Alhamdulillah itu sedeqah =)

img_53661

Sepanjang beberapa minggu ni, saya cuba mengutip derma untuk Masjid Kirovsky,Rusia yang masih dalam pembinaan dan sentiasa menanti wang derma untuk meneruskan projek pembinaanya .Tapi jujurnya, masih tak banyak yang dapat saya kumpul untuk derma tersebut. Hati saya agak dipagut rasa sayu dan pilu mengenangkan ummah yang tidak begitu mempedulikan orang lain dan semakin hari semakin hilang rasa.Semakin lama,sikap apati semakin menjadi-jadi.Apakah ini hasil biusan cinta dunia ataupun suntikan hedonisme yang melemahkan sense ummah Muhammad saat ini?

Teringat saya sebuah hadis berkenaan sedeqah,hadis ke-25 dalam himpunan hadis 40. Abu Dzar menerangkan bahawa sebahagian sahabat Rasulullah saw berkata kepada baginda,

“Wahai Rasulullah, orang-orang kaya itu pergi dengan banyak pahala.Mereka mengerjakan solat sebagaimana yang kami kerjakan,mereka berpuasa sebagaimana yang kami kerjakan, dan mereka BERSEDEQAH dengan kelebihan harta yang mereka miliki (sedang kami tidak bisa melakukannya).”

Baginda bersabda,”Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kalian yang bisa kalian SEDEQAHkan?;  Sesungguhnya setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedeqah, setiap takbir (Allahuakbar) adalah sedeqah ,setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedeqah,setiap tahlil (laailahaillallah) adalah sedeqah, menyeru kepada kebaikan adalah sedeqah, mencegah dari yang mungkar adalah sedeqah, dan bersetubuh dengan isteri juga sedeqah.”

mereka bertanya, “Wahai Rasulullah,apakah jika di antara kami bersetubuh dengan isteri juga mendapat pahala?”Baginda menjawab, “Bukankah jika dia menyalurkan pada yang haram itu berdosa?, maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada yang halal, maka dia juga akan mendapatkan pahala.”

(hadis riwayat muslim)

Masya Allah sahabat-sahabat..Pemurahnya Allah…Masakan hanya sebut namanya saja sudah diberi pahala dan bonus berganda pada kita.Tapi kita sering kali terlupa akan sayang dan kasihnya Allah pada kita sehingga kita kadang-kadang menjadi begitu kikir dan bakhil untuk menghulurkan sedeqah buat rumah Allah.  Kita jarang mahu mengambil tahu akan susahnya orang lain.Asal sendiri bahagia, cukup makan, harta melimpah, maka itu ‘enough’ buat kebanyakan kita.Ini adalah sebuah realiti yang tidak pernah terevolusi sejak sekian lama wujudnya manusia dimuka bumi. Dan Allah berfirman,

“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri.Dan jika kamu berbuat jahat,maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri….”         (Al-Isra’:7)

Tetapi, saya sekadar menyeru dan menyampaikan,selebihnya, kalian tentukan. Cumanya di sini, saya sebagai pemerhati jauh berasa agak terkilan terutama apabila menghadapi orang-orang yang katanya peduli ummah, tapi susahnya kalau diajak menderma…huhu…Bagi saya, kalaulah dakwah itu bersambut, pastilah tabung Palestin atau tabung Kirovsky sudah penuh! Namun, saya tetap berasa bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga buat jiwa-jiwa yang masih tersentuh dengan nasib saudara seIslam dan sudi menghulur bantuan.Semoga rahmat Allah mengiringi kalian…

Mari mengenal masjid kirovsky…

Dan kepada para pengunjung sekitar UK yang ingin turut sama membantu ummah dan menderma untuk masjid Kirovsky bolehlah terus ke akaun saya. Segala butir-butir akaun adalah seperti di bawah yee..

Nama: Noor Adilah Ab Aziz

Sort Code: 40-28-06

Account No: 54004027

(p/s: wang anda akan diuruskan dengan baik, insya Allah…Dan sesungguhnya, saya mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk menambah pahala dengan menderma secara ikhlas kepada rumah Allah ini..Biarlah walau sepound, kerana Allah tidak melihat nilai,tapi Allah menilai IKHLAS dan TAQWA! dan sesungguhnya ikhlas dan taqwa itu di dada! wallahualm…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s