Assalamualaikum…lagi kukongsikan coretan, buah tangan dari Loughborough..semoga bermanfaat inshaAllah.
***
Kudedikasikan lagu ini buat akhawatku yang kukasihi, Ka Azan, Ka Miyam, Ka Haz, Lina, Lin, Nadiah, Diana dan Nazihah….(klik pada tajuk lagu)
Aku ingin hidup secerah mentari
Yang menyinar di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuah ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhwah kini pasti terputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum kasturi, seindah pelangi
Segalanya bermula di HATI….segalanya bermula DI SINI…
***
Lihat diri kita di cermin..kita punya sepasang mata, sepasang telinga, bibir atas dan bawah yang mampu melakarkan senyuman manis, hidung dengan dua lubang supaya senang bernafas di kala salah satu tersumbat, sepasang tangan, sepasang kaki, bahkan sepasang otak, otak kanan dan otak kiri..subhanallah..cantiknya penciptaan kita, semua punya fungsi tersendiri.. namun perasan tak..kita cuma punya SEKEPING HATI…kenapa ya…
***
Dalam sebuah pentadbiran negara,e.g Brunei, ada pelbagai system. Sistem ketenteraan, social, ekonomi, politik. Dan di bawah setiap system ada ahli2 yang menjalankan fungsi sistem tersebut. Dan semua sistem ini diuruskan oleh satu sistem pentadbiran yang dipimpin oleh seorang pemimpin, iaitu Sultan Brunei. Cuma seorang Sultan..yang paling atas..yang menentukan segalanya..Namun Sultan Brunei ini punya penasihat, dan orang kepercayaan, yang boleh mempengaruhinya membuat sebarang keputusan..
***
Nah, kita kaitkan kembali dengan diri kita..dalam diri kita ada pelbagai sistem; perkumuhan, respirasi, saraf, otot. Segala anggota tubuh kita adalah adalah ahli2 yang menjalankan fungsi2 sistem2 ini. Dan Rajanya adalah HATI.. Kerana itu..HATI cuma ada sekeping..
Kita melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, menganalisis dengan akal..tapi dengan HATI kita yang memutuskan sesuatu perkara. Kita lihat sebuah buku, cantik kulit luarnya. Kita dengar orang berkata buku tersebut bagus dibaca. Berdasarkan sinopsisnya, akal menilai buku ini bagus. Hati senang, dan memutuskan untuk membeli buku tersebut..
Seperti Sultan Brunei tadi..HATI juga punya ‘penasihat’nya.. HATI adalah tempat jatuhnya hidayah Allah, juga tempat syaitan berbisik dan menghasut.
‘ Demi jiwa dan seluruh penciptaannya. Maka Allah mengilhamkan kepadanya(jiwa tadi) jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.’ (as-Syams: ayat 7-10)
***
Dalam pelbagai urusan sehari-hari..kita bermula dengan hati..juga berakhir dengan hati. Seperti soal membeli buku tadi. Kita pergi ke kedai buku memang dengan niat untuk membeli buku. Dan kita berakhir dengan membeli buku itu kerana kita suka. Niat itu lintasan hati. Dan suka itu lahir dari hati. Betapa pentingnya peranan HATI…
***
To be continued…




