Homestay IMAM 2008

Homestay orang asli 2008 (IMAM dengan kerjasama JAKIM dan negeri Perak)

Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman semasa cuti A-Level tahun lalu sewaktu mengikuti program homestay bersama ‘doktor-doktor Rusia’…


img_1761banyak dapat cenderahati nampak??hehe…


Program homestay ini memberi impak yang cukup mendalam buat diri saya.Selangkah kaki menjejak ke kampung orang asli Pos Raya,kami disambut dengan penuh kehangatan.Senyuman yang paling manis dan huluran tangan-tangan kasar menggerutu menyambut kehadiran ‘tetamu-tetamu yang tidak diundang’ ini.Kami disapa penuh hormat dan dihidangkan minum petang lengkap dengan kuih-muih yang enak yang disediakan oleh ustaz-ustaz yang berbakat semuanya dalam bidang masakan.Terima kasih ye ustaz-ustaz sekalian…=)


Hari pertama


muslimah1

muslimat group 2

Kami berkenal-kenalan sesama para peserta.Keseluruhan peserta adalah students medic dari pelbagai negara termasuklah Rusia,Mesir,Indonesia,Ukraine dan tentunya saya telah ‘tersesat’ ke situ dengan mewakili Malaysia sebagai student education.hehe…Apa yang seronok pada hari pertama ialah saya telah bertemu dengan seorang sahabat lama semasa di MRSM QBER dahulu.Dayyinah namanya.Seperti biasa,drama jejak kasih pun bermula.=)


Banyak yang saya pelajari dengan orang asli di kampung ini.Melihatkan rumah mereka saja membuatkan saya sebak.Kolam air mata terasa penuh.Sedih sangat.Mahligai tempat mereka berteduh hanyalah sebuah teratak buluh yang saiznya tidaklah sebesar mana.Tidak sanggup rasanya untuk saya catatkan di sini berapa keluasan rumah mereka.

anak-anak1Akak,sabarlah..jangan menangis..Jangan putus asa…

Bukan niat menghina tetapi pada saya rumah mereka sungguh sempit dan pastinya mereka akan kedinginan di tengah malam dengan lubang-lubang di serata rumah mereka.Walaupun objektif program ini adalah untuk mentarbiyyah orang2 asli,saya berani mengatakan bahawa sayalah sebenarnya yang telah ditarbiyyah oleh kesusahan hidup yang dialami mereka.Cukup mengajar saya akan sebuah realiti kehidupan yang tidak mampu saya gali jika saya tidak berada di sini hari ini,saat ini,dan ketika ini.

Selama ini saya selalu bersama dengan golongan menengah dan atasan.Jarang sekali saya berpeluang bersama-sama dengan fakir-fakir miskin terutamanya orang2 asli yang jauh dari kota,yang rumahnya tiada api dan air,cuma air bukit yang menjadi sumber mereka untuk mandi,minum,memasak,membasuh dan sebagainya.Malah masih ada dalam kalangan anak-anak mereka yang bertelanjang bulat dan pak cik-mak cik yang masih berkaki ayam.

Sayu benar hati saya melihatkan keadaan mereka yang sedaif ini.Walau bagaimanapun,dalam kesedihan saya yang masih bersisa terselit segunung kekaguman buat mereka.Biar semiskin manapun,mereka tetap tersenyum redha.Tidak terlihat sedikit pun penyesalan atau garis-garis kekecewaan di wajah mereka seolah-olah tiada apa yang sukar dalam hidup mereka.


Bandingkan dengan kita….
Semakin saya perhalusi,semakin terasa kerdilnya diri ini.Sesusah-susah hidup kita pun,kita masih bisa tidur di atas katil yang empuk dengan mp3 di telinga siap dengan kipas angin yang speednya mencecah 5.Tidur kita lena diulit mimpi nan indah.Sepayah-payah hidup kita pun kita masih cukup makan setiap hari.Kita masih berpeluang belajar dengan segala kemudahan yang ada.Malah jika hendak dibandingkan pendapatan kami sebagai pelajar-pelajar tajaan ini dengan orang asli tersebut jauhnya beza bagaikan langit dengan bumi.

Setiap bulan,ada yang memperoleh biasiswa sejumlah £600 ,ada pula yang mendapat 500USD sebulan yang mana wang ini boleh dikatakan lebih dari cukup untuk menyara diri sendiri SAHAJA.Jika di compare dengan pak cik-mak cik orang asli yang hanya mampu meraih RM20 sehari atau RM200 sahaja sebulan.Itupun tidak menentu.Kadang-kadang mereka tidak memperoleh apapun.Berlapar seharian mengikat perut adalah perkara biasa buat mereka sekeluarga.Ada pula ibu bapa yang menahan lapar hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada anak-anak bagi menyantap satu-satunya juadah mereka pada hari itu.Boleh dikatakan ala-ala Bersamamu gitu..

Saya dimaklumkan bahawa hanya 25 buah keluarga yang beragama Islam di kampung ini dan selebihnya bergama Kristian,Athies dan Animisme.Walaupun tidak sampai separuh yang menganut agama Islam,tetapi sikap yang mereka tunjukkan seolah-olah mereka semua sebenarnya sudah muslim di hati.Cuma belum dilafazkan dan diakui dengan lisan.

Saya tidak pelik apabila diberitahu oleh pendakwah2 di sini bahawa mereka cuma memeluk agama Islam dan Kristian tanpa memahaminya dalam erti kata yang sebenar.Saya tidak gusar malah saya sudah cukup gembira dan bahagia mereka sudi menganut agama Islam. Apa yang lebih meresahkan hati saya ialah masyarakat di kota-kota dan di bandar-bandar yang dicanangkan mendapat segala kemudahan dan akses pun masih ada yang tidak mengenal Tuhan.Masih ramai yang hidupnya tak ketahuan.Justeru,apakah bezanya kita dengan orang2 asli yang line telefon pun tak sampai di kampung mereka???

Buat apalah dibanggakan sangat dengan pembangunan bangunan yang mencakar langit sedangkan modal-modal insan ini kekeringan ilmu,kegersangan motivasi,ketandusan santapan rohani sementara agama pula hanya dianggap sebagai ritual ketika hari raya puasa dan hari raya haji.Itukah kebanggaan yang kita cari??Adakah bangunan2 itu akan dibawa mati??Bagaimana dengan modal-modal insan yang dilaung-laungkan saban hari??Entahlah…saya cuma mampu tersenyum…=)

d2comelnya baby ni!!

img_1760Homestay 2008 menutup tirainya…

Semoga ada lagi program-program sebegini…Tahun ni IMAM UK EIRIE pulak yang buat, amacam??hehe…

P/S:gambar2 diatas adalah daripada blog dr Fahmi=)





2 thoughts on “Homestay IMAM 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s