Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman semasa cuti A-Level tahun lalu sewaktu mengikuti program homestay bersama ‘doktor-doktor Rusia’…
banyak dapat cenderahati nampak??hehe…Program homestay ini memberi impak yang cukup mendalam buat diri saya.Selangkah kaki menjejak ke kampung orang asli Pos Raya,kami disambut dengan penuh kehangatan.Senyuman yang paling manis dan huluran tangan-tangan kasar menggerutu menyambut kehadiran ‘tetamu-tetamu yang tidak diundang’ ini.Kami disapa penuh hormat dan dihidangkan minum petang lengkap dengan kuih-muih yang enak yang disediakan oleh ustaz-ustaz yang berbakat semuanya dalam bidang masakan.Terima kasih ye ustaz-ustaz sekalian…=)
Hari pertama

muslimat group 2
Kami berkenal-kenalan sesama para peserta.Keseluruhan peserta adalah students medic dari pelbagai negara termasuklah Rusia,Mesir,Indonesia,Ukraine dan tentunya saya telah ‘tersesat’ ke situ dengan mewakili Malaysia sebagai student education.hehe…Apa yang seronok pada hari pertama ialah saya telah bertemu dengan seorang sahabat lama semasa di MRSM QBER dahulu.Dayyinah namanya.Seperti biasa,drama jejak kasih pun bermula.=)
Akak,sabarlah..jangan menangis..Jangan putus asa…Selama ini saya selalu bersama dengan golongan menengah dan atasan.Jarang sekali saya berpeluang bersama-sama dengan fakir-fakir miskin terutamanya orang2 asli yang jauh dari kota,yang rumahnya tiada api dan air,cuma air bukit yang menjadi sumber mereka untuk mandi,minum,memasak,membasuh dan sebagainya.Malah masih ada dalam kalangan anak-anak mereka yang bertelanjang bulat dan pak cik-mak cik yang masih berkaki ayam.
Sayu benar hati saya melihatkan keadaan mereka yang sedaif ini.Walau bagaimanapun,dalam kesedihan saya yang masih bersisa terselit segunung kekaguman buat mereka.Biar semiskin manapun,mereka tetap tersenyum redha.Tidak terlihat sedikit pun penyesalan atau garis-garis kekecewaan di wajah mereka seolah-olah tiada apa yang sukar dalam hidup mereka.
Bandingkan dengan kita….
Saya dimaklumkan bahawa hanya 25 buah keluarga yang beragama Islam di kampung ini dan selebihnya bergama Kristian,Athies dan Animisme.Walaupun tidak sampai separuh yang menganut agama Islam,tetapi sikap yang mereka tunjukkan seolah-olah mereka semua sebenarnya sudah muslim di hati.Cuma belum dilafazkan dan diakui dengan lisan.
Saya tidak pelik apabila diberitahu oleh pendakwah2 di sini bahawa mereka cuma memeluk agama Islam dan Kristian tanpa memahaminya dalam erti kata yang sebenar.Saya tidak gusar malah saya sudah cukup gembira dan bahagia mereka sudi menganut agama Islam. Apa yang lebih meresahkan hati saya ialah masyarakat di kota-kota dan di bandar-bandar yang dicanangkan mendapat segala kemudahan dan akses pun masih ada yang tidak mengenal Tuhan.Masih ramai yang hidupnya tak ketahuan.Justeru,apakah bezanya kita dengan orang2 asli yang line telefon pun tak sampai di kampung mereka???
Buat apalah dibanggakan sangat dengan pembangunan bangunan yang mencakar langit sedangkan modal-modal insan ini kekeringan ilmu,kegersangan motivasi,ketandusan santapan rohani sementara agama pula hanya dianggap sebagai ritual ketika hari raya puasa dan hari raya haji.Itukah kebanggaan yang kita cari??Adakah bangunan2 itu akan dibawa mati??Bagaimana dengan modal-modal insan yang dilaung-laungkan saban hari??Entahlah…saya cuma mampu tersenyum…=)
comelnya baby ni!!
Homestay 2008 menutup tirainya…
Semoga ada lagi program-program sebegini…Tahun ni IMAM UK EIRIE pulak yang buat, amacam??hehe…





Posted by Syeikh Ahmad Fahmi on January 19, 2009 at 10:37 pm
Salam…mcm kenal gambar-gambar ni.HIk3…Ni sape ek..xcam
Posted by dR.diDie=) on January 19, 2009 at 10:44 pm
wslm…saye one of group 2 members…o ya, gambar2 tu mmg ‘familiar’ kan??heee..