Cerita Hati

This is written by one of our sis, Didi (yg tak berjaya2 lg utk log in as contributor). Jzkk sis for sharing =)

CERITA HATI

Shift your paradigm!!! (sile klik)

Shift your paradigm!!!(2) >>>klik ye…

Sekian lama tidak menulis…bukan tiada perkongsian, bahkan terlalu banyak utk dikongsi sebenarnya…saban minggu berusrah..kalau tidak usrah,daurah…kalau tidak daurah,ziarah…Bayangkan,setiap kali itu juga saya dapat mengutip ilmu…

Namun…saat ini,bkn ilmu yg jadi bualan,tapi amalan yang jadi persoalan…Adakah saya,awak,kamu dan kita semua sudah menjadi hamba Allah dalam erti kata yang sebenarnya??

Teringat saya satu analogi menarik yang disampaikan dalam daurah Tamhidi di Birmingham minggu lalu..sama-sama kita reflek yee…

pelayan 1: Apabila disuruh tuannya melakukan kerja,di cuma sekadar berpeluk tubuh..melihat dengan mata berkelip-kelip,seolah-olah telinganya pekak,tidak mendengar arahan tuannya.(>>agak2 anda,anda marah tak kalau ada pelayan yang macam neh??)

pelayan 2: Tuannya memanggil pula pelayan kedua untuk melakukan sesuatu.Si pelayan ini pergi,tetapi juga menghampakan tuannya.Dia tidak melakukan apa yang disuruh,sebaliknya mengulang-ngulang suruhan tuannya. (cth: “Ali,aku nak kamu pergi beli ikan”,kata si Tuan. Ali menjawab, “Ali,aku nak kamu pergi beli ikan”.diulang-ulang arahan tuannya.Sampai naek bengang tuan si Ali dengan perangainya yang degil dan tidak mendengar arahan itu).

pelayan 3:Setelah bosan dengan kedua-dua pelayan itu,Tuan ini memanggil pula pelayan yang ketiga.tetapi malangnya juga,pelayan ini cuma menyembah-nyembah tuannya dengan sepenuh hati sehingga terlupa akan arahan si Tuan tadi.

Aduh..geramnye…dapat pelayan2 macam ni kan??? Tapi pernah tak kita terfikir,kita ni di situasi mana sebenarnya??Adakah situasi pelayan 1,2 @ 3??Andaikanlah tuan itu Allah, dan pelayan2 itu adalah kerenah-kerenah kita.

Pelayan 1: Allah suruh kita beribadah, tapi kita buat tak tahu je..Buat dunno je..macam tak dengar pun azan memanggil-manggil tu..( adakah itu kita?)

pelayan 2: Kita hanya membaca Al-Quran dengan khusyuknya.Saban hari kita mengulang-ngulang sahaja suruhan Allah di dalam Al-Quran,tapi sedikitpun kita tak amalkan..huhu…ye tak? (reflek lagi: adakah itu anda??)

pelayan 3: Allah suruh kita jadi khalifah,mentadbir dan memakmurkan bumi.Amar makruf dan nahi mungkar.Tapi apa yang kita buat??Cuma solat tertunggang tonggek,ntah khusyuk ntahkan tidak.Sedang arahan Allah yang lain terabai begitu saja..(Sekali lagi:Andakah itu??Sayakah??Atau kamu??)

Nauzubillah….Saya tak nak jadi mcm neh..Tapi macam mana nak benar-benar jadi hamba Allah??Supaya Allah tidak murka memandang saya…Supaya hidup dan mati saya sentiasa di bawah redhaNya..huhu..macam mana???

hmm..pernah dengar tak ahli ibadah yang main2?? ish,pelik kan istilah tu.ade ke ahli ibadah yang main2?? jawapannya, ADA…siapa tu?? Ahli ibadah yang main2 ni adalah hamba Allah yang hanya tahu solat,berzikir,berwirid dan pokoknya beribadah seorang diri saje.Tidak pernah dipedulikan sahabat-sahabat lain di kelilingnya yang masih tidak mengenal ALLAH,yang masih hanyut dengan dunia jahiliyyah..Orang-orang beginilah yang dinamakan ahli ibadah yang maen-maen.Konon hanya ingin kebaikan untuk diri sendiri.Walhal dia lupa,Allah kan sudah melantiknya menjadi khalifah.Khalifah mesti mengajak orang kepada tauhid dan keimanan kepada ALLAH.Seorang yang berjawatan khalifah harus sedar,dia punya tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

Justeru,jika kita semua ingin menjadi hamba Allah yang sebenarnya,jalankanlah tugas sebagai khalifah yang sudah diamanahkan Allah…

Ini tidak,kebanyakan remaja hari ini,hanya mengejar keduniaan, keseronokan, seks murahan, lelaki mengejar wanita, dan wanita mengejar lelaki…huhu..alangkah sadisnya!!! Kemanakah tugas seorang khalifah??? Begitu ramai yang hanyut…yang karam..yang tenggelam….tak terkira….Kebejatan moral dianggap biasa…Pemimpin2 negara tidak lagi mementingkan agama…Allah mula dilupa, duit dan kroni pula yang dijaga….Isu-isu ummah terbiar tanpa bela…

Di manakah pewaris UMAR AL-KHATAB??? Dimanakah dia pewaris SULTAN AHMAD AL-FATIH?? dimanakah pewaris sahabat-sahabat Rasulullah??di mana KHALIFAH umat ini??di mana kegemilangan ISLAM suatu ketika dahulu?di mana??

Tepuk dada,tanya iman,tanya hati,sampai bila kita nak begini??Mulakanlah dengan diri sendiri sahabat2ku..Ayuhlah!!Perbaiki ibadah kita.Ayuh semua pakat2 jadi khalifah ALLAH..Itu memang job yang ALLAH dah kasi sebelum kita lahir lagi, amar makruf nahi mungkar bukan hanya kerja ustaz ustazah.Jangan segan nak sampaikan kebaikan walaupun masih terasa diri tempang.

Bukankah Rasulullah pernah bersabda: “sampaikanlah kepadaku walaupun satu ayat.”

So,walaupun anda hanya ada satu ilmu,kongsilah,selagi ilmu itu baik disisi Allah!wallahualam…

2 thoughts on “Cerita Hati

  1. didi,
    Kakzue pun suka analogi pelayan tu..Jom kita jadi pelayan ke4 yang melakukan segala arahan tuannya dengan patuh dan khusyuk.

    Sama-sama kita berpimpin tangan untuk berjalan seiring menuju Jannah..Jangan kita tinggalkan kawan-kawan kita..

    Wallahua’lam.

    P/s-tak nak dtg oxford court ke?Didi..Ema..wan Sitah..Wan Farah :p

  2. salam k.zue..insya allah,semoga Allah permudahkan bagi kita..

    p/s: k.zue,klw k.zue masak special,kitorg insya allah smpi kt OXFORD..hehe(mode:mengada-ngada)=P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s