memuji
    takut bersarang riak di hati

    rumah papan beratap tirih
    basahlah lantai hujan menimpa
    mane tah dapat mood nak berpantun2 nih
    mood wat lab report jugak yg tak kunjung tiba

    hehe

  3. Tuai padi antara masak
    Esok jangan layu layuan
    Intai kami antara nampak
    Esok jangan rindu rinduan

    Saya nak pergi menyelam
    sekian wassalam

  4. x pandai nk reka2 pantun…tp terimalah serangkap dua pantun nasihat ( copy paste je hihi)

    Elok langkah kerana pedoman
    elok laku kerana beramal
    elok manusia kerana beriman
    elok ilmu kerana beramal

    Elok kaki dapat melangkah
    elok tangan dapat memegang
    elok hati mengingat Allah
    elok iman tiada bergoyang~

    Pecah kaca, pecah gelas,
    Sudah baca harap balas.

    Once broken considered sold (pantun ke ni??)

  5. “Once broken considered sold (pantun ke ni??)”
    apekahhh??? hehe

    sabtu ni insyaAllah kite jumpe ek..saye tau..kamu semua rindu saye!(ayat perasan)

  6. kak wan mai shahirah, ape jenis pantun la tu?? once broken considered sold?? pecah perut kite gelak..

    yeah2, jumpe esok..sume menantikan qadhaya wan. smbgn cte bersiri awak =P
    muchas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s