cinta+jodoh+CINTA

“Ngah duk kat umah sorang-sorang ke tu?”mama saya bertanya sewaktu menelefonnya pada 1 Feb 2009, tarikh Malaysia.{UK 31 Jan lagi masa tu}

“Ye la..sorang je..semua orang pergi Manchester hari ni.Ada daurah.Ma tahu tak daurah tu apa??”,Saya sekadar memancing pandangan ibu terhadap ‘aktiviti-aktiviti ‘saya..=)

“Apa tu?”

“Daurah tu macam usrah gabungan…Dorang berkumpul ramai-ramai…Tapi ngah uzurkan diri hari ni…Tak pergi..atas sebab-sebab tertentu..”,Saya menerangkan seringkas boleh.Tak pasti ibu saya faham atau tidak.Tak mengapalah,lama-lama faham la tu..

“Oh..Tak bosan ke duk umah sorang-sorang..Kalau bosan, carilah ‘teman’..,”Ibu berseloroh sambil tergelak.Alamak!!dah nak masuk topik ni..Habislah saya..huhu..

“Ha?Teman??hehe..ngah ramai je kawan…”Saya buat-buat tidak mengerti.Aduhai..susah jugak kalau dapat ibu yang terlalu ‘supporting’ ni..

“Ma bukan apa..Ngah da 21 tahun..Ma risau takut anak ma ni tak laku..Jangan tua-tua sangat…”Kata-kata ibu, saya sambut dengan gelak ketawa…Ma..ma…

“Ngah ni kalau ada,cakap la kat ma,jangan sorok-sorok..hmm..ke dah ada ni..tapi diam je…”Mama memancing lagi…Ma,cukuplah tu!!Terasa pipi saya sudah memerah…Oh,Tuhan..

“Mana ada..Kalau ada nanti..Ma la orang pertama ngah cakap..”Sekadar menyedapkan hati ibu dan sebetulnya,nak cepat-cepat tutup topic ni!Namun, ibu masih tak berpuas hati..Nak juga korek rahsia hati saya.Aduhai Ma,janganlah ‘mendera’…

“Ma,ma tau tak,ngah tengok kawan-kawan ngah dulu..’laku’ sangat.Setiap bulan tukar pak we.Bulan ni orang lain,bulan depan orang lain pulak.Itu ke istilah laku ma??Ma tak nak kan anak ma jadi macam tu…Hmm..kalau ber ‘pak we’ lah baru dikatakan laku,ngah ucap terima kasih banyak-banyak..Itu bukan hidup ngah ma….huhu..Ma faham ke??”Saya menagih pengertian.Pada masa yang sama,saya cuba membawa ibu pada penyakit sosial yang membarah sekarang ini terhadap anak-anak muda sebaya saya.

Ma tak nak la ngah jadi macam tu..Ma nak ngah cari yang beriman,soleh,yang boleh tumpang,orang baik-baik..Saya gelak lagi.Tapi gelak saya, gelak bermakna…=)

“hmm…banyaknya criteria ma letak…aduh..mane nak cari ni ma??hehe..hmm..kalau nak yang macam tu kan,kita kena la jadi macam tu dulu..Baru boleh demand2 ma…haha..(gelak lagi-sebagai perencah rasa)…Anak ma ni banyak lagi celanya..Tak layak nak cari orang macam tu…”Saya merendah diri…

“Allah ni jarang ciptakan manusia yang tak de jodoh sampai mati.Ma tahu,anak-anak ma semua dah ditetapkan jodohnya masing-masing..Ngah dengan sape,Long dengan sape,Ateh dengan sape,Cik dengan sape dan Afiq dengan sape…Semua dah ada..Cuma ma ni je kadang-kadang risau..”Tiba-tiba hati saya terharu mendengar ucapan ibu tersayang.

“Betul tu ma..Sebab tu la jangan gelabah-gelabah…hehe..”Saya masih control macho depan ibu walhal ingin saya katakan sesuatu.Tapi..tak mengapalah..Layan saja ibu..=)

“Ngah nanti jangan bawak balik orang putih pulak.Orang Negro ke,orang Jepun ke..Cair perut ma nanti!!”Kami sama-sama tergelak..Adeh ma ni..orang Jepun??Ada ke patut…haha..lawak betul..

Itulah sedikit-sebanyak isi perbualan kami hari ini.Gelak-gelak dengan ibu,memang menggamit rindu di kampung.Usai bercakap dengan ibu,saya terus ke bilik air,mengambil wudhuk untuk solat Zohor dan Asar(sekarang dah boleh gabungkan-atas sebab cuaca di musim sejuk ni).

Hati saya rasa sayu mengingatkan kata-kata ibu…Namun,saya teruskan solat.Dan disujud itu,air mata saya tidak dapat ditahan lagi.Laju membasahi pipi.Ingin saya katakan pada ibu:

“Mama,anakmu ini sudah bertemu CINTA agungNya…yang tak dapat ditukar ganti lagi…Mama, anakmu ini yakin akan janji KEKASIHnya,surah An-Nur ayat 26: Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat..Mama…anakmu kini sudah tenang dalam redhaNya..Anakmu tidak pernah ditinggal sepi lantaran KEKASIHnya sentiasa ada di sisi..Menjaga dan memberi,mendengar dan memahami..Tanpa rasa jemu DIA menemani..Mama…doakan anakmu ini tsabat hatinya…Air mata saya mengalir lagi…Untuk kesekian kalinya..

“Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah”- Ibnul Qayyim- ^_^

MARILAH SAMA-SAMA MENGHAYATI DOA INI…

korang…wlwpom dd ckp dd tak nak upload post baru lagi,tp..takpe la..hehe..sbb tengok mcm takde org nk kasi post..hehe..post ni dd copy dari blog dd :

http://permata-solehah.blogspot.com/

2 thoughts on “cinta+jodoh+CINTA

  1. Assalamualaikum…didi,huhu..so touching!!!
    hrm,the last paragraph (ur du’a) gave me a deep meaning…
    really a priceless and worth meaning…
    insya-Allah, really hope that we all will and forever ‘tsabat’ in HIS best and the only one way of life which is ISLAM…
    Ameen…

  2. ameen.jzzk fani..betol,nak tsabat hati adalah benda yg paling tough..byk ujian dlm hidup.Semoga mendapat yg TERBAIK daripada Allah tuk dunia dan akhirat.ameen!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s