bAgAiManA kiTa???

saya tengah baca balik entry2 yang saya tulis sebelum neh..Hmm..rupanya saya sudah jauh berbeza…Dan sudah saya tinggal jauh pangkal jahiliyyah dulu..kini,saya di pertengahan jalan…Pangkal yang saya tinggal dulu dah jauh sangat dah,kalau saya nak patah balik jadi jahil, memang kalau ikut teorinya sangatlah susah..(walaupun secara praktikalnya senang je nak terjerumus ke lembah kejahilan=)..Dan hujung keIMANAN saya pula masih belum lagi tiba selagi roh saya tak terpisah daripada jasad…Tapi..sebelum saya menulis lebih lanjut, saya nak kongsi satu firman ALLAH ngan sahabat-sahabat sekalian…

“Wahai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan.” (As Saff 61:2,3)

Takut kan baca ayat Allah ni??Jangan sekali-kali kita katakan sesuatu yang tak kita lakukan..Adeh..dush,,dush!!rase terketuk je kepala ni…Banyak je benda yang saya sampaikan kat orang lain,tapi tiba-tiba,saya pulak yang buat…huhu…manusia..manusia…benarlah insan ini lumrahnya pelupa…

Tapi,tak bermakna kita kena berhenti menyampaikan kebaikan…Kita kena terus sampaikan nasihat..Berkongsi secebis ilmu..Kalau semua orang pakat2 nak senyap je..nak bersikap apati je..sape yang nak teruskan dakwah ni??Kita bukan nabi,yang maksum dipelihara dari dosa,bukannya ,malaikat yang tak punya nafsu pun tuk wat dosa.Kita cuma manusia biasa yang memang takkan terlepas dari dosa…..Walaupun nabi,malaikat,dan kita tergolong dalam katergori HAMBA ALLAH,tapi,kita berbeza dengan mereka…Dan perbezaan tu hanya ALLAH je yang tahu.Serahkan je kat Dia…Yang penting,kita tahu tugas kita sebagai khalifah ALLAH>>sampaikan risalah islam!!!

Saya Cuma nak reflek diri saya dan sahabat-sahabat dengan satu lagi hadis Nabi:

Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari UQbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasulullah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )
Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

Astaghfirullah..Pernah ke kita begitu???Ya Allah,ampunkan dosa hambaMu yang seluas langit dan bumi ini ya Allah…huhu…Sentiasa reflek dan muhasabah diri..omputih kate evaluate yourself..=)

Hermmpp…Saya tak nak jadi macam tu..Saya pun tak nak kawan-kawan saya ditimpa nasib yang sama…Kita da buat baik banyak2,tapi akhirnye ALLAH tak pandang pun..Huhu.Sedey tak??Mestilah sedey…Sape yang nak masuk neraka??Sume orang tak nak kan..Tapi ingatlah,neraka itu mempesona,syurga itu menderita…

Eh didie ni, sakit ke ape kata macam tu>>Hehe..tak..maksud saya,jalan menuju ke neraka tu indah sangat..Jalannye luas..Tak berliku pun…Anda pasti berasa bebas masuk ke situ..Tapi cuba kalau kita nak mengikut jejak para nabi dan para sahabat serta solihin..Jalan yang mereka lalui penuh mehnah,onak dan duri..Dunia ibarat penjara buat mereka…Mereka tidak sebebas burung di awan lepas..Hidup mereka dalam batas hukum…Mereka buat ape yang ALLAH suruh,dan sedaya upaya tinggalkan apa yang ALLAH larang.

“Lor..biase la tu didie…Kitorang pun tinggal ape yang Allah larang..kitorang tak makan babi(khinzir=) pun…kitorg sedaya upaya jugak cari makanan halal..”

Ni mungkin antara dialog yang akan saya terima..Walaupun yang cakap tu pakai “baju pun tak cukup kain” …huhu…Ini realiti…

Adeh..ni la salah anggap Umat di akhir zaman….Mengambil ISLAM separuh-separuh…Bukan secara kaffah (seluruh)..

“O you who believe,enter into Islam completely, and don’t follow Satan’s footsteps.Indeed,he’s to you a clear enemy.(Al – baqarah:2:208)

Ayat ni jelas ALLAH suh kita amalkan islam secara keseluruhan..Tapi..tengokla sekarang…Apa nak jadi ni??Diriku??Bangsaku??bangkit2!!!Umatku seluruhnya!!Bangkitlah kalian…huhu..sudah-sudah la tu bermimpi..berkhayal.sesungguhnya mimpi takkan jadi kenyataan kalau kita asyik tido sayang oii….bangun2!!!

Meh pakat2 kita izzahkan ISLAM!Kita bukan nak jadi ISLAMIC,tapi kita memang pun orang ISLAM…ye tak?

So,sebagai penutupnya (untuk prevent saye dari membebel lagi),meh la kita reflek lagi satu ayat ni:

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan, Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. (Al-Infitar 82: 6-19)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s